Wednesday, December 15, 2021

KESESAKAN LALU LINTAS DI KAMPUNG PANCHOR KEMUMIN 16100 KOTA BHARU KELANTAN


Gambar 1: Laluan ke Kawasan Perindustrian Padang Tembak

Masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan fenomena dan masalah global. Keadaan ini telah menyebabkan kerosakan dan kesan kepada manusia dan persekitaran fizikal, serta psikologi pengguna lalu lintas itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas secara umumnya dianggap sebagai virus pembangunan bandar. Walaupun diketahui umum kesesakan lalu lintas ini memberi impak kepada pengguna lalu lintas sendiri, mereka kelihatan malas untuk menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari dan meneruskan rutin dan rutin harian, kerana kebanyakan penduduk bekerja di kawasan bandar. Pada waktu bekerja dan musim-musim tertentu terutama pada musim cuti seperti Aidilfitri, kesesakan pada waktu puncak dari jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 malam akan menjadi teruk dan rumit, dan akan menjadi lebih serius. Pada masa itu, penduduk bandar akan pulang ke kampung satu demi satu, menunjukkan jalan raya ketika itu sangat sibuk. Dengan pengalaman dan pemerhatian diri, anda boleh membuktikan fenomena anda sendiri dengan menyemak pada masa yang sama pada cuti umum (seperti Ahad dan cuti sekolah). Semasa cuti, iaitu pada waktu yang sama pada waktu puncak pada hari bekerja, dapat dilihat keadaan jalan raya yang lengang, kenderaan yang lebih sedikit, dan tidak sesak seperti hari bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu.

Pada 21/11/2021 sehingga 26/11/2021, pengkaji telah menjalankan satu kajian lapangan di Kawasan perumahan di Kampung Panchor Kemumin Kota Bharu Kelantan. Kajian ini dijalakan untuk memenuhi kursus HGM 3033 Geografi Penduduk. Kampung Panchor Kemumin adalah sebuah perkampungan yang terletak dibawah mukim Kemumin, jajahan Kota Bharu dan Parlimen Pengkala Chepa. Kampung Panchor mempunyai jumlah penduduk seramai 20,497 termaksud kaum cina, kaum india dan lain – lain kaum dan 1,156 untuk pendatang asing yang datang ke Malaysia. Suhu di kampung ini mencecah 30 °C sehingga 31 °C sehari terutamanya pada jam 12 .00 tengahhari. Di kampung saya kebanyakan rumah penduduk dibina menggunakan batu dan juga simen hanya segelinitr sahaja penduduk yang membina rumah menggunakan papan. Suasana kampung saya agak selesa kerana mempunyai rangkaian perhubungan yang baik. Oleh hal yang demikian penduduk di Kawasan saya hidup secara selesa. Hal ini menyebabkan mereka dapat berhubung dengan baik dengan keluarga dan juga rakan kenalan mereka. Di Kawasan saya juga terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sediakan seperti contoh sekolah, balai polis, balai bomba, masjid dan sebagainya. Serta kemudahan gerai – gerai makanan, pasar – pasar sangat mudah untuk ditemui di Kawasan saya.

Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk mengetahui kesesakan jalan lalu lintas yang berlaku di Kampung Panchor Kemumin Kota Bharu Kelantan. Hasil pemerhatian dan temu ramah mendapati penduduk di Kawasan ini mengalami gangguan disebabkan oleh kesesakan lalu lintas tersebut. Hal ini dikatakan kerana kampung saya berdekatan dengan Kawasan perindustrian Padang Tembak Pengkalan Chepa. Kawasan Perindustrian tersebut terdapat banyak kilang yang telah dibangunkan antaranya ialah Kilang Top glove, Kilang Ain medicare, Kilang Rohm Wako, Kilang mee sampan, Kilang pemproses bahan plastik, Kilang Kelapa Sawit dan sebagainya. Penduduk di Kawasan perkampungan saya boleh dikatakan 100% bekerja sebagai operator pengeluaran kerana ianya merupakan sumber ekonomi yang utama di Kawasan kampung saya malah penduduk di daerah lain turut datang ke Kawasan saya untuk bekerja. Operasi setiap kilang yang terdapat di perumahan saya bermula pada awal pagi pada jam 7.00 pagi sehingga 9.00 malam. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di hadapan rumah saya di Kampung Panchor Kemumin Kota Bharu Kelantan. 

Gambar 2: Peta Kampung Panchor

 

Gambar 3: Peta Kawasan Perindustrian Padang Tembak 

Antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan Kampung Panchor ialah disebabkan oleh kawasan perindustrian Padang Tembak. Hal ini dikatakan kerana Kampung Panchor menjadi kawasan atau laluan alternatif bagi semua pekerja – pekerja kilang untuk menuju ke tempat kerja. Pekerja- pekerja kilang tersebut boleh dikatakan setiap hari akan menggunakan jalan alternatif tersebut ke tempat kerja yang menyebabkan kawasan di Kampung Panchor mengalami kesesakan lalu lintas pada awal pagi dan pada waktu pulang kerja. Hal ini telah menyukarkan penduduk di kawasan kampung panchor ini kerana terpaksa mengahapi kesesakan lalu lintas yang berlaku di hadapan tinggat tinggal mereka yang boleh memberikan kesan kepada kawasan perumahan mereka. Pekerja- pekerja tersebut menggunakan kenderaan seperti motosikal, kereta, lori dan juga van. 

        

Gambar rajah 4: Kawasan Perindustrian Padang tembak

Punca seterusnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas ialah keadaan struktur jalan raya. Jika dapat dilihat dengan jelas keadaan jalan raya di kawasan Kampung Panchor adalah jalan raya yang kecil dan dikeliling oleh rumah – rumah di kampung tersebut. Tetapi disebakan terdapatnya kawasan perindustrian jalan yang kecil tersebut telah menjadi laluan alternatif bagi pekerja- pekerja kilang pergi ke tempat kerja yang menyukarkan penduduk  di kawasan tersbut. Jikalau dilihat struktur jalan raya tersebut adalah tidak sesuai bagi kenderaan besar untuk menggunakan jalan tersebut namun terdapat lori besar yang memasuki menggunakan jalan raya tersebut. Selain itu juga jalan raya yang  berada dalam keadaan yang tidak elok seperti terdapat banyak lubang – lubang yang dalam yang boleh membahayakan penduduk di Kawasan Panchor. Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang juga telah menyebabkan kenderaan sukar untuk bergerak. Permasalahan ini boleh mengundang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas yang berterusan.  Di samping itu juga, seperti yang saya lihat di jalan-jalan utama sering terdapat kerja-kerja pembaikan jalan raya, pemasangan paip-paip air dan pemasangan kabel elektrik yang mengakibat berlaku kesesakan lalu lintas dan telah memberikan kesanya menyebabkan jalan-jalan raya sering dikorek dan ditimbus di sana sini. Pada waktu pembaika itulah yang menyebabkan kesesakan berlaku yang terlalu perlahan terutamanya pada waktu kemuncak pada waktu penduduk pulang kerja. 


Gambar 5: Jalanraya Kampung Panchor

Selain itu punca yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di Kawasan saya ialah Perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang. Perkhidmatan seperti bas dan teksi adalah tidak menyeluruh dikawasan Kampung Panchor dan harga yang dikenakan kepada penduduk di Kawasan Panchor adalah harga yang tidak berpatutan pemadu meletakan harga yang sangat mahal di Kawasan perumahan saya. Hal ini adalah disebabkan penduduk di Kawasan saya lebih gemar membawa kereta atau kenderaan mereka sendiri ke tempat kerja atau kemana sahaja yang mereka ingin tuju. Keadaan ini yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Hal ini telah menyebabkan penduduk di Kawasan Kampung Panchor mereka lebih rela untuk memandu sendiri tanpa menggunakan kenderaan awam yang ada.

Akhir sekali punca yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas diKampung Panchor ialah disebabkan oleh taraf hidup tinggi di Kawasan penempatan iaitu boleh dikatakan di Kawasan bandar. Hal ini dikatakan kerana berada di kawasan yang mempunyai segala kemudahan dan berdekatan dengan bandar Kota Bharu yang mempunyai kestabilan ekonomi yang baik yan mampu membolehkan mereka yang bekerja itu mampu memiliki kenderaan sendiri. Kebiasanya kenderaan yang dimiliki oleh penduduk di Kampung Panchor adalah bertujuan untuk memberikan  kemudahan kepada mereka  ke tempat kerja. Tetapi sebaliknya, disebabkan terlalu ramai dalam kalangan penduduk yang berkerja memiliki kenderaan secara persendirian, sehinggakan ia telah menambahkan lagi jumlah kenderaan di atas jalan raya dan sekaligus menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di Kampung Panchor.

Isu kesesakan jalanraya dan masalah lalu lintas di Kawasan bandar merupakan satu isu global dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk.Namun begitu, penduduk nampaknya terpaksa berdepan dengan situasi rumit ini dan mengharungi kesesakan jalan raya setiap hari demi meneruskan kehidupan seharian. Kesesakan lalu lintas yang berlaku di Kawasan saya telah memberikan kesan yang tidak baik kepada penduduk di sini antaranya ialah gangguan bunyi bising. Hal ini dikatakan kerana terdapat motorsikal atau kereta yang memasang enjin besar pada kenderaan mereka dan mereka sengaja menekan minyak  untuk memberikan gangguan bising kepada penduduk setempat di Kawasan saya. Kesan seterusnya memberbahayakan penduduk di Kawasan perumahan saya kerana terdapat juga penunggang motosikal dan kereta mereka membawa dalam keadaan laju walaupun mereka berada di Lorong yang sempit ini membahayakan penduduk di Kawasan saya.  Terutamanya kepada kanak – kanak yang bermain pada waktu petang. Menurutu Haryati 2003, beliau menjelaskan pertumbuhan penduduk bukan sahaja memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan sosial bahkan turut menambahkan jumlah kenferaan di jalanraya dan lebuhraya

Kesesakan lalu lintas boleh menimbulkan pelbagai permasalahan kepada penduduk dikampung pancho. Salah satu adalah masalah masa, hal ini dikatakan kerana akibat daripada kesesakan lalu lintas, banyak masa yang telah terbuang. Kebanyakan penduduk dikampung panchor terdiri dari golongan yang bekerja dan terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang begitu sahaja di jalan raya akibat daripada kesesakan lalu lintas.  Situasi ini dapat dilihat di Kawasan pancho Ketika berlaku waktu hujan diawal pagi  atau hujan di petang hari Ketika semua pekerja pulang dari tempat kerja. Hal ini dikatakan kerana pada hari tersebut semua penduduk di Kawasan ini akan mengggunakan kereta untuk ke tempat kerja atau kemana sahaja hal ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas ini berlaku kerana masing- masing ingin cepat ke tempat kerja dan tidak ingin membuang masa.

Kesan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan lalu lintas yang serius boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan pada paru-paru, sesak nafas dan juga pening kepala terutamnya kepada golongan orang tua, orang yang mengalami penyakit yang serius dan juga golongan kanak – kanak terhadap penduduk di Kawasan saya. Bunyi bising enjin kenderaan juga boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada sistem pendengaran dan juga masalah pada gangguan konsentrasi penduduk di kampung panchor. Hal ini dikatakan kerana sekiranya terdapat bayi dikawasan ini boleh mengangguan pendengaran pada kanak – kanak, masalah juga kepada budak – budak muda diini yang sedang mengulangkaji pelajaran dan juga mrngangguan warga tua yang sedang beristirehat dan santai- santai pada waktu petang.  Selain itu, kesesakan jalan lalu lintas oleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya kerana tidak dapat melakukan apa – apa jalan penyelesian kecuali bersabar. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologinya menunjukkan akibat kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan juga bunyi bising, masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan.. Situasi ini amat menganggu kesihatan penduduk dikawasan ini terutamanya kepada warga tua yang mempunyai penyakit yang berbahaya. Hal ini dikatakan kerana berpunca daripada pelepasan asap kenderaan yang menybabkan terhasilnya jerebu, peningkatan suhu.

Kesan terakhir akibat daripada kesesakan lalu lintas terhadap penduduk dikawasan ini ialah jerebu dan juga peningkatan suhu panas. Hal ini dikatakan kerana kawasan ini sering atau boleh dikatakan setiap hari berlaku kesesakan akibat daripada orang pulang daripada kerja. Kesesakan lalu lintas yang berlaku ini menyebabakan berlaku pemanasan global kerana pembakaran bahan api fosil yang dikeluarkan oleh kereta, motorsikal, lori, bas dan sebagainya. Hal ini menyebabkab penduduk dikawasan ini mengalami kepanasan antara suhu 30 darjah celcius ke 31 darjah celcius pada setiap hari. Penduduk di Kawasan saya juga turut terhadap menhadapi masalah habuk daripada kenderaan – kenderaan yang terdapat dijalan raya. Hal ini dikatakan kerana penduduk dikawasan ini boleh di katakana setiap hari sentiasa mengemop lantai rumah mereka akibat daripada habuk yang datang daripada kenderaan tersebut. Pada 2019, Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPU) mencecah bacaan tinggi pada Ogos dan September.

               

                                                                     Gambar 6                                 Sumber : aqicn.org

    Bacaan IPU di kawasan saya mencatatkan bacaan tinggi pada bulan Ogos dan September berikutan masalah jerebu yang dihadapi Malaysia. Secara keseluruhan kawasan saya mencatatkan bacaan yang moderate” ataupun berada pada tahap yang sederhana. Bacaan yang ditunjukan ini adalah sihat untuk penduduk di sekitar setempat dan tidak merbahaya untuk melakukan aktiviti di luar rumah

                                                                         Rajah 7                              Sumber : AccuWeather

Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk melihat atau mengkaji  isu kesesakan lalu lintas diKampung Panchor Kota Bharu Kelantan.. Kesesakan lalu lintas ini telah mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk setempat. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dibiarkan oleh semua pihak dan perlu mencari alternatif dan kaedah bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas ini. kesesakan lalu lintas yang dihasilkan oleh manusia dan hanya manusia juga yang mampu mengawal permasalahan tersebut.

Gambar 8: Kesesakan lalu lintas pada waktu petang 

Gambar 9: Kesesakan lalu lintas pada awal pagi. 

Gambar 10: Laluan ke Kawasan Perindustrian Padang Tembak

Rujukan

1.    Shamsul Ariff Bin Sulaiman (2016). Kesesakan Lalu Lintas di Bandar Segamat, Johor. http://eprints.utm.my/id/eprint/60735/1/ShamsulAriffSulaimanMFGHT2016.pdf

2.    Na’asah Nasrudin, Katiman Rostam, Rosniza Aznie Che Rose (2014). Persepsi penduduk Shah Alam terhadap dasar pengangkutan dan kesediaan mengguna pengangkutan mampan. http://journalarticle.ukm.my/7137/1/12a.geografia-apr2014-Naasah1-edkatam.pdf

NAMA: NOR AMYSYALIZA BT MOHD ZAIN

NO. MATRIK: D******85783

KUMPULAN : A 

 

 

 

                                             


No comments:

Post a Comment