Wednesday, December 15, 2021

PERUBAHAN GUNA TANAH DAN KESANNYA KEPADA KOMUNITI SETEMPAT DI PERMATANG TINGGI, 14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG

 

PERUBAHAN GUNA TANAH DAN KESANNYA KEPADA KOMUNITI SETEMPAT DI PERMATANG TINGGI, 14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG

Pembandaran merupakan satu isu yang kian menjadi fenomena di seluruh dunia. Hal ini kerana berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak. Mengikut statistik pada tahun 1900 hanya 200 juta penduduk namun telah meningkat kepada 2.9 billion pada tahun 2000. Angka ini berkemungkinan besar akan meningkat sehingga 5 billion pada tahun 2030.

            Apakah kaitan pembandaran dan guna tanah? Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, pembandaran menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pusaka iaitu kamus dewan edisi keempat, pembandaran merupakan perkataan imbuhan yang berasal dari Bandar. Definisi Bandar ialah tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Pembandaran ialah usaha yang menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kepada corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran. Dengan erti kata lain, urbanisasi yang mampu menyebabkan penggunaan alam semula jadi semakin meningkat. Tanah merupakan sat unsur semula jadi yang kini digunakan secara meluas.


            Pembandaran mampu memberikan impak positif dan negatif kepada sesebuah kawasan. Sebagai contoh, impak positif ialah ekonomi di sesebuah kawasan tersebut akan meningkat kerana adanya sektor-sektor perniagaan dijalankan. Di samping itu, Perbandaran juga mampu membawa peningkatan kemiskinan bandar, pencemaran, peningkatan kadar jenayah bandar, perubahan eko-sistem bandar dan kemerosotan kualiti alam sekitar.

            Kajian dijalankan di kawasan permatang Tinggi, Simpang Ampat. Kawasan ini berada dalam dearah Seberang Perai Tengah. Merujuk peta, Permatang Tinggi merupakan sebuah Bandar kecil yang terdapat dalam daerah ini. ia juga merupakan sebahagian daripada kawasan Bukit Mertajam. Secara keseluruhan, daerah Seberang Perai Tengah mempunyai bilangan penduduk yang tinggi jika dibandingkan dengan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan. Jumlah penduduk mengikut statistic 2020 dalam daerah ini ialah 467, 800 dengan keluasan 237.55km2. Keluasan daerah Seberang Perai Tengah adalah lebih kecil berbanding daerah Seberang Perai Utara dan Selatan.

Permatang Tinggi merupakan kawasan perindustrian ringan seperti pembuatan makan ringan dan sebagainya. Pembinaan kilang sudah pasti memerlukan sebuah kawasan yang besar supaya kilang dapat dibina mengikut kapasiti yang diperlukan. Terdapat lebih 20 kilang yang berada di kawasan Permatang Tinggi ini. dengan pembinaan kilang-kilang ini, sudah pasti alam semula jadi di kawasan ini telah diteroka secara meluas.


            Isu guna tanah dikawasan ini kian membimbangkan kerana pembinaan pesat kawasn industri. Menurut tinjauan saya, kawasan ini telah dipenuhi dengan kilang-kilang yang beroperasi. Selain itu juga, terdapat kawasan perumahan iaitu Taman Sukun dan Kampung Permatang Tinggi. Kawasan ini menjadi sebuah Bandar kecil yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Hal ini kerana, peluang pekerjaan akibat berlakunya urbanisasi di kawasan ini. peluang pekerjaan yang tinggi sama ada bagi warga tempatan mahupun warga asing telah menyebabkan berlakunya immigrasi ke kawasan ini.

            Kajian sebelum ini menyatakan perubahan guna tanah berlaku dengan agak drastik antara tahun 1990 dan 2007. Peratus perubahan guna tanah di Seberang Perai. Antara tahun 1990 hingga 2001, kawasan tepu bina meningkat dari 15,590.5 hektar kepada 18,701.7 hektar iaitu perubahan sebanyak 19.95%. Sebanyak 2319 hektar kawasan belum dibangunkanberubah kepada kawasan tepu bina antara tahun 2001 hingga 2007. Tidak asing lagi, Permatang Tinggi juga merupakan salah satu kawasan yang terlibat dalam pembagunan tepu bina sebelum ini.

    Impak positif akibat pembangunan kawasan tepu bina ini ialah meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Akan tetapi, sebilangan besar penduduk setempat hanya terlibat dalam sektor pekerjaan kategori rendah seperti bekerja sebagai buruh dan operator pengeluaran di kilang berdekatan. Selain itu, dengan adanya kawasan perindustrian ini, ia memberikan peluang pekerjaan yang lebih berpihak kepada wanita. Hal ini kerana, wanita kini giat terlibat dengan pekerjaan tidak formal seperti perniagaan makanan, perkhidmatan mengasuh bayi/anak dan perkhidmatan jahitan. Mereka ini juga mampu membuka peluang pekerjaan seperti pembantu jualan, pembantu jahitan untuk penduduk kejiranan. Pekerjaan tidak formal ini juga mampu memberi pendapat yang baik kerana di kawasan ini, terdapat ramai penduduk yang terlibat dengan pekerjaan professional. Sudah pasti ada yang ingin membeli sarapan atau menghantar anak-anak untuk mengasuh.

 

Terdapat juga kesan akibat daripada kawasan tepu bina ini seperti memberikan tekanan kepada penduduk setempat. hal ini kerana kawasan ini menjadi semakin padat dengan pembinaan. Tekanan ini belaku kerana penduduk yang mempunyai tanah kurang bersetuju untuk menjual tanah kerana mereka beranggapan bahawa kehilangan tanah dan pampasan diberi mungkin tidak setimpal dengan nilai tanah yang terus meningkat naik. Di samping itu juga, lalu lintas akan menjadi semakin sesak kerana penggunaan kenderaan sebagai keperluan begerak ke tempat kerja.

Penduduk di sini juga lebih memilih pekerjaan dalam sektor industri berbanding pertanian kerana sektor industri mampu menjana pendapatan yang tetap. Selain itu, inisiatif dari pengusaha kilang yang menyediakan pengangkutan juga memberi kesan yang positif untuk memilih kemudahan dalam pekerjaan. Hasil pertanian di kawasan ini menurun ekoran kekurangan pekerja, saliran air yang tidak sihat akibat pembangunan pesat dan kekurangan air menyebabkan tanah di kawasan tersebut tidak dapat diusahakan lagi.

            Oleh itu, guna tanah di kawasan Permatang Tinggi ini memberi pelbagai kesan dan impak kepada penduduk setempat. Namun, desakan ekonomi dan pembandaran menyebabkan penduduk terpaksa mengikut arus permodenan yang diidamkan oleh dunia.

Rujukan

Kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat

Majlis bandaraya seberang perai, 2021. Kependudukan

Narimah Samat, Suriati Ghazali, Rosmiyati Hasni, Yasin Abdallah El Hadary &, Fatimah Hassan. Perubahan Guna Tanah Dan Kesannya Kepada Komuniti Setempat Di Seberang Perai, Pulau Pinang. 

No comments:

Post a Comment