Monday, December 27, 2021

 

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI TELOK GONG: ISU DAN KESAN

    MANISA BINTI RAMLI D20182086626 ( KUMPULAN B)

 

Perkembangan pesat sebuah petempatan akan memberikan kesan yang positf dan juga negatif dalam sesebuah kawasan. Bandar dan kawasan pedalaman yang membangun juga akan menerima impak terhadap perkembangan tersebut. Permasalahan yang sering kali timbul adalah mengenai pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal yang tidak dibendung dan dikawal dengan baik akan membawa permasalahan isu global yang besar kepada sesebuh petempatan dan memberikan imej yang buruk.

  Sisa pepejal ditaktifkan sebagai hasil sampah yang diperoleh daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia dalam setiap sektor khushnya sektor perindustrian. Isu pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik merupakan antara permasalahan yang dihadapi di bandar yang membangun (Ethel et.al, 2020). Manakala menurut Haslinda dan Harlinda (2015) mendefinisikan sisa pepejal adalah sampah sarap atau bahan buangan yang bukannya dalam bentuk cecair dan gas. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara menyatakan bahawa sisa pepejal dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan iaitu sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal pembinaan, sisa pepejal awam, sisa pepejal komersial.

     Pengurusan sisa pepejal akan menjadi suatu permasalahan besar apabila mempunyai permasalahan dalam pengurusannya seperti kekangan tenaga kerja dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sementara itu, jadual pengutipan yang disediakan pihak berwajib juga gagal dipatuhi akan menyebabkan jumlah sisa pepejal di sesuatu kawasan akan bertambah banyak yang akan menberikan impak buruk terutamanya kepada penduduk setempat seperti penularan penyakit berbahaya (Fatimah et al., 2016). Di dalam kajian ini, pemerhatian telah dilakukan di kawasan Telok Gong yang membawa kepada isu utama yang berlaku di kawasan ini. Telok Gong atau lebih sebuah kawasan yang terletak di Pelabuhan Klang di Selangor. Telok Gong berdekatan dengan perkampungan nelayan, di mana kebanyakan penduduk di sana menjalankan aktiviti perikanan. Selain bekerja sebagai nelayan, penduduk Teluk Gong bekerja dalam sektor perindustrian.

 

Rajah 1 : Peta kawasan Telok Gong

 

     Aktiviti perindustrian adalah merupakan penyunbang kepada perkembangan ekonomi bagi sesebuah kawasan khususnya di Telok Gong. Namun ia tetap memberikan kesan negatif kepada sebuah tempat. Pengurusan sisa pepejal di kawasan Telok Gong adalah di tahap yang sangat membimbangan dan perlu diatasi dengan cepat oleh pihak yang berwajib sebelum ia menjadi sebuah “kawasan longgokan sisa”. Jika ia tidak diatasi dengan segera, ia akan memberikan kesan dalam jangka masa yang panjang dan memberikan impak buruk kepada kesemua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Telok Gong dikenali sebagai sebuah kawasan yang terdapat banyak kilang. Antaranya, kilang kayu. besi , plastik,  makanan dan sebagainya yang menyebabkan permasalahan utama di kawasan ini adalah mengenai pengurusan sisa pepejal yang tidak dikawal dengan baik. Penduduk yang tinggal di sekitar Telok Gong sering kali memberikan aduan mengenai pengurusan yang tidak sistematik sehingga menyebabkan kesihatan penduduk turut terganggu antatanya udara di kawasan Telok Gong khususnya , udara di kawasan tersebut terjejas disebabkan terdaapat industri pemprosesan sisa plastik import. 

    Antara perkara yang dilakukan oleh pekerja di kilang kilang tersebut adalah membakar sisa plastik tersebut untuk melupuskannya sehingga membawa kepada pencemaran bau. Permasalaham mengenari sisa plastik import di Telok Gong telah berlaku sekian lamanya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan sisa plastik tersebut adalah dari Amerika Syarikat Kilang-kilang yang berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk telah menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian .

Rajah 2 : Longgokan sisa selepas dibakar

 

Terdapat banyak kilang yang masih beroperasi secara haram di Telok Gong. Ada kilang yang beroperasi tanpa pengetahuan pihak berwajib untuk tempoh masa yang lama. Pengurusan sisa dari kilang yang tidak sistematik menyebabkan berlakunya pelbagai isu di Telok Gong. Kilang haram yang didadapti di tempat ini telah mencemarkan alam sekitar dan apabila sebuah kilang di Telok Gong telah menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai dan seterusnya air daripada sisa tersebut dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran air di Teluk Gong. Selain itu terdapat juga kilang yang menyahalahgunakan lesen yang diberikan oleh pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti mengitar semula plastik sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah dan pencermaran bau yang memberikan kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan kilang kitar semula tersebut.

Rajah 3 : Kilang kitar semula yang diarahkan tutup di Telok Gong

 

Rajah 4 : Kilang plastik yang diserbu pihak Majlis Perbandaran Klang yang menjalankan aktiviti penghancuran plastik terpakai

 

 

    Kesan daripada pengurusan yang tidak sistematik ini adalah banyak antaranya ia akan menjejaslan pendapatan harian penduduk di Teluk Gong yang pekerjaan utama mereka adalah sebagai seorang nelayan. Nelayan di Telok Gong kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang bekerja di kilang yang membuang sisa cairan plastik di sungai berhampiran iaitu Sungai Chandong. Sungai tersebut dijadikan sumber pendapatan utama mereka dengan menangkap ikan, apabila sisa cecair plastik tersebut dibuang ke dalam sungai maka ia akan menyebabkan hidupan laut di sungai tersebut mati dan tercemar dengan sisa tersebut yang menyebabkan ia  tidak boleh dimakan malahan dijual. Selain itu, di sungai tersebut juga terdapat juga pencemaran bau yang datangnya dari pembungan sisa plastik kilang. Meskipun penduduk setempat telah membuat aduan tentang perkara tersebut, namun pihak berkuasa masih lagi belum mengambil tindakan untuk menghentikan perbuatan oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut. Pekerjaan nelayan di Telok Gong terganggu kerana sungai yang telah tercemar dengan cecair sisa plastik. 

    Timbunan sisa tersebut juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau yang akan menganggu kesihatan penduduk di Teluk Gong.  Tapak pelupusan sampah di Kampung Baru, Telok gong juga dicemari dengan bau yang sangat busuk sehingga menjejaskan kesihatan penduduk terutamanya warga emas dan kanak kanak. Apabila pihak berwajib menjalankan siasatan, bau tersebut adalah berpunca daripada kimia iaitu gas ammonia. Pencemaran bau tersebut telah memberi kesan kepada penduduk di sekitar tapak pelupusan sampah tersebut. Sehinggakan kawasan Telok Gong dikenali sebagai kawasan pencemaran yang disebabkan pengurusan sisa yang tidak sistematik yang menyebabkan bau busuk di sekitar Teluk Gong. Pengoperasian kilang secara haram juga trurut berlaku secara berleluasa di Teluk Gong namun dengan tindakan pantas pihak berkuasa, maka hampir 20 kilang di kawasan ini yang disita dan diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta. Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan kompaun sehiingga bernilai RM 180,000 kepada 24 buah kilang di Telok Gong yang menjalankan operasi secara haram sekaligus menyebabkan punva pencemaran bau dan juga pencemaran sungai di sekitar kawasan ini. Ini menjadikan kawasan Teluk Gong antara lokasi panas bagi kilang haram di daerah Klang

 

 

Rajah 5 : Keadaan sebuah kilang kitar semula wayar tembaga yang diarahkan ditutup yang melakukan pengoperasian tanpa kelulusan pihak berkuasa.

 

                    Rajah 6 : Tempat pelupusan sampah yang tidak dikawal di Telok Gong

    Oleh yang demikian senario yang dapat dilihat bahawa pengurusan sisa pepejal di Teluk Gong adalah sangat membimbangkan. Meskipun Telok Gong adalah sebuah kawasan yang di mana sektor ekonominya rancak dijalankan tetapi pengurusan sisa pepejal di kawasan ini yang tidak diatasi telah memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk yang tinggal berhampiran. Pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan harus menganbiil langkah yang proaktif dalam mengatasi masalah yang berlaku di Telok Gong dengan memberhentikan dan mengenakan denda kepada kilang yang beroperasi secara haram bahkan telah mencemarkan sungai dengan pembuangan sisa dari kilang mereka sendiri. Keprihatinan dan keberanian penduduk di Telok Gong  terhadap isu pengurusan sisa ini akan membantu dalam mengurangkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti pencemaran bau yang menjejaskan kesihatan penduduk di sekitar Teluk Gong. Penglibatan penduduk dan pihak berkuasa adalah penting bagi mengatasi dan mengawal isu pengusuan sisa pepejal di Telok Gong.


 Rujukan

Haslinda Mohd Anuar, & Harlida Abdul Wahab. (2015). Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Pengurusan dan Perundangan. Solid Waste Solution Journal1, 15. 

https://www.researchgate.net/publication/319090214_Sisa_Pepejal_dan_Pembersihan_Awam_Pengurusan_dan_Perundangan

JP-PBT akan bentang penyata selesaikan isu sampah haram di Selangor. (2020, Februari 5). Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jppbt-akan-bentang-penyata-selesaikan-isu-sampah-haram-di-selangor-229848

Lambakan sisa plastik AS di Pelabuhan Klang. (2019, Januari 2). Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lambakan-sisa-plastik-di-pelabuhan-klang-laporan-194871

Mohd Dinie Muhaimin Samsudin, & Mashitah Mat Don. (2019). Municipal Solid Waste Management in Malaysia: Current Practices, Challenges and Prospect. Jurnal Teknologi, 19.

https://www.researchgate.net/publication/264004463_Municipal_Solid_Waste_Management_in_Malaysia_Current_Practices_Challenges_and_Prospects

 

 

 

Muhammad Aminnuralif. (2019, Disember 11). Bau busuk rupanya gas ammonia. Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/61464/EDISI/Selangor-KL/Bau-busuk-rupanya-gas-ammonia

 

Norzamira Che Noh. (2019, Jun 3). Kilang haram proses sisa plastik di Klang ditutup selewat-lewatnya Julai. Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/06/570976/kilang-haram-proses-sisa-plastik-di-klang-ditutup-selewat-lewatnya

Yunus Yakkub. (2021, Februari 26). Kilang kitar semula Telok Gong disita. Kosmo Online.

 https://www.kosmo.com.my/2021/02/26/kilang-kitar-semula-telok-gong-disita/

 

Zaini Sakaw, Sofia Ayup, & Mohd Fauzi Sukimi. (2017). Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Society and Space13(4), 16.

 https://core.ac.uk/download/pdf/187141013.pdf

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment