Sunday, December 26, 2021

MASALAH PENGURUSAN SAMPAH DI TAMAN LUAGAN KENINGAU, SABAH.

Apa itu Sampah?


Sampah merujuk kepada sisa atau bahan yang tidak diingini atau tidak berguna. Sampah dihasilkan oleh manusia akibat daripada aktivti-aktiviti berkaitan dengan pengeluaran dan penggunaan. Sampah terdiri daripada semua sisa atau bahan yang tidak lagi dapat digunakan atau yang telah kehilangan kegunaannya.

Sampah dapat diklasifikasikan sebagai domestic, komersial, perindustrian, hospital atau hasil aktiviti. Sehubungan dengan itu, setiap jenis sampah memerlukan bentuk rawatan khas bagi pelupusan atau kitar semula bergantung pada aspek seperti biodegrasinya atau keracunan.

Oleh yang demikian, proses yang paling penting dalam kitaran sampah adalah pengurusannya, iaitu semua aktivti yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Perkara ini adalah untuk mengurangkan kesan negatif yang berkemungkinan akan dihasilkan oleh sampah kita terhadap alam sekitar.


Masalah pengurusan sampah ini berlaku di Taman Luagan Keningau, Sabah iaitu satu kawasan perumahan yang kecil dalam bandar Keningau. Gambar di bawah menunjukkan persekitaran kawasan perumahan.




i.              Kutipan Sampah/Sisa Yang Tidak Tepat Pada Masa.

Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Walaupun begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini masih berlaku akibat terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa pepejal dan dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah tidak menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang ditetapkan. Perkara ini dapat dibuktikan oleh kerana sampah telah melimpah keluar dri tong sampah kerana sampah yang semakin bertambah tetapi tidak dikutip oleh pihak yang sepatutnya. Kesannya, bahan buangan ini akan bertambah akibat tidak dikutip mengikut waktu yang betul seterusnya akan membawa kesan buruk kepada alam sekitar dan imej negara


ii.             Masalah Anjing Liar Menyelerakan Sampah.

Di kawasan perumahan ini dapat dilihat mempunyai banyak anjing liar dan anjing terbiar yang berkeliaran mencari makanan dalam tong sampah masyarakat yang tinggal disini. Apabila sampah semakin bertambah dan tong sampah telah penuh akibat tidak dikutip mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggunggjawab ia akan menarik perhatian anjing liar yang berada di kawasan sekitar untuk menyelongkar sampah-sampah tersebut untuk mencari sisa makanan yang seterusnya akan menyebabkan sampah tersebut berselerak di jalan raya.

Oleh itu pihak yang bertanggungjawab melakukan kutipan sampah ini hendaklah menjalankan tugas mereka dengan baik agar peesekitaran di kawasan perumahan ini menjafi lebih baik. Disamping itu, pihak berkuasa juga hendaklah mencari satu penyelesaian bagi menyelesaikan masalah anjing mengaduk atau menyelerakkan sampah yang menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya atau di luar kawasan rumah yang turut menyebabkan persekitaran menjadi kotor serta berkemungkinan menyebabkan masalah kesihatan kepada masyarakat yang tinggal disekitar.

 

iii.            Kepentingan Menjaga Kebersihan di Kawasan Persekitaran Rumah

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Keadaan persekitaran yang bersih ini membolehkan kita menikmati kehidupan harian dengan selesa. Melalui persekitaran yang bersih, segar dan nyaman juga dapat menggalakkan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti luar tanpa menimbulkan sebarang perasaan rimas, tidak selesa atau gangguan terutamanya akibat daripada masalah pengurusan sampah. Hal ini kerana, masalah kutipan sampah yang tidak teratur akan menyebabkan gangguan terhadap imej persekitaran kawasan perumahan dan juga akan menimbulkan perasaan tidak selesa berpunca daripada sampah yang telah lama tidak dikutip oleh pihak yang bertanggungjawab.



    Tambahan pula jika semua pihak menjalankan peranan dalam mengatasi masalah pengurusan sampah ini ia juga akan membantu mengelakkan pembiakan serangga di kawasan perumahan tersebut. Persekitaran yang bersih akan menghalang pembiakan lalat, nyamuk dan tikus dan dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berbahaya kepada manusia seperti malaria, demam denggi dan taun.


iv.           Cadangan Bagi Mengatasi Masalah Anjing Liar Menyelongkar Sampah

Salah satu langkah yang boleh mengurankan masalah ini ialah dengan memberikan makanan kepada haiwan tersebut. Sebagai contoh yang dapat dilihat ialah penghasilan mesin layan diri yang menyediakan makanan untuk anjing atau kucing liar, mesin ini diperkenalkan di Istanbul, Turki. Saya amat bersetuju dengan langkah penyelesaian ini berbanding dengan memandulkan atau membunuh anjing liar.

Konsep mesin ini adalah amat menarik dimana anda hanya perlu meletakkan botol-botol minuman untuk dikitar semula maka makanan bagi haiwan tersebut akan keluar dengan sendirinya. Mesin ini boleh digunakan oleh setiap masyarakat kerana ia tidak memerlukan duit untuk membantu memberi makanan kepada haiwan malang ini. Disamping dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah melalui kitar semula, ia juga dapat membantu anjing liar untuk mendapatkan makanan. Melalui langkah penyelesaian ini akan mengurangkan masalah anjing liar yang menyelongkar sampah-sampah kerana mereka tidak lagi terdesak untuk mencari makanan.

 

Rujukan

Sains dan Kesihatan. (2021). Makna Sampah: Apa itu, konsep, dan definisi. Diperoleh daripada

https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-basura

Sankhyaadi, A. (2014, 22 Ogos). Vending machine khusus anjing dan kucing ada di Istanbul.

Diperoleh daripada https://www.liputan6.com/lifestyle/read/2093863/vending-machine-khusus-anjing-dan-kucing-ada-di-istanbul?page=2

 

NAMA: AMANDASHASHA YEAP SWEE KIM

NO MATRIK: D 20192091316

KUMPULAN: C

No comments:

Post a Comment