PENGENALAN
Hutan merupakan khazanah yang penting bagi semua kehidupan. Hutan ini memainkan peranan penting dalam pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan kepada negara. Hutan memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia kerana ia dapat membekalkan bahan mentah kepada manusia untuk pembangunan perindustrian dan perumahan. Sebagai contoh, kayu-kayu dari hutan yang tersedia ada mampu digunakan untuk bahan-bahan industri khususnya perabot. Selain itu, hutan perlu dikekalkan untuk memberikan keseimbangan ekosistem alam. Hal ini demikian disebabkan oleh hutan yang berperanan mengurangkan kepanasan bumi dan berfungsi sebagai pelindung ultraungu daripada terkena pada kulit manusia atau haiwan. Ramai manusia tidak sedar akan kepentingan hutan ini kerana mereka lebih mementingkan wang dari selamatkan tumbuhan hijau ini yang memberi banyak manfaat kepada semua hidupan.
Pada zaman kini, kita sering dengar tentang masalah penebangan hutan yang memberi kesan kepada semua hidupan termasuk manusia, alam sekitar dan haiwan. Mereka melakukan perkara sebegini bagi memuaskan keinginan mereka tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal dihadapi. Setiap kesan yang dihadapi kelak bukan di atas bahu mereka, malah penduduk yang berhampiran akan merasai kesan buruk itu nanti. Perkara ini sudah kian lama terjadi tetapi tiada pihak yang mampu bersuara untuk berhentikan masalah ini.
Pada 7 Disember yang lalu, pengkaji telah melakukan satu kajian lapangan mengenai satu satu masalah penebangan hutan di Kampung Bemban, Jitra. Hutan tersebut merupakan kawasan yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana pihak sebelum ini. Tetapi pada 27 November 2021, terdapat beberapa pihak telah memasuki hutan tersebut dan melakukan aktiviti pembalakan secara besar-besaran sehingga memberi beberapa kesan terhadap penduduk berhampiran. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah temubual bersama penduduk setempat untuk membuat tinjauan kesan berlakunya permasalahan ini.
KAMPUNG BEMBAN JITRA, KEDAH.
Kampung Bemban adalah satu perkampungan yang terletak di Jitra, Kedah. Perkampungan ini mempunyai jarak yang jauh dari pekan Jitra dan memerlukan masa selama 30 minit dalam satu perjalanan. Kampung ini tidak mendapat kemudahan infrastruktur seperti stesen bas, keretapi dan sebagainya kerana kawasan nya agak pedalaman. Kampung ini sukar untuk mendapatkan kemudahan lain seperti Food Panda, Grab dan sebagainya. Hal ini demikian agak sukar untuk kampung ini maju kerana sesetengah penduduk Jitra yang lain masih tidak tahu tentang kewujudan kampung ini. Kampung Bemban merupakan satu perkampungan yang kaya dengan tumbuhan hijau seperti pokok getah, padi dan sebagainya. Kampung ini berhampiran dengan sektor perkilangan secara kecil-kecilan di mana petani akan menghantar hasil padi mereka ke kilang-kilang tersebut. Penduduk kampung ini juga melakukan beberapa pekerjaan seperti penoreh getah dan petani.
Aktiviti penebangan hutan ini juga menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Hakisan tanah terjadi apabila perckan air hujan ke tanah dalam masa yang panjang yang menyebabkan granil-granil tanih semakin lemah kerana tiada sebarang akar tumbuhan yang mampu menyerap air. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, maka ia akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Hal ini apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan licin. Tanah yang lembut dan licin akan bergerak menuruni kawasan yang lebih rendah iaitu kawasan perumahan. Hal ini bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia. Bencaa alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh akan berlaku jika perkara ini masih berlaku, banjir kilat akan berlaku kerana baki hakisan tanah akan mula memasuki sungai yang cetek sehingga sungai tersebut tidak mampu menampung sekaligus sungai akan melimpah dan memberi kesan kepada penduduk kampung. Bukan sungai sahaja, malah kawasan sawah padi juga akan terjadinya banjir kilat ketika hujan lebat melanda kerana air bertakung yang berlebihan akan memberi kesan yang lebih buruk.
Berdasarkan temubual dengan responden iaitu Puan Rohana yang merupakan wakil penduduk bagi Kampung Bemban, Jitra menyatakan bahawa penebangan hutan yang sedang berlangsung ini memberi ancaman kepada penduduk di sini kerana air yang mengalir dari cerun bukit itu akan memasuki bahagian jalan raya dan ia akan mula bertakung. Apabila masalah ini terjadi, pengguna jalan raya seperti motosikal akan mengalami kesukaran kerana terpaksa melalui kawasan lain untuk elak dari kawasan yang bertakung itu. Bukan itu sahaja, kenderaan berat yang memasuki kawasan kampung juga memberi kesan di mana jalan raya semakin mendap dan retak disebabkan kenderaan berat mengangkut pokok-pokok balak. Justeru itu, masalah ini akan semakin serius kerana mengganggu pengguna jalan raya dan boleh menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa seseorang.
Menurut Jamaluddin Md. Jahi, hutan merupakan sebahagian besar dari komponen biosfera, apa sahaja bentuk gangguan terhadap hutan semestinya mengganggu komponen biosfera tersebut sama ada tumbuhan ataupun hidupan liar. Segala kerja penebangan hutan atau pembalakan untuk apa-apa tujuan sekalipun akan menyebabkan kehilangan kepelbagaian biologi. Oleh itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti penebangan hutan secara berleluasa. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupan yang tinggal di dalamnya. Melalui temubual dari penduduk kampung ini, Puan Rohana menyatakan bahawa haiwan-haiwan liar dan berbisa mula memasuki kawasan kampung kerana mereka memerlukan tempat tinggal untuk berteduh tetapi tindakan manusia yang mengawal tindakan tidak moral ini telah memusnahkan habitat mereka. Hal ini demikian bukan sahaja memberi kesan kepada haiwan liar, malah manusia juga akan menerima kesan yang sama kerana haiwan liar dan haiwan berbisa tersebut barangkali memberi ancaman kepada penduduk kampung tersebut. Terdapat beberapa aduan dari penduduk kampung ini bahawa kediaman mereka sering dikunjungi haiwan yang berbisa seperti ular. Malah bukan itu sahaja, haiwan seperti musang juga sering memasuki kediaman dan makan haiwan perliharaan setiap penduduk kampung ini. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan ini, nescaya perkara yang lebih teruk akan berlaku. Sebagai contoh, kepupusan sesuatu spesies hidupan akan berlaku.
Di samping itu, penebangan hutan turut mengakibatkan peningkatan suhu setempat. Aktiviti ini akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula. Fenomena ini yang menyebabkan suhu persekitaran dan berlakunya kemarau. Hal ini akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku di kawasan ini. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi semakin hilang dan berkurangan akibat aktiviti penebangan hutan yang tiada kesudahannya. Selain itu, udara sekeliling akan menjadi semakin kering dan cuaca semakin panas. Kawasan ini sangat terkenal dengan fenomena El-Nino di mana cuaca akan meningkat dari 38 hingga 40 darjah Celcius. APabila berlakunya aktiviti penebangan hutan ini maka masalah ini akan lebih menjejaskan petani dan penoreh getah di mana tumbuhan akan mula layu dan mati akibat kekeringan dan kekurangan air. Justeru itu, perkara ini akan menjejaskan pendapatan dan kelangsungan hidup bagi penduduk di kampung ini. Keadaan bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan untuk memerangkap haba dan panas.
PENCEMARAN UDARA
Seterusnya, pencemaran udara akan berlaku kerana berpunca daripada pembakaran hutan yang berleluasa. Menurut Mubyarto (1993), kebakaran hutan mempunyai impak yang serius terhadap alam sekitar di mana ia bukan hanya mempengaruhi kepelbagaian biologi, ktar hidrologi semulajadi, tetapi juga iklim mikro dan kualiti udara yang disebabkan oleh asap. Masalah pencemaran ini akan memberi kesan yang teruk kepada penduduk setempat, asap yang berkeliaran akan menjejaskan kesihatan penduduk seperti sukar bernafas. Menurut responden yang merupakan penduduk kampung ini, mereka memberi aduan bahawa pembakaran hutan ini memberi kesan yang teruk sehingga ada penduduk kampung ini mengalami kemalangan jalan raya akibat jalan raya yang dipenuhi asap kebakaran. Jika masalah ini terus berlaku, maka fenomena jerebu akan berlaku serta memberi kesan yang lebih buruk terhadap penduduk setempat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penebangan hutan secara berleluasa memberi banyak kesan negatif terhadap semua hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penggunaan hutan bagi tujuan pertanian, perumahan, perindustrian atau sebagainya merupakan satu perkara yang tidak digalakkan oleh manusia kerana hutan merupakan salah satu khazanah yang akan kekal di bumi ini. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu berganding bahu dalam menjaga khazanah ini agar tidak lesap di muka bumi. Kita perlu menjadi contoh yang baik dalam menjaga hutan agar tidak diterokai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan yang keras terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan aktiviti seperti ini untuk memuaskan keinginan. Selain itu, penduduk setempat perlu memainkan peranan penting dalam melaporkan kepada pihak berkenaan hutan sebarang pergerakan kenderaan pengangkut balak yang mencurigakan.
RUJUKAN
Lovehijau.net. 2015. 10 Kepentingan Hutan Kepada Hidupan Dan Manusia. [online] Available at: <http://www.lovehijau.net/2009/04/kepentingan-hutan.html>
Md.jahi, J., 2013. Masalah Alam Sekitar Berkaitan Perhutanan di Provinsi Riau, Indonesia. [online] Journalarticle.ukm.my. Available at: <http://journalarticle.ukm.my/6400/1/IMAN1_11.pdf>
Mywilayah.com. 2021. Kesan – Kesan Pembalakan Terhadap Alam Sekitar. [online] Available at: <https://www.mywilayah.com/2021/10/kesan-kesan-pembalakan-terhadap-alam.html>
NAMA: NURUL ALIA SYAFIKA BINTI MISERANG
NO MATRIK: D******88277
KUMPULAN: C
No comments:
Post a Comment