Monday, December 27, 2021

Suasana Persekitaran dan Budaya di kampung Uma Badeng, Sungai Asap.

 Suasana Persekitaran dan Budaya di kampung Uma Badeng, Sungai Asap.

Nama: Slyviana Ubong Jarang

No. Matrik: D20191087831

 

Pada tanggal 10 hingga 11 December 2021, pengkaji telah menjalankan satu kajian di kampung Uma Badeng, Sungai Asap, Sarawak di bawah kursus HGM3033 Geografi Penduduk. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan demografi dan sosioekonomi masyarakat kaum kenyah di kampung Uma Badeng.

 

DEMOGRAFI

 

 

Gambar 1: Suasana Kampung Uma Badeng, Sungai Asap

 

Perkampungan Uma Badeng ini merupakan satu kawasan perkampungan yang berada di penempatan baharu di Sungai Asap. Kawasan perkampungan ini terdapat bukit-bukau dan gunung ganang yang sejuk dan berembun pada waktu pagi. Suasana di sekelilingnya sangat tenang tanpa sebarang gangguan jalan raya yang bising dan pusat Bandar yang sibuk. Kampung Uma Badeng ini dibina secara rumah panjang iaitu, 1 blok rumah terdiri daripada 15 buah pintu. Terdapat 6 blok rumah panjang. Jadi, terdapat 90 pintu yang terdiri daripada 1 keluarga.

Seterusnya, suhu di kawasan perkampungan ini yang sejuk iaitu sekitar 19 sehingga 23 darjah celcius pada waktu malam dan pagi sangat memberi keselesaan dan ketenangan kepada penduduk di sekelilingnya. Pada awalnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini tinggal di Long Gang namun pada akhir tahun 90an telah berpindah ke sini atas tujuan Perkampungan yang lama telah dibina empangan Bakun. Semua penduduk kini berada di kampung ini dengan selesa dan mempunyai keperluan dan akses yang cukup.

 

 

Gambar 2: Sekolah Kebangsaan Long Gang

 

Terdapat sebuah sekolah yang berdekatan dengan perkampungan Uma Badeng ini iaitu Sekolah Kebangsaan Long Gang yang diketuai oleh Guru Besar yang bernama Encik Sibi Luhat, dimana beliau baru berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan di sekolah tersebut. SK Long Gang ini diberi nama Long Gang kerana pada asalnya penduduk yang menuntut ilmu di sini berasal dari Long Gang, iaitu penempatan lama mereka. Terdapat seramai 391 orang murid yang sedang menuntut di sekolah ini iaitu rata-rata daripada mereka berasal dari kampung Uma Badeng. 125 orang murid dari sekolah ini adalah lelaki manakala 266 orang murid yang lain adalah perempuan. Kakitangan di sekolah ini terdiri daripada golongan lelaki iaitu seramai 18 orang lelaki dan selebihnya kakitangan perempuan.

 

 

 

 

 

 

 

SOSIOEKONOMI

 

Penduduk di kampung Uma Badeng di sini menjalankan aktiviti pertanian Buah Kelapa Sawit di kawasan ini. Penjualan kelapa sawit ini sangat membantu secara dominan bagi memenuhi keperluan sehari-hari penduduk di kampung ini. Biasanya, mereka memanfaatkan lot milik mereka untuk mengusahakan usaha perniagaan buah kelapa sawit. Jenis pertanian yang mereka lakukan pada waktu ini sangat menguntungkan bagi mereka kerana pada ketika ini harga kelapa sawit dibeli dengan harga yang lumayan tinggi iaitu sebanyak RM955 hari ini dan pernah mencecah sehingga satu ribu ringgit untuk 1 tan.

 

Gambar 3: Hasil Pertanian Kelapa Sawit

 

Penduduk di kampung ini juga menjalankan pertanian jenis padi bukit. Mereka memilih untuk menjalankan pertanian ini kerana dapat menampung keperluan makanan mereka pada setiap hari. Hal ini demikian kerana, mereka tidak hanya menanam padi di bukit tersebut kerana mereka juga dapat menanam tanaman lain seperti timun, cili, dan lain-lain. Hal ini lah yang membuat mereka mampu bertahan hidup walaupun kebanyakkan penduduk ini berada pada tahap B40 untuk taraf ekonomi keluarga.

 

Gambar 4: Keadaan Jalan masuk ke Ladang Kelapa Sawit

 

BUDAYA KEMATIAN

 

Sekiranya terdapat kematian di kampung ini, keluarga mangsa akan menghubungi sanak-saudara yang jauh dan dekat. Semua ahli keluarga yang mampu untuk balik diperlukan balik untuk membuat penghormatan terakhir bagi arwah. Untuk memaklumkan kepada semua penduduk di kampung bahawa terdapat kematian, ahli keuarga akan membunyikan gong selama beberapa kali agar penduduk yang lain boleh berkumpul. Penduduk yang lain juga perlu menangguhkan sebarang aktiviti bagi menghormati ahli keluarga yang ditimpa masalah.

Arwah akan dipakaikan baju yang cantik dan bagi arwah perempuan akan di make-up sedikit. Arwah tersebut akan dibaringkan di atas tilam dan meletakkan rantai Rosari di tangan arwah tersebut. Arwah akan dibiarkan selama 3 hari berada di rumah dan diletakkan di dalam keranda. Sepanjang tempoh arwah berada di rumah, penduduk yang lain akan bergotong-royong memasak di rumah ahli keluarga arwah bagi bersama-sama menjaga dan menemani ahli keluarga yang lain menjaga arwah. Penduduk kampung dan ahli keluarga akan makan bersama-sama dengan keluarga jauh yang datang melawat.

Pada hari ketiga kematian ataupun hari pengebumian, aktiviti berdoa akan dilakukan bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Setelah itu, keranda akan di gum bagi memastikan keranda tertutup rapat sebelum dihantar ke kawasan perkuburan. Setelah itu, keranda yang berisi mayat akan dibawa ke kawasan perkuburan menggunakan kereta penduduk kampung. Setelah proses pengebumian dijalankan, ahli keluarga bersama-sama penduduk yang lain akan melakukan doa rosary pada setiap malam selama 7 hari bagi mendoakan kematian arwah. Untuk kematian yang ke 100 hari, acara doa akan dilakukan lagi dan acara makan-makan bersama penduduk kampung.

 

 

Gambar 5: Aktiviti Gotong-royong memasak untuk bersama menjaga kematian

 

 

Gambar 6: Aktiviti Gotong-royong memasak untuk bersama menjaga kematian

 

BUDAYA PERAYAAN

 

Semua penduduk di kampung Uma Badeng di sini menganut agama Kristian. Oleh itu, setiap hujung tahun mereka akan merayakan sambutan hari Krismas. Sambutan hari krismas akan diadakan pada setiap 25 Disember setiap tahun. Hari Krismas inilah sambutan utama penduduk di kampung ini. Terdapat juga 2 buah gereja disediakan di kampung ini bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti keagamaan mereka.

Aktiviti ngabang ataupun lebih dikenali dengan aktiviti melawat sanak-saudara dan kawan-kawan dari rumah ke rumah juga sangat terkenal diadakan pada Hari Krismas. Para kerabat akan berkumpul di suatu tempat dan bermula aktiviti ngabang dari rumah ke rumah. Tuan rumah akan berkongsi juadah yang mereka sediakan untuk dinikmati oleh kawan-kawan dan sanak-saudara bersama-sama.

 

 

Gambar 7: Ngabang/ aktiviti berkunjung ke rumah kawan-kawan

 

 

 

 

Gambar 8: Aktiviti Berkumpul Bersama keluarga di malam hari Natal

 

Sambutan Hari Krismas juga akan dipenuhi dengan aktiviti berkumpul bersama keluarga. Kebanyakan penduduk di kampung ini memilih untuk berkumpul bersama-sama dengan keluarga mereka pada 26 Disember. Aktiviti bersama keluarga yang selalu dilakukan adalah mandi bersama di sungai sambil berkelah pada waktu pagi sehingga petang, BBQ sambil makan besar dan berkaraoke pada malam harinya.

 

 

 

Gambar 9: Aktiviti Lekopa

Selain itu, penduduk di kampung ini juga melakukan aktiviti Lekopa pada setiap tahun pada musim Krismas. Aktiviti ini akan dilakukan pada 27 dan 28 Disember. Peserta yang akan mengikuti aktiviti Lekopa ini pada 27 Disember hanya kaum muda-mudi sahaja manakala pada 28 Disember akan disertai oleh semua orang.

          Aktiviti menghias ruai juga dilakukan beberapa hari sebelum krismas bagi menambahkan lagi keriangan menyambut hari natal.

No comments:

Post a Comment