Rajah
1: Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
PENGENALAN
Pelancongan
merupakan suatu pergerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat
tinggal atau tempat kerja mereka yang biasa. Terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan bagi memenuhi keperluan mereka dan aktiviti yang mereka lakukan
selama berada di detinasi tersebut. Pada zaman kini, pelancongan merupakan satu
bidang pelaburan yang dapat membawa kepada pertumbuhan industri – industri lain
yang menjadi peningkatan dalam ekonomi pembagunan negara. Hal ini kerana dengan
peningkatan aktiviti pelancongan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan samada
secara langsung dan tidak langsung kepada pendudukan tempatan bahkan wujudnya
penempatan baru disebabkan pengambilan para pekerja dalam bidang ini. Bukan itu
sahaja, ia juga dapat meningkatan infrastruktur Kawasan tersebut seperti
perhubungan jalan raya, kemudahan seperti tandas, tempat penginapan, gerai, dan
banyak lagi.
Pantai Bukit Keluang merupakan antara detinasi pelancongan yang paling terkenal dan paling ramai yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar daerah Besut kerana ia mempunyai pelbagai tarikkan yang unik seperti pasir pantai yang halus dan pemandangan pantai yang mengagumkan serta terdapat bukit untuk para pelancong datang untuk melakukan aktiviti mendaki. Bukan itu sahaja, di panatai ini juga terdapat keunikannya tersendiri iaitu terdapat gua yang terbentuk daripada hakisan ombak. Tanah – tanih dan batu lembut terdapat di antara batu – batu pejal terhakis sedikit demi sedikit akibat hakisan ombak. Dengan kedudukan yang strategik, Pantai Bukit Keluang ini terletak kira – kira 5km dari Kuala Besut dan hanya 3km sahaja dari Pantai Air Tawar telah menjadi tempat persinggahan yang wajib bagi mereka yang pergi bercuti ke pulau Perhentian. Manakala perjalanan untuk ke pantai ini mengambil masa kira – kira 10 minit dari jalan utama Terengganu – Kelantan.
Rajah
2: Peta Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu
AKTIVITI
PELANCONGAN
Jenis pelancongan yang terdapat di Pantai Bukit Keluang adalah jenis ekopelancongan iaitu merupakan aktiviti pelancongan melibatkan alam sekitar atau kehidupan flora dan fauna. Di pantai Bukit Keluang sangat terkenal dengan pantai yang cantik dan bukit Keluang yang menyajikan pemandangan yang mengadap laut serta dapat memberi kepuasan kepada pengujung yang datang. Bukan itu sahaja, di pantai Bukit Keluang terdapat gua Pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan di Pantai Bukit Keluang bagi menarik lagi pelancong untuk datang seperti aktiviti mandi – manda, berkelah, sukan air, pengangkutan, mendaki bukit dan banyak lagi.
Rajah
7: Pusat Pengawasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Seterusnya, disebabkan pantai ini bersebelahan dengan Bukit Keluang sudah tentu menjadi kewajipan bagi para pelancong yang datang. Masa mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Keluang mengambil masa selama 20 – 30 minit bagi mereka yang berjalan laju. Sepanjang laluan perlu melalui laluan tangga dan jalan hutan berakar dan seterusnya laluan landai sebelum sampai ke puncak. Sampai di puncak akan disajikan dengan pemandangan laut yang sangat indah bahkan ia juga boleh melihat matahari terbit dari puncak bukit. Aktiviti ini juga boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira muda ataupun tua
Rajah
8 & 9: Puncak dan Laluan Bukit Keluang.
Selain
itu, terdapat juga aktiviti lain yang disediakan di Pantai Bukit Keluang iaitu
aktiviti air atau sukan air. Pantai Bukit Keluang juga berhampiran dengan
sebuah pulau yang dinamakan Pulau Rhu. Oleh itu, terdapat pengakutan atau boat
untuk ke pulau tersebut. Di Pulau Rhu para pelancong boleh berenang dan
berkelah. Bukan itu sahaja, sukan air yang menjadi tumpuan pelancong adalah ‘banana
boat’. Dengan bayaran satu trik Rm20 dapat mengelilingi sekitar pantai dan
menuju ke Pulau Rhu dengan kapasiti pelancong seramai enam orang. Hal ini dapat
meningkatkan hasil ekonomi penduduk setempat dan boleh menjadi sumber utama
sesetengah penduduk tempatan.
Rajah
10 & 11: Aktiviti sukan air di pantai
KESAN
AKTIVITI PELANCONGAN TERHADAP PENDUDUK SETEMPAT
Setiap
aktiviti manusia yang berlaku di sesebuah tempat dapat memberi kesan yang baik
dan buruk terhadap penduduk setempat. Begitu juga dengan aktiviti pelancongan
dimana ia memberi banyak kesan kepada penduduk setempat di pantai Bukit
Keluang. Antaranya ialah dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Hal ini
kerana dengan peningkatan dalam aktivti pelancongan di pantai Bukit Keluang
dapat memberi banyak peluang pekerjaan. Mereka boleh berniaga dengan membuka
gerai makanan dan minuman, gerai menjual barangan berenang dan mendaki serta terdapat
juga banyak perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan boat. Perkara
begini menunjukkan bahawa kesan daripada pelancongan dapat meningkatkan ekonomi
penduduk setempat.
Selain itu, apabila aktiviti
pelancongan di pantai Bukit Keluang semakin meningkat ia menyebabkan berlakunya
kemajuan dalam infrastruktur. Infrastruktur seperti gerai, restoran, hubungan
jalan raya, tempat letak kereta, surau, tandas dan banyak lagi semakin bertambah
dan maju. Hal ini bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan kepada para
pelancong bahkan ia turut boleh digunakan oleh pendudukan tempatan. Sudah tentu
memberi keselesaan kepada penduduk tempatan apabila segala kemudahan dinaik
taraf.
Akhir sekali, kesan pelancongan
terhadap penduduk setempat yang lain adalah berlakunya peningkatan masalah
sosial. Masalah sosial seperti kecurian, pengaulan bebas dan penipuan semakin
meningkat apabila berlakunya peningkatan dalam aktiviti pelancongan. Hal ini disebabkan
berlaku peningkatan penduduk setempat dan para pelancong yang semakin bertambah
sudah tentu menjadi tumpuan bagi para pencuri untuk mencuri di pantai tersebut
seperti berlakunya kecurian dompet duit atau bag pelancong. Selain itu,
aktiviti pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga semakin meningkat apabila
tiada pengawasan dari pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam. Aktivti
pelancongan ini cenderung untuk berlakunya aktivti pergaulan bebas ini. Bahkan
terdapat juga aktiviti penipuan pelancong seperti ulat parking, tambang boat
yang harga sangat tinggi dan banyak lagi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
banyak aktiviti pelancongan yang terdapat di Pantai Bukit Keluang, Besut,
Terengganu. Ia menjadi tumpuan orang ramai untuk datang kesini bagi mengalami sendiri
pengalaman keunikan dan aktiviti menarik yang disediakan di Pantai Bukit
Keluang. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab semua pihak bagi mengekalkan
keunikan yang terdapat di pantaii tersebut. Walaubagaimanapun, ia juga dapat memberi
kesan kepada penduduk setempat tidak kira baik atau buruk.
RUJUKAN
Jamaluddin Md. Jahi (2009). Pembangunan
Pelancongan dan Impaknya Terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian
Journal of Environmental Management 10 (2), 71-88. Diakses pada 24 Disember
2021 daripada http://journalarticle.ukm.my/2289/1/MJEM_2009_5_Jamaluddin.pdf
N.F.Sulaini,(2021). Keindahan Bukit Keluang
Buruan Pencinta Alam. Diakses pada 22 Disember 2021 daripada https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2021/01/774462/keindahan-bukit-keluang-buruan-pencinta-alam
SinarHarian, (2021). Pembangunan Pelancongan:
Peluang Pekerjaan Kepada Golongan Muda. Diakses pada 22 Disember 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/164853/EDISI/Pembangunan-pelancongan-Peluang-pekerjaan-kepada-golongan-muda
Nama: AHMAD ZAHIRUDDIN BIN ZAIMANI
No. Matrik: D2019***1302
Kumpulan: C
.
No comments:
Post a Comment