Sunday, December 26, 2021

ISU PEMBUANGAN SISA PEPEJAL KE DALAM SUNGAI DI BEBANGAI KANAN, BETONG, SARAWAK

1.0 PENGENALAN

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Negeri Sarawak mempunyai 12 bahagian yang terdiri daripada Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Limbang, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei, Serian, Sibu, dan Sri Aman. Negeri Sarawak mempunyai keluasan seluas 124,450 kilometer persegi. Pusat pentadbiran bagi kerajann negeri Sarawak terletak di Kuching. Seterusnya, perjalanan dari Bandar Kuching ke Bahagian Betong mengambil masa 4 jam perjalanan menggunakan kenderaan atau sejauh 254 kilometer. Bahagian Betong merupakan bahagian yang ke – 11 dalam negeri Sarawak dan terletak di kawasan Saribas. Betong mempunyai keluasan 4,180.8 kilometer persegi dan menjadikannya bahagian pentadbiran terkecil di negeri Sarawak. Bahagian Betong terdiri daripada dua daerah pentadbiran iaitu Betong dan Saratok serta mempunyai jumlah penduduk seramai 99,800 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kawasan kajian yang telah dipilih oleh penyelidik ialah Rumah Panjang Bebangai Kanan Betong yang terletak di Bahagian Betong. Rumah panjang ini terletak kira – kira 10 minit daripada Pekan Betong. Rumah panjang ini juga terletak di kawasan yang berhampiran sungai. Hal ini adalah disebabkan faktor kehidupan masyarakat pada masa dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat pada masa dahulu membina kawasan petempatan di kawasan pinggiran sungai adalah bagi memudahkan masyarakat pada masa dahulu untuk berhubung melalui pengangkutan sungai. Tambahan pula, kawasan sungai turut merupakan tempat yang menjadi sumber makanan kepada masyarakat iaitu sumber protein seperti ikan dan udang.

 

2.0 Masalah Pembuangan Sisa Pepejal Ke Sungai di Bebangai Kanan, Betong

            Hidrosfera merujuk kepada semua jisim air yang berada di permukaan bumi dan atmosfera. Hidrosfera turut boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai air. Selain itu, hampir keseluruhan permukaan bumi terdiri daripada air iaitu 70% daripada permukaan bumi adalah diliputi dengan air dan 29 % merupakan daratan. Namun begitu, hanya tiga peratus daripada 70 % air yang ada di bumi merupakan air tawar dan sesuai untuk digunakan oleh manusia. Misalnya , Kampung Bebangai Kanan terletak berdekatan dengan Sungai Bebangai. Sungai tersebut merupakan sungai air tawar dan terdapat banyak hidupan akuatik di sungai tersebut. Seterusnya , hidupan akuatik yang terdapat di sungai tersebut ialah udang, ikan, dan buaya. Masyarakat yang tinggal di sepenjang sungai tersebut mempunyai satu sikap yang tidak menghargai kebersihan sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat di sekitar tempat tersebut cenderung untuk membuang sisa pepejal ke dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat di kawasan tersebut berpendapat adalah lebih mudah untuk membuang sampah ke dalam sungai.   Seterusnya, terletak kira – kira 46 kilometer daripada Kampung Bebangai Kanan terdapat sebuah pantai iaitu Pantai Tanjung Kembang Kabong. Pantai Tanjung Kembang ini terletak bersebelahan dengan Pantai Gerigat dengan jarak 500 meter sahaja dan terletak kira – kira 50 kilometer dari Pekan Saratok. Pantai ini telah dijadikan sebagai destinasi pelancogan dan pada setiap tahun akan diadakan Pesta Pantai di pantai tersebut. Pesta tersebut telah dimasukkan ke dalam Kalender Pelancongan Peringkat Bahagian. Hal ini bagi menjadikan Pantai Tanjung Kembang sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik tetapi turut mengalami isu pembuangan sisa pepejal ke dalam laut.

 2.1 Faktor Masalah Pembuangan Sisa Pepejal Ke Sungai di Bebangai Kanan, Betong.

            Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah pembuangan sampah di Bebangai Kanan. Antara faktor yang utama ialah pertambahan jumlah penduduk yang tinggal di sepanjang sungai tersebut sama ada daripada penduduk tempatan mahupun penduduk luar yang datang untuk bekerja di dalam sektor kerajaan atau swasta. Sikap yang tidak bertanggungjawab daripada para penduduk  yang tinggal di sepanjang sungai tersebut telah membuang sisa pepejal ke dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan kawasan sungai tersebut telah tercemar dengan sisa pepejal seperti plastic dan sisa – sisa pembungkus makanan.

Seterusnya ialah sikap masyarakat yang tidak peduli akan kebersihan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana  masih ada sesetengah masayarakat yang sanggup meninggalkan sampah mereka di merata tempat tanpa mempunyai niat untuk membuang sampah mereka secara sistematik. . Bukan itu sahaja, ada juga yang membiarkan sampah yang mereka buang ke dalam tong sampah terkeluar tanpa membuangnya kembali ke dalam tong sampah. Sikap tidak peduli oleh masyarakat inilah yang menyumbang kepada masalah pembuangan sampah ke dalam sungai di Bebangai Kanan. Pihak berkuasa daerah Betong turut telah menugaskan pekerja mereka untuk memungut sampah pada setiap tengah malam pada hari Rabu dan Jumaat. Namun disebabkan jumlah sisa pepejal yang terlampau banyak masyarakat telah mengambil tindakan untuk membuang sisa pepejal ke dalam sungai bagi melupukan sisa pepejal yang banyak tersebut. Tambahan pula, masayarakat menganggap tugas mengutip serta menguruskan sampah hanya tanggungjawab pekerja pembersihan. Sekiranya sikap ini masih ada di dalam diri maka masalah pembuangan sampah tidak akan selesai malah boleh menjadi bertambah teruk.

Oleh itu, faktor masalah pembuangan sampah berpunca daripada sikap seseorang individu serta kumpulan masayarakat tersebut yang menganggap bahawa masalah pembuangan sampah merupakan perkara yang tidak penting. Tambahan pula pembuangan sisa pepejal yang tidak sistematik dan sangat banyak telah menyukarkan pihak berkuasa menguruskan sisa pepejal yang ada.

3.0 KESIMPULAN

            Kesimpulannya, sikap penduduk yang tidak mementingkan kebersihan sungai telah menyebabkan sungai tersebut tercemar dengan sisa pepejal. Sikap ini adalah tidak sepatutnya wujud dalam kalangan masyarakat pada masa kini yang telah terdedah dengan pelbagai maklumat mengenai kepentingn sungai kepada alam sekitar dan masyarakat. Oleh itu, usaha yang lebih giat dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai adalah harus dilakukan terutamanya kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

 

 

 

 

 

 

 RUJUKAN

           Malaysian Maps. Betong Sarawak. Dicapai  www.malaysia.maps.com

R.Musa dan N.Abdullah (2014). Teks Rujukan Geografi. Bandar Baru Jengka

Nur (2009). Dunia Geografi. Dicapai http://mashi85.blogspot.com/2009/03/nota-geografi-unit-1.html


NAMA :NASSTASZIA MAE TIMAH BINTI JOHN

NO MATRIKS: D20191089200

KUMP B


No comments:

Post a Comment