Geografi Penduduk: Masalah Pembuangan Sampah di Pekan Tuaran,
Sabah
Disember, 26 2021
Rajah 1: Kawasan di Pekan Tuaran, Sabah
Tuaran adalah sebuah pekan besar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat, Barat Laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 105,435 pada tahun 2018 dengan separuh penduduknya terdiri dari suku kaum Dusun, sebahagian besar dari sub kelompok Lotud serta Bajau. Selebihnya kebanyakannya masyarakat Cina Malaysia, terutamanya dari subkumpulan Hakka dan Melayu. Bandar ini bersempadan dengan tiga sisi oleh Sungai Tuaran. Tuaran terletak 34 kilometer di utara ibu negara Kota Kinabalu, dan terletak di sepanjang lebuh raya utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan utara Sabah. Daerah Tuaran berkeluasan kira-kira 1,166-kilometer persegi. Pekan Tuaran juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang dan mercu tanda pekan ini. Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini.
PUNCA-PUNCA MASALAH
PEMBUANGAN SAMPAH DI PEKAN TUARAN, SABAH
Punca masalah pembuangan Sampah di Pekan Tuaran, Sabah yang
pertama adalah penguatkuasaan yang lemah dari pihak berkuasa. Memang tidak
dapat dinafikan, bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga punca
berlakunya masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah yang semakin
menjadi-jadi. Sebagai contoh, peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan
pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan masyarakat sesuka hati membuang
sampah di kawasan sekitar Pekan Tuaran, Sabah sehingga kawasan Pekan Tuaran,
Sabah kelihatan kotor dengan sampah yang dibuang merata-rata dan tidak peduli
dengan undang-undang yang sedia ada. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mendapati pengurusan
Majlis Daerah Tuaran hanya sekali dalam sehari memunggut semua sampah yang
terdapat di Pekan Tuaran, Sabah ini. Ini menyebabkan tempat pembuangan sampah
penuh dan sampah-sampah tersebut bertaburan apabila ditiup angin serta diselongkar
oleh binatang liar seperti anjing dan kucing. Oleh itu, pihak yang berkuasa
tidak patut memandang ringan kerana pembuangan sampah sesuka hati akan memberi
kesan negatif yang berpanjangan yang boleh dibawa melaluinya seperti kesan
buruk terhadap kesihatan masyarakat sekeliling, kesan buruk kepada hidupan
akuatik yang terdapat di sungai kecil, kesan buruk kepada udara dan kualiti air
dan lain-lain lagi. Sekiranya, penguatkuasaan ini masih lemah untuk mengatasi
masalah ini maka masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini boleh menjejaskan
reputasi negeri Sabah serta negara kita di mata masyarakat antarabangsa. Adalah
penting supaya proses penguatkuasaan terhadap undang-undang sedia ada perlu
diketatkan lagi dan pihak berkuasa sering membuat pemantauan dan rondaan di
kawasan yang sering segelintir masyarakat suka membuang sampah serta mana-mana
pihak yang didapati bersalah melakukan pembuangan sampah sesuka hati akan dikenakan
tindakan yang setimpal dengan kesalahan mereka.
Selain
itu, punca masalah pembuangan
Sampah di Pekan Tuaran, Sabah yang kedua adalah sikap masyarakat yang tidak
bertanggungjawab. Masalah pembuangan sampah merata-rata adalah isu yang tiada
pengakhiran, malah berlaku secara berterusan dalam kehidupan kita. Gejala ini
tidak dapat dibendung secara drastik, namun kita tetap berusaha untuk mencari
jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah merata-rata di
Pekan Tuaran, Sabah ini. Perkara
ini dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya pada waktu tengahari dan petang
yang dipenuhi sampah akibat perbuatan segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab ini. Sampah sarap ini sangat jelas dibuang di merata-rata
kerana setiap kawasan di Pekan Tuaran, Sabah pastinya akan terjumpa longgokan
sampah di sepanjang lorong kedai. Senario ini berlaku disebabkan sikap
segelintir masyarakat yang malas hendak menguruskan sendiri sisa sampah yang
dihasilkan dengan membuang sampah sesuka hati sahaja di Pekan Tuaran, Sabah ini.
Berdasarkan hasil pemantauan, pengkaji boleh menyimpulkan bahawa segelintir masyarakat
yang terdapat di Pekan Tuaran, Sabah ini masih gagal dalam bab pengurusan sampah
walaupun didikan demi didikan telah diterapkan sejak di bangku sekolah rendah
lagi. Tegasnya, sudah sampai masanya kerajaan memperkasakan undang-undang
berkaitan dengan sampah. Jika tidak, perkara sama akan berlarutan sehingga
menjadi budaya dalam masyarakat. Pemantauan pihak berkuasa perlu dilakukan di
tempat-tempat tumpuan bagi mendidik masyarakat di Pekan Tuaran, Sabah agar
melupuskan dan menguruskan sisa buangan yang dihasilkan dengan baik dan bukan
meninggalkannya sesuka hati. Pelaksanaannya perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh, bukan sekadar meletakkan tanda amaran tanpa sebarang
tindakan.
Rajah 2: Sampah sarap yang dibuang sesuka hati di
setiap lorong kedai dan sepanjang bahu jalan raya di Pekan Tuaran, Sabah
Seterusnya, punca masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah adalah
melalui segelintir gerai dan restoran yang terdapat di kawasan ini. Isu premis
makanan yang kotor sememangnya buka perkara yang baharu. Pengkaji mendapati
terdapat segelintir kedai makan yang tidak peduli dengan kebersihan premis
makanan kerana didapati tong sampah yang dipenuhi sisa makanan tidak dibuang ke
tempat pembuangan sampah menyebabkan sampah bertaburan, longkang dipenuhi air
berkeladak kerana sisa minyak dibuang di dalamnya sehingga aliran tersekat. Mereka
seolah memandang sebelah mata sahaja dengan kebersihan gerai dan restoran tersebut.
Terdapat juga binatang liar seperti kucing dan anjing memasuki kedai makan ini
mereka hanya melihat dan tidak mengusir binatang tersebut sehingga binatang
tersebut menyelongkar sisa makanan yang dibuang di dalam tong sampah
menyebabkan sampah tersebut bertaburan di kawasan kedai makan tersebut. Malahan,
pelanggan hanya angkat kaki apabila ternampak haiwan perosak itu berlegar-legar
melalui tempat duduk dan kemudian meneruskan kembali menikmati makanan. Mengapa
agaknya mereka bersikap demikian? Tidakkah ada rasa geli atau bimbang dijangkiti
penyakit? Hal yang sedemikian, permasalahan ini masih berlaku bukanlah berpunca
daripada kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan premis makanan tetapi lebih
kepada kedegilan peniaga tersebut. Pengusaha makanan tidak sepatutnya
membiarkan tong sampah mereka penuh dengan sisa makanan dan sampah seperti plastik,
botol dan lain-lain lagi kerana ini dapat menjejaskan kebersihan kawasan persekitaran
Pekan Tuaran, Sabah. Tegasnya, jangan pandang remeh akan kepentingan
keselamatan makanan kerana tahap kesihatan kita sama ada untuk jangka masa
pendek mahupun panjang sangat berkait rapat dengan apa yang dimakan setiap hari.
Oleh itu, pengusaha makanan harus peka dengan kebersihan premis makanan.
Rajah 3: Salah
satu longkang di kawasan gerai dan restoran menjadi tumpuan pembuangan sisa
minyak
Rajah 4: Tong sampah
di salah satu restoran yang terdapat di Pekan Tuaran, Sabah dipenuhi sampah dan
sampah yang bertaburan
Akhir
sekali, punca masalah pembuangan
sampah di Pekan Tuaran, Sabah adalah tempat pembuangan sampah yang jauh. Apabila
tempat pembuangan sampah yang jauh maka segelintir masyarakat akan bersikap malas
untuk berjalan jauh menyebabkan mereka membuang sampah sesuka hati, tanpa mengendahkan
kesannya kepada masyarakat, alam sekitar dan imej Pekan Tuaran, Sabah sebagai
pekan yang sedang membangun pesat. Tiadanya tong sampah di setiap lorong kedai
dan di kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat di Pekan Tuaran, Sabah ini
membuatkan segelintir masyarakat akan membuang sampah mereka di kawasan
persekitaran Pekan Tuaran, Sabah kerana tiadanya tong sampah khas yang
disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab mengurus sampah ini. Dapat
dilihat dalam rajah 5 dan rajah 6 yang menunjukkan dua sahaja tempat pembuangan
sampah di Pekan Tuaran, Sabah dan rajah 7 menunjukkan tidak mempunyai tong
sampah khas di setiap lorong kedai menyebabkan masyarakat di kawasan tersebut
membuang sampah sesuka hati sahaja kerana tempat pembuangan sampah yang terlalu
jauh.
Rajah 5: Tempat pembuangan sampah berdekatan dengan
tandas awam di Pekan Tuaran, Sabah
Rajah 6: Tempat pembuangan sampah di kawasan tamu
Pekan Tuaran, Sabah
Rajah 7: Ketiadaan tong sampah khas di setiap lorong
kedai dan restoran
KESAN PEMBUANGAN SAMPAH DI PEKAN TUARAN, SABAH TERHADAP
MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR
Kesan pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah
terhadap masyarakat
Kesan pembuangan sampah di
Pekan Tuaran, Sabah terhadap masyarakat sekeliling adalah menjejaskan kesihatan
masyarakat. Hal ini sedemikian, pembuangan sampah yang tidak sistematik dan
tidak diurus dengan baik dimana hanya dua tong sampah besar sahaja yang
disediakan oleh Majlis Daerah Tuaran, menyebabkan kawasan Pekan Tuaran yang
tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang khusus menyebabkan mereka
mengambil inisiatif dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu,
pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik ini akan memberi kesan buruk
kepada kesihatan masyarakat sekeliling di kawasan Pekan Tuaran, Sabah ini.
Sisa-sisa pembuangan sampah juga boleh membawa pelbagai wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan-haiwan perosak seperti tikus, lipas, kucing, anjing,
lalat dan lain-lain sehingga menyebabkab penularan pelbagai wabak penyakit
kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur ini seperti demam denggi,
taun, malaria, keracunan makanan dan sebagainya. Contohnya, pembuangan sampah
di dalam air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di dalam air dan
boleh menyebabkab penyaki demam denggi kepada orang sekeliling di Pekan Tuaran,
Sabah ini sehingga boleh membawa maut.
Rajah 8: Retakan
simen dan sisa makanan dibuang di dalam air yang bertakung oleh restoran yang
berdekatan
Rajah 10: Sampah
sarap dibuang di kawasan pasar ikan di Pekan Tuaran, Sabah
Kesan pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah
terhadap alam sekitar
Kesan pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah
terhadap alam sekitar adalah menganggu keseimbangan ekosistem. Pengurusan
sampah yang tidak teratur di Pekan Tuaran, Sabah ini akan menyebabkan pelbagai
kesan yang negatif sehingga menjejaskan keseimbangan ekosistem persekitaran di
Pekan Tuaran, Sabah ini. Sampah yang mengandungi bahan kimia atau bahan organik
seperti sisa-sisa makanan dari restoran, supermarket jika dibuang ke dalam
kawasan air boleh menyebabkan air di kawasan itu mendapat jumlah nutrien yang
berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan proses “eutrophication” dimana
nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebihan dan apabila
alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan alga tersebut akan mempergunakan
jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat
hidup kerana kekurangan oksigen. Kesan daripada ini juga akan menganggu
keselesaan masyarakat di Pekan Tuaran, Sabah yang terpaksa menghadapi masalah
pencemaran bau daripada sampah yang tidak diurus dengan baik serta bau busuk
bangkai hidupan akuatik yang mati di kawasan sungai kecil yang terdapat di
Pekan Tuaran, Sabah ini.
Selain
itu, kesan pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah terhadap alam sekitar adalah
menjejaskan imej Pekan Tuaran, Sabah serta imej negara. Amalan buruk ini boleh
menjejaskan imej kedua-duanya. Keadaan ini turut memberikan gambaran bahawa
masyarakat di Pekan Tuaran, Sabah ini pengotor. Walaupun amalan ini hanya
dilakukan oleh sebahagian kecil daripada masyarakat di kawasan tersebut namun
jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bukan itu sahaja, negeri lain
akan pandang rendah terhadap kawasan Pekan Tuaran, Sabah kerana tidak berupaya
menangani masalah ini. Kegagalan menangani masalah pembuangan sampah ini secara
sistematik menjadi buah mulut kepada pelancong dari negara jiran yang akan
datang melawat di Pekan Tuaran, Sabah ini.
Seterusnya,
kesan pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah terhadap alam sekitar adalah
pencemaran bau. Pencemaran bau yang timbul daripada sampah sarap tersebut
disebabkan oleh longgokan sampah tidak diambil mengikut jadual, terlalu banyak
sampah yang tidak dibuang dengan betul ke dalam tong sampah dan dapat dilihat
hanya diletakkan ditepi tong sampah dan dibiarkan di atas lantai terutamanya
oleh peniaga di Tamu Pekan Tuaran selepas berniaga tidak kira pada waktu malam
atau pagi. Selain itu, masalah sampah ini disebabkan oleh kurangnya peletakkan
tong sampah di kawasan yang sepatutnya dan kemungkinan juga hal ini disebabkan
oleh bilangan tong sampah yang terhad yang disediakan oleh pihak yang berwajib.
Air busuk yang keluar dari longkang juga berpunca daripada kurangnya proses
penyelenggaraan yang berkesan. Sampah dan air kumbahan dari pasar menyebabkan
longkang tersebut tersumbat dan menyebabkan air longkang itu tidak mengalir
dengan lancar. Selain itu, bau busuk dari longkang ini juga disebabkan oleh tiadanya
rasa tanggungjawab orang ramai terhadap pembuangan sampah ke dalam longkang.
Hal ini telah menyulitkan lagi keadaan longkang tersebut.
Rajah 11: Keadaan longkang di Pekan Tuaran, Sabah yang dipenuhi sampah sarap
LANGKAH
MENANGANI PEMBUANGAN SAMPAH DI PEKAN TUARAN, SABAH
Peribahasa melayu mengatakan,
‘tiada penyakit yang tiada penawarnya’. Langkah-langkah untuk menangani masalah
pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini yang pertama adalah membuat
perancangan dan pengurusan sampah yang sistematik. Dimana, masyarakat perlulah
mempratikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang dikenali
sebagai Program Pengurangan, Penggunaan Semula dan Kitar Semula. Tempat-tempat
khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang
boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai,
tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini melibatkan
kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu
mengurangkan pembuangan sampah merata-rata dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
Langkah untuk menangani
masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini yang kedua adalah menambah
baik sistem pengurusan pembuangan sampah dan menambah jumlah bilangan tong
sampah di tempat awam. Dengan menambah jumlah tong sampah yang ada tiada lagi
alasan untuk masyarakat di Pekan Tuaran, Sabah ini membuang sampah di
merata-rata tempat dan tiada lagi masalah yang berlaku akibat kekurangan jumlah
tong sampah di tempat awam seperti tong sampah cepat penuh dan tiada tempat
lagi untuk membuang sampah dan sisa yang ada, jadi mereka terpaksa membuang di
tepi tong sampah yang telah penuh, yang dimana jika hari berangin, sampah-sampah
tersebut akan berterbangan dan ianya akan menyebabkan kawasan tersebut kotor
dan terliat seperti tidak menjaga kebersihan. Bukan itu sahaja, penambahan
tong-tong sampah kitar semula juga perlu ditingkatkan untuk membantu menangani
masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini. Selain itu, menambah baik
sistem pengurusan pembuangan sampah juga perlu diadakan bagi memastikan proses
lori-lori sampah yang bertugas untuk mengutip segala sampah-sarap yang ada pada
masa-masa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan berjalan dengan lancar
dan tidak lewat ataupun tidak mengikut jadual waktu yang ditetapkan agar tiada
lagi masalah tong sampah-tong sampah yang penuh di kawasan awam Pekan Tuaran,
Sabah ini. Sekali gus, masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah juga
dapat dikurangkan.
Selain itu, langkah untuk
menangani masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini yang ketiga adalah
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah tidak
membuang sampah di tempat khas pembuangan sampah malah membuang sampah merata-rata.
Pihak berwajib wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk
menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal
dengan kesalahan pihak terbabit untuk merosakkan persekitaran di Pekan Tuaran,
Sabah ini. Selain itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak
seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang membuangan
sampah semberangan biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka
akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka
tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana membuangan
sampah di tempat yang salah kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali
sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang
dikenakan. Oleh itu, pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan
hukuman terhadap pihak yang melakukan perkara ini lagi.
Seterusnya, langkah untuk
menangani masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini yang keempat adalah
melalui pendidikan. Hal yang sedemikian, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan
pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar
melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera.
Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan
boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan
kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di
sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang cara pembuangan
sampah dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan
sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam
sekitar daripada bebas sampah apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan
mengatasi masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah pada masa akan
datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk
mengatasi masalah ini.
Langkah untuk menangani masalah pembuangan sampah di Pekan Tuaran, Sabah ini yang terakhir adalah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan sampah ini. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen masyarakat bebas daripada sampah sarap. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Ada kalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pembuangan sampah sarap terutamanya di Pekan Tuaran, Sabah ini.
RUJUKAN
Berita Harian Online. (2021). Rakyat Malaysia masih
gagal urus sampah. Diperolehi daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/99624/SUARA-SINAR/Lidah-Pengarang/Rakyat-Malaysia-masih-gagal-urus-sampah.
(26 Disember 2021).
Berita Sabah Online. SISTEM PENGURUSAN SAMPAH AKAN DITAMBAH BAIK DI
MENGKABONG. Diperolehi daripada
https://beritasabah.com/sistem-pengurusan-sampah-akan-ditambah-baik-di-mengkabong/.
(26 Disember 2021).
Fazida binti Haji
Othman. (2012). AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH
DALAM
KALANGAN
PENSYARAH, PELAJAR & PEKERJA KAFETERIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS
PENDIDIKAN ISLAM. Jabatan Sains Sosial, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Diperolehi
daripada http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/kertas_lestari2012/Fazida%20binti%20Haji%20Othman.pdf
Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa & Juliana
Abdul Wafaf, (2011). Knowledge, Attitude
and Practice of Malaysia Society regarding
Environmental Issues. Akademika 81(3) 103-115. Diperolehi daripada
http://journalarticle.ukm.my/3654/1/jademik81-3Bab%252012-lock.pdf
MUHAMAD FIQRURAZI
BIN AHMAD SHAMSURI. (2015). MASALAH LONGGOKAN
SAMPAH
KAWASAN PERUMAHAN BERTERES KAJIAN KES: TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR. Diperolehi
daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/53778/25/MuhamadFiqruraziAhmadShamsuriMFGHT2015.pdf
Nurul Hidayah Liew Abdullah, Haryati Binti Shafii &
Seow Ta Wee. (2013). PENDIDIKAN
ALAM SEKITAR SEBAGAI MEDIUM UTAMA DALAM KONTEKS MENINGKATKAN
KESEDARAN ALAM SEKITAR: SATU KAJIAN PERSEPSI DARI SUDUT PANDANGAN PENTADBIR,
GURU, IBU BAPA DAN MURID. Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, Malaysia. Diperolehi daripada
Penulis: Janefer Daesif
No Matrik: D2019xxx9483
Kumpulan: C
No comments:
Post a Comment