Sunday, December 26, 2021

KESAN PEMBINAAN HOSPITAL DI PEKAN PENDANG, KEDAH

PENGENALAN 

Pendang merupakan antara daerah yang terbesar di daerah Pendang. Daerah ini merupakan daerah yang menjadi tumpuan dan sejarahnya tersendiri. Berdasarkan Portal Rasmi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman, ada menyatakan bahawa nama Pendang itu sendiri dikatakan berasalkan daripada nama Pendiat yang bermaksud parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah yang dijinakkan akan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat di Pekan Pendang iaitu bersebelahan dengan Balai Polis Trafik Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini digunakan bagi membersihkan gajah-gajah yang dijaga. Gajah-gajah ini dipelihara di sebuah Kampung yang bernama Kampung Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati akan ditanam di Kampung Gajah Mati yang berada tidak jauh dari Telaga tersebut Daripada sejarah ini jelaslah bahawa Daerah Pendang antara daerah yang terkenal di Negeri Kedah pada suatu ketika dahulu. Gajah-gajah yang dijaga digunakan bagi menghantar ‘ufti’ (Bunga Emas) ke Negeri Siam. Jadi daripada itu, daerah Pendang telah pun menjadi tumpuan penduduk dan komuniti menetat. 
    Keluasan Daerah Pendang adalah seluas 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh. Pekan Pendang pula terletak di Mukim Air Puteh dan Hospital yang kini berada dalam proses pembinaan juga terletak di Mukim Air Puteh. Daerah Pendang sebelum ini merupakan satu-satunya daerah yang tidak mempunyai hospital kerana jarak antara Daerah Pendang ke Hospital Besar Alor Setar iaitu Hospital Sultanah Bahiyah tidaklah jauh dan hanya mengambil masa 40 – 30 minit untuk ke sana. Namun pembinaan hospital ini di teruskan juga kerana kepadatan penduduk Daerah Pendang kini telah mencecah melebihi 130 000 penduduk. Disebabkan bilangan populasinya besar, pembinaan hospital ini dilihat adalah wajar dan logik kerana semakin bertambah populasi, semakin bertambah keperluan kesihatan di kawasan tersebut. 
    Daerah Pendang merupakan kawasan yang melibatkan sektor pertanian, pentadbiran dan perindustrian. Sektor pertanian yang diusahakan adalah tanaman getah dan tanaman sawah padi. Daerah Pendang juga mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah. 



KESAN PEMBINAAN HOSPITAL 


Rajah 1. Keadaan proses pembinaan Hospital Pendang


Kepadatan Penduduk

Jika dilihat daripada kepadatan penduduk, Daerah Pendang dilihat kini pesat membangun dengan pertambahan kawasan perumah yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pembukaan kawasan perumahan ini dilihat semakin pesat bagi membuat persedian pertambahan penduduk yang bakal terjadi apabila hospital baru akan beroperasi.


Rajah 2. Salah satu pembukaan kawasan perumahan baru yang dibina




Ekonomi 

Daripada pembinan hospital ini, pertumbuhan ekonomi di Daerah ini dilihat semakin bertambah baik, dimana perkara ini jelas dapat dilihat apabila terdapat banyak pembukaan kedai dan perniagaan baru di sekitar Pekan Pendang. Perniagaan di Pekan Pendang ini juga dilihat semakin maju bermula dari hari pertama kerja-kerja pembinaan hospital dijalankan terutamanya perniagaan makanan. Hal ini kerana, permintaan kepada makanan bertambah apabila terdapat penduduk asing atau orang luar dari kawasan Daerah Pendang memasuki Pekan ini adalah urusan pekerjaan. Perkara ini juga telah menjadi pemangkin dan faktor utama gerai makan yang diusahakan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan tapak pembinaan dapat menaik taraf gerai makan mereka.


MASALAH YANG DIHADAPI

Apabila populasi penduduk semakin bertambah, masalah atau isu kes-kes jenayah juga akan semakin bertambah. Antara masalah yang dihadapi adalah kes kecurian yang dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai contoh, kecurian kabel, kecurian kenderaan, pencerobohan rumah dan lain-lain. Masalah-masalah yang timbul akan menyebabkan ketenteraman pududuk semakin terjejas dan tidak selamat. Perkara ini berkemungkinan besar disebabkan oleh pertambahan warga asing yang berkerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan hospital dan di tapak pembinaan kawasan perumahan.

                Selain itu, masalah terbaru yang turut menimbulkan kerisauan penduduk adalah warga asing yang sering terlibat dengan industri pembinaan dan perkilangan kini telah mula memasukki sektor pertanian seperti sektor pertanian penanaman sawah padi. Rajah dibawah menunjukkan salah satu keratan akhbar yang menceritakan berkenaan warga asing yang telah mula memasuki sektor pertanian


Rajah 3. keratan akhabar Sinar Harian

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Sinar Harian yang bertarikh 25 November 2021 menyatakan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang serius berkenaan penglibatan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh dalam sektor penanaman padi sawah yang telah diubah tanpa keizinan pihak yang berkuasa daripada penanaman padi sawah ke kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan.  

        Seterusnya masalah yang turut timbul di Pekan Pendang kini adalah masalah kesesakan lalu lintas tambahan pula ketika waktu punca seperti pada jam 7.00 pagi-8.00 pagi, 12.30 tengahari-2.00 petang dan 4.30 petang-6.00petang. Hal ini berpunca daripada jalan raya yang masih belum diubah suai menjadi lebih besar atau dipecahkan laluannya. Perkara ini turut dirumitkan apabila kenderaan besar seperti lori yang membawa bahan binaan turut menggunakan jalan tersebut. Hal ini telah membuatkan pengguna jalan raya yang biasa seperti pengguna motosikal berasa tidak selamat apabila lori berada disebalah dan jalan raya juga turut terjejas iaitu mengalami kerosakkan.

    Masalah pencemaran juga menjadi punca utama sejak pembinaan hospital dimulakan. Perkara bertambah teruk apabila pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembinaan turut sama dimulakan. Pencemaran yang terjadi adalah pencemaran udara, habuk-habuk halus dapat dilihat dengan jelas di kediaman rumah dan jalan raya. Seterusnya, pencemaran bunyi. Pencemaran ini kerap terjadi ketika pemulaan pembinaan apabila penanam cerucuk bangunan dijalankan. Bunyi tersebut dapat didengari dalam jarak dua kilometre jauhnya. Perkara ini turut menjadi masalah besar kerana tapak pembinaan hospital tersebut berdekatan dengan sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung dengan jarak 500 meter sahaja. Apabila kerja-kerja pembinaan dijalankan, pihak sekolah yang sedang menjalanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan mengalami gangguan bunyi yang jelas dan kuat sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa untuk belajar.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembinaan hospital ini dilihat telah meyumbang banyak kesan samaada secara positif atau negatifnya. Pembinaan hospital ini dilihat menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kawasan tersebut. Kini dapat dilihat pembukaan bangunan kedai yang menempatkan kedai-kedai yang mempunyai nama besar di Malaysia telah banyak beroperasi. Sebagai contoh, Mr DIY, ECO dan lain-lain. Namun, impak negatif daripada pembinaan hospital ini juga turut perlu dilihat kerana kini kawasan Pekan Pendang telah menjadi tempat utama penempatan penduduk kerana berdekatan dengan sekolah, hospital dan kawasan pentadbiran Daerah Pendang.



Nama : Anis Ayuni Binti Ibrahim
No Matrik : D20182086608

No comments:

Post a Comment