MASALAH PENGURUSAN LEMBU DI KAWASAN KENINGAU, SABAH
1.0 PENDAHULUAN
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan dalam 73,904 Km persegi. Terdapat pelbagai jenis eknomi yang dijalankan dinegeri ini termasuklah penternakan Lembu. Menurut akhbar Utusan Borneo (2019), Sabah dilihat mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar makanan berasaskan daging menjelang tahun 2030. Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu buat rakyat Sabah kerana kebanyakan daripada mereka memang sudah menjalankan ternakan lembu tidak kira secara ladang mahupun ternakan secara peribadi. salah satu ladang ternakan lembu yang paling terkenal di Keningau adalah Ladang Datuk Yap Yun Fook dengan brand syarikatnya yang dikenali sebagai ECO-YAP. Menurut Dr. Jamaun Angkap (2016) dalam laporannya "Peluang Keusahawanan Dalam Industri Penternakan" menyatakan bahawa kadar saradiri bagi pengeluaran daging lembu dan kerbau di negeri Sabah adalah sebanyak 21 peratus dan kebanyakan lembu yang diternak ini adalah untuk pengeluaran daging.
Sumber: Google Image
Namun begitu terdapat masalah yang wujud diakibatkan oleh penternakan lembu ini khususnya yang dilakukan secara individu di kawasan Keningau. Masalah yang dimaksudkan adalah kaedah penternakan yang dilakuakan iaitu secara extensive. Kebanyakan daripada penternak individu di Keningau mereka sering dan gemar melepaskan lembu mereka begitu sahaja tanpa ada pemantauan daripada tuan empunya terutama setiap petang. Penulisan kali ini akan menerangkan tentang masalah, kesan serta kaedah untuk mengatasi masalah penternakan ini.
2.0 MASALAH PENGURUSAN LEMBU
Penternakan lembu yang dijalankan secara persendirian ini nyatanya memberi kesan kepada penduduk di kawasan Keningau kerana lembu ini bergerak bebas sehingga memasuki jalan raya. Lembu-lembu yang bergerak bebas ini seringkali dilihat ketika waktu awal pagi dan petang dimana ternakan ini akan mencari makanan disepanjang jalan-jalan. Untuk pengetahuan, walaupun Keningau pada saat ini sedang menuju status daripada pekan ke bandar, masih terdapat banyak kawasan semulajadi disekitarnya. Rumput serta tanaman seperti kelapa sawit sangatlah mudah dijumpai di Keningau. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa kebanyakan pemilik lembu ini membiarkan ternakan mereka berkeliaran pergi mencari makanan sendiri.
Masalah pertama yang wujud diakibatkan oleh ternakan lembu yang dibiarkan berkeliaran ini adalah kemalangan serta masalah lalu lintas. Lembu yang berkeliaran ini selalu dilihat berada ditepi jalan raya dan memakan rumput, ianya bahkan memasuki jalan raya dan tidur ditengah-tengahnya sehingga membuat pemandu susah untuk melepasi ternakan tersebut. Kes-kes kemalangan yang diakibatkan oleh lembu juga pernah berlaku di Keningau. Keberadaan lembut ditengah-tengah jalan raya kadang-kala boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa terutama sekali pemandu yang membawa motorsikal. Menurut portal berita online Sabah Post (2019), lembu-lembu yang berkeliaran tanpa pemiliknya pada waktu malan telah mengganggu lalulintas dan mengotorkan jalan raya dengan najis. Oleh itu, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah iaitu Mumin Amsah yelah menyatakan bahawa pihak MDK sudah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pemilik lembu agar mengurung haiwan ternakan mereka dan mengawasinya jika memasuki kawasan awam seperti jalan raya. Berikut merupakan antara coretan daripada pengguna jalan raya di Keningau berkenaan dengan masalah lembu berkeliaran ini yang disebarkan diplatform Facebook dengan harapan supaya pihak atasan boleh memandang serius akan hal ini.
Gambar 2: Coretan Pengguna Jalanraya dan lembu yang memasuki kawasan umum
Sumber: Facebook
Masalah kedua yang wujud adalah kerosakan tanaman yang dimakan oleh ternakan lembu. Lembu yang dibiarkan tanpa pemerhatian pemiliknya kadang-kala sampai memasuki kawasan perumahan orang lain dan bahkan memakan tanaman mereka. Selain daripada penternakan, kawasan Keningau ini juga merupakan antara kawasan pengeluaran hasil tanaman sayur yang terbesar di Sabah. Contoh tanaman yang ditanam adalah, sayur bunga, kacang buncis, kacang panjang, timun, kacang belimbing, lada dan selainnya. Lembu yang tidak dijaga ini telah memasuki kawasan tanaman dan memakan sayur tersebut sehingga kebanyakan daripadanya tidak dapat dipetik untuk dijual. Terdapat satu kes dimana seorang pengusaha lada yang menanam ladanya di kawasan rumah, namun dimakan oleh lembu sehingga menyebabkan lada tersebut tidak dapat tumbuh. Ditambah lagi dengan bekas pijakan atau tapak kaki lembu yang membawa kepada kerosakan tanaman.
3.0 KESAN PENGURUSAN LEMBU YANG TIDAK TERATUR
Kesan daripada pengurusan lembu yang tidak teratur adalah sama seperti isi diatas iaitu yang pertama, kesesakan lalu lintas dan yang kedua adalah kerugian bagi penanam sayur. Lembu merupakan haiwan yang tidak mempunyai akal pemikiran, maka daripada itu dimana ia makan, disitu juga ia akan melepaskan najis. Masalah najis lembu di Keningau telah menyebabkan kawasan perumahan disekitar merasa tidak nyaman oleh bau. Untuk pengetahuan tambahan lagi, perumahan dikawasan Keningau kebanyakannya adalah milik peribadi dan kebanyakan daripadanya terletak bersebelahan dengan jalan raya. Oleh yang demikian, bau daripada najis lembu sudah semestinya memberi kesan kepada penduduk sekitar. Selain itu, keberadaan lembu yang selalu tidur dijalan raya juga memberi kesan kepada pemandu. Hal ini kerana, mungkin ada diantara pengguna jalan raya yang ingin ketempat kerja dengan cepat, namun mereka tidak dapat sampai dengan masa yang tepat kerana terhalang lembu. Lembu yang tidur di tengah jalan ini bahkan enggan berganjak walaupun sudah di hon berkali-kali.
Kesan lainnya adalah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha tanaman. Tanaman yang dimakan oleh lembu itu boleh memberi kerugian yang cukup besar kepada pengusaha tanaman jika jumlah sayur yang dimakan adalah banyak. Penternakan lembu yang dijalankan merupakan tindakan yang baik bagi membantu menangani masalah kekurangan daging. Nor Amalina Alias dalam akhbar Berita Harian Online (2020), menyatakan apabila banyak lembu diternak, maka pengusaha boleh menjualnya dalam bentuk daging segar atau dibuat dalam bentuk daging beku. Namun begitu, pengurusan yang strategik sepanjang proses penternakan ini hendaklah diambil kira dan diatur dengan sangat teliti agar tidak memudaratkan orang lain.
4.0 KAEDAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN LEMBU
Masalah yang muncul daripada kurangnya pengurusan lembu perlu ditangani dengan kadar yang segara untuk menimimalkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat lainnya. Antara kaedah yang boleh digunapakai adalah menangkap dan mengurung haiwan ternakan mereka daripada terus berkeliaran di tempat-tempat awan (Sabah Post, 2019). Setiap pemilik daripada ternakan lembu ini harusnya mempunnyai sikap tanggungjawab jika hendak memelihara lembu. Mereka mesti sentiasa peka dan tidak membiarkan lembu mereka berkeliaran tanpa pemerhatian. Dengan berbuat demikian, kejadian seperti kemalangan, kerosakan tanaman dan najis lembu dapat dielakkan. Menurut Mumin dalam akhbar Sabah Post (2019) juga, beliau menyatakan bahawa ternakan yang berkeliaran sangat bertentangan dengan kehendak di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Control of Animal by Laws 1981 dimana tindakan boleh diambil untuk menangkap haiwan tersebut.
5.0 PENUTUP
Walaupun telah banyak keluhan yang diutarakan oleh penduduk sekitar khususnya pengguna jalan raya di Keningau, pihak yang berwajib sehingga saat ini malangnya masih memandang remeh akan masalah lembu yang berkeliaran ini. Mereka hanya mengeluarkan arahan dalam bentuk notis sahaja dan tindakan susulan tidak pernah dibuat yang akhirnya membuatkan masalah lembu berkeliaran ini masih berlaku sampai ke hari ini. Penulis berharap agar individu yang berwajib akan mengambil tindakan sepatutnya dengan kadar yang segera. Masalah ini diharapnya dapat ditangani keran potensi daripada penternakan lembu dilihat sangat menjanjikan. Malesa Shela Ta'yib (2016) ada menyatakan dalam kajiannya bahawa sector penternakan seperti lembu diliat sebagai satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan.
6.0 RUJUKAN
Dr. Jamaun Angkap, Penolong Pengarah Wilayah JPHPT Kudat, "Peluang Keusahawan Dalam Industri Penternakan", Gerak IKS SDC, Meneroka Potensi IKS Desa, 2016. pdf
Akhbar Utusan Borneo Online, "Sabah Berpotensi Jadi Pengeluar Makanan Berasas Daging Pada 2030", 16 Julai 2019.
Akhbar Sabah Post, "Pemilik Lembu Di Keningau Diarah Kurung Tenakan Daripada Berkeliaran", Portal Berita Online Negeri Sabah, 05 Januari 2019.
Nor Amalina Alias, "Perbanyak Terenakan Lembu Tempatan, Tangani Isu Daging Kartel", Berita Harian Online, 30 December 2020.
Malesa Shela Ta'yib, "Usahawan Penternakan: Peluang Perniagaan Koperasi", Maktab Koperasi Malaysia, Zon Timur, 2016. pdf
Disediakan oleh : SHANNEN CHARLES JANE
No. MATRIKS : D20182086620
Kumpulan Kuliah : A
No comments:
Post a Comment