Friday, December 24, 2021

Kesan Perubahan Sosioekonomi Terhadap Penduduk Di Felda Neram Satu Kemaman Terengganu

Kesan Perubahan Sosioekonomi Terhadap Penduduk Di Felda Neram Satu Kemaman Terengganu

Felda Neram Satu  merupakan salah sebuah kampung yang berada di daerah Kemaman, Terengganu yang merupakan tanah rancangan felda dalam negeri tersebut. Dibangunkan pada tahun 1972. Nama rancangan ini diambil daripada sebatang pokok yang dikenali sabagai pokok neram. Namanya telah diguna pakai bagi Felda Neram Satu. Felda neram satu mempunyai penduduk sekitar  5954 orang penduduk  daripada jumlah keseluruhan keluarga peneroka termasuk generasi baru. Felda Neram juga merupakan kampung yang mengalami perubahan yang agak ketara dari segi sosioekonomi. Perubahan sosioekonomi di kampung ini telah memberi impak yang besar kepada para penduduk kampung. Perubahan sosioekonomi di Felda Neram Satu menunjukkan satu perubahan yang positif.

            Menurut kamus dewan edisi kempat sosioekonomi ialah penglibatan unsur-unsur atau fakto-faktor kemasyarakatan dan ekonomi. Perkataan sosioekonomi merupakan gabungan dua perkataan, iaitu sosial dan ekonomi. Sosial pada umumnya merujuk kepada interaksi di antara manusia dengan manusia dalam sesebuah masyarakat (Teh Koon Hoo,2003). Antara kesan perubahan sosioekonomi terhadap penduduk di kampong Felda Neram ialah perubahan dalam pendidikan. Taraf pendidikan para penduduk semakin meningkat dengan adanya beberapa buah sekolah, penubuhan pusat bimbingan kanak-kanak serta kelas-kelas kemahiran yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa (PKD) Felda Neram Satu. Hal ini dapat membuka peluang kepada penduduk untuk meningkatkan lagi pengetahuan bermula daripada kanak-kanak hingga peringkat umur yang lebih berusia. Perubahan ini memberi impak yang positif terhadap taraf pendidikan penduduk Felda Neram Satu.

Rajah 1: Kelas kemahiran membuat bantal felt (Mini RTC Felda Neram Satu)

Perubahan sosioekonomi di Felda Neram Satu juga meberi kesan kepada darjah ketersampaian penduduk kampung.  Pembinaan jalan raya yang baik memudahkan penduduk untuk melakukan aktiviti harian sekaligus meningkatkan darjah ketersampaian mereka. Menurut    Saravanan Sundara Sakaran, Harifah Mohd Noor & Rosmiza M. Z. (2020)  ketersampaian merujuk kepada kemudahan untuk menuju ke sesuatu destinasi menerusi penggunaan pelbagai mod pengangkutan. Memandangkan Felda Neram Satu bersempadan dengan daerah Kuantan Pahang, kebanyakkan penduduk memilih untuk bekerja, membeli keperluan harian dan sebagainya di daerah tersebut. Keadaan ini memerlukan penduduk menggunakan jalan raya utama dari Felda Neram  ke bandar Kuantan. Dengan adanya jalan raya utama tersebut ianya memberi manfaat kepada penduduk kampung terutamnya.


                                                                          (sumber: Google Map 2021)

Rajah 3: Jalan raya utama menghubungkan Felda Neram Satu ke daerah Kuantan

     Selaian itu, berlakunya peningkatan aktiviti e-dagang antara penduduk kampung. Perdagangan elektronik (e-dagang) ialah pemasaran, pembelian dan penjualan barangan atau perkhidmatan melalui Internet, Ia merangkumi keseluruhan skop jualan produk dan perkhidmatan dalam talian dari awal hingga akhir (ms.theastrologypage.com,2021). Perusahan kecil dan sederhana PKS Felda Neram Satu telah mengambil peluang untuk berniaga secara atas talian. Meraka akan mengiklankan produk-produk jualan dalam kumpulan WhatsApp kampung, facebook serta platform jual beli produk & perkhidmatan perniagaan dalam talian yang lain. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh para penduduk sudah terdedah dengan aktiviti e-dagang ekoran daripada perubahan sosioekonomi yang berlaku.

Rajah 4: Aktiviti jual beli dalam aplikasi WhatsApp

Akhir sekali, berlakunya peningkatan penduduk. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya pembinaan kawasan perumahan baru di dalam kampung. Terdapat 105 unit rumah yang telah  dibina melalui Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF). Perumahan tersebut terdiri daripada 60 unit kos sederhana dan 45 unit kos renda dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.  Keadaan ini dapat memberi peluang kepada anak-anak peneroka untuk memiliki rumah sendiri. Lokasinya yang strategik berdekatan Pelabuhan Kuantan dan susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadikan kawasan perumahan ini rebutan orang ramai. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawan kawasan perumahan yang dibina dapat meningkatkan jumlah penduduk di Felda Neram Satu.

Rajah 4: Perumahan generasi baharu Felda Neram Satu

Kesimpulanya, perubahan sosioekonomi di sekitar Felda Neram satu telah banyak memberi kesan positif terhadap penduduk tempatan. Kesanya dapat dilihat melalui taraf pendidikan, kemudahan infrastruktur jumlah penduduk serta pengetahuan dalam teknologi.

 

Rujukan

Apakah itu perdagangan elektronik (e-dagang)? - definisi dari techopedia - It-Business – 2021

https://ms.theastrologypage.com/electronic-comme

Saravanan Sundara Sakaran, Harifah Mohd Noor & Rosmiza M. Z. (2020). Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di                            Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Society and Space 16(1)168-181. Diperoleh daripada                                                                                 http://journalarticle.ukm.my/15524/1/32925-120425-1-PB.pdf

Teh Koon Hoo. (2003). Sejarah sosioekonomi daerah Yan dari 1909 hingga 1957 (Disertasi sarjana tidak diterbitkan). Diperoleh daripada                                                 http://eprints.usm.my/36259/1/THE_KOON_HOO_%28KHK%29_%28NN24%29.pdf

NUR SAFIYAH BINTI RAMLI

D20192091303

KUMPULAN A

No comments:

Post a Comment