Sunday, December 26, 2021

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG BERLAKUNYA BANJIR DI KAMPUNG ULU SELADANG, SETIU TEREGGANU

 

1.0 Pengenalan

 Fenomena banjir merupakan salah satu fenomena yang sering terjadi di negara Malaysia apabila tiba musim monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh iaitu bermula bulan November hingga Mac. Monsur timur Laut merupakan pembawaan hujan yang lebat terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak. Hal ini mengakibatkan berlakunya fenomena banjir iaitu keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir merupakan satu geobencana pasif iaitu bencana yang berkaitan dengan aktiviti manusia. Banjir berlaku pada kepantasan sederhana tetapi mempunyai saiz bencana yang besar. Ianya terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mendorong fenomena banjir ini berlaku.

            Kampung Ulu Seladang merupakan sebuah kampung di Bandar Permaisuri Setiu yang terletak di Kawasan hulu dan mempunyai banyak sungai besar yang berhampiran. Ini menyebabkan Kawasan kampung ini dikenali sebagai kampung yang sering dilanda banjir. Ditambahkan pula beberapa faktor yang mendorong berlakunya banjir dengan lebih teruk, hal ini menyebabkan Kawasan ini sering dilanda banjir



Rajah1: Kawasan kg ulu seladang

 

 

2.0 Faktor-faktor

 

Antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya banjir di Kawasan Kampung Ulu Seladang ialah hujan lebat yang berterusan tanpa henti yang melebih 100 mililiter akan menyebabkan berlakunya banjir. Banjir terjadi apabila hujan lebat yang berlaku di kawasan hulu menyebabkan alur sungai tidak mampu menyalurkan kuantiti air yang banyak ke laut. Kesannya, air sungai naik dengan pantas, melimpah sepanjang tebing dan membanjiri kawasan rendah atau didefinisikan sebagai dataran banjir. Hujan lebat ini terjadi pada monsun timur laut iaitu bermula bulan November sehingga bulan Mac dan kebanyakkan penduduk sentiasa berwaspada apabila musim tengkujuh ini dengan membuat persiapan menghadapi banjir.



Gambar rajah1: banjir di Kawasan ulu seladang

 

Faktor yang berikut yang menyebabkan berlakunya banjir ialah masalah sistem peparitan yang kecil dan sempit yang tidak mampu menampung air hujan yang turun berterusan. Masalah ini sudah lama terjadi di Kawasan kampung ini, dan ia merupakan faktor yang menyebabkan penduduk kampung mengalami masalah untuk menggunakan jalan utama apabila hujan bereterusan dan mengakibatkan Kawasan itu tidak dapat dilalui kerana limpahan air dari parit tersebut. Perkara Ini menyukarkan semua pihak untuk menjalankan aktivit harian.



Gambar rajah 2: jalan utama dilimpahi air

Gambar diatas menunjukkan Kawasan jalan utama yang sering dinaiki air apabila keadaan hujan yang terkawal kerana sistem peparitan yang sempit menyebabkan ianya sering menyebabkan penduduk terpaksa menagguhkan pelbagai aktiviti harian.

 

            Selain itu, faktor yang menyebabkan berlakunya banjir ini juga adalah disebabkan oleh aktiviti manusia iaitu pembalakan yang begitu memberangsangkan dijalankan di Kawasan kampung Uu Seladang ini. Aktiviti pembalakan penebangan pokok-pokok besar seperti cenggal akan mengakibatkan hutan sebagai Kawasan tadahan hujan musnah. Seperti sedia maklum hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Proses pemeluwapan juga berlaku dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara dan dengan ini berlakunya kitaran air secara semula jadi. Aktiviti pembalakan secara haram ini akan menagakibatkan juga berlakunya tanah runtuh dan menyebabkan pokok-pokok ini hanyut Ketika banjir dan boleh mengakibatkan berlaku kerosakan di rumah penduduk kampung Padang ini. Sejarah ini pernah berlaku Ketika tahun 2007, banyak kemusnahan yang telah dialami oleh penduduk kampung apabila banjir besar yang melanda merosakan rumah mereka oleh pokok yang hanyut Bersama air bah. Perkara ini menyebabkan berlakunya kerugian kepada penduduk kampung.



Rajah 3: keadaan hutan yang ditarah


Rajah 4: sisa pembalakan

Gambar rajah menunjukkan sisa pembalakan yang hanyut Ketika banjir . Kesan daripada penebangan hutan juga menyebabkan timbunan sampah pokok-pokok dan kayu hanyut ke Kawasan sungai dan ini menyebabkan berlakunya kerosakan jambatan dan juga apabila hanyut ke kawasan rumah boleh menyebabkan kerosakan tempat tinggal penduduk. Sebagai contoh, jambatan yang menghubungkan penduduk dan Kawasan luar yang dipenuhi sisa pembalakan. Dan ini boleh menyebabkan jambatan ini berlaku kerosakan dan runtuh kerana tidak dapat menampung sisa pembalakan ini.

            Faktor yang seterunsya ialah aktiviti penarahan bukit bakau juga menyebabkan berlakunya masalah banjir di Kawasan kg seladang ini. Hal ini kerana apabila bukit ditarah ia menyebabkan air hujan tidak diserap kedalam tanah kerana larian air permukaan berlaku. Dan jika hujan lebat berlaku ia menyebabkan limpahan air akan berlaku dengan cepat. Buka itu sahaja apabila hujan lebat ia mengakibatkan tanah runtuh dan akan masuk ke dalam sungai. Hal ini mengakibatkan sungai akan melimpah dengan cepat dan banjir berlaku

            Seterusnya, faktor yang berikutnya yang menyebabkan berlakunya fenomena banjir di kampung Padang adalah disebabkan oleh aktiviti pengorekkan pasir sungai. Aktiviti korek pasir untuk tujuan pembinaan dan urusan jual beli pasir giat dilakukan di Kawasan Kampung Ulu Seladang ini, walaupun mempunyai lesen dan berdaftar namun ia tetap merupakan punca yang boleh menyebabkan banjir melanda Kawasan Kampung ulu seladang ini. Perkara ini berlaku apabila aktivti ini dijalankan menyebabkan tebing akan runtuh dan juga sungai menjadi berkeladak. Bukan itu sahaja ia juga menyebabkan sungai menjadi luas. Hakisan sungai ini dalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari tebing itu akibat pengorekan pasir . Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis akan jatuh dari tebing sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras lantai sungai akan menaik. Ini bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk mengandungi air dan oleh itu, limpahan air senang berlaku.

 


Rajah 5: keadaan sungai Kg ulu Seladang

Perkara ini menyebabkan Kawasan kampung ini mudah dinaiki air kerana berpunca daripada aktivit pengorekkan pasir di kampung ini. Ia mengakibatkan air melimpah dengan cepat dan ianya juga boleh menyebakan berlaku tanah runtuh di Kawasan tebing sungai ini kerana air menjadi deras dan mengakibatkan banjir lumpur . Ia amat membimbangkan penduduk setempat akibat aktiviti manusia ini.

            Jelaslah faktor-faktor ini yang menyebabkan berlakunya masalah banjir di kampung Ulu Seladang. Ia sering menyebabkan penduduk sering berpindah ke tempat yang lebih tinggi Ketika berlaku fenomena banjir ini. Hal ini sewajarnya diambil perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya dapat mengatasi masalah in bagi memastikan masalah banjir di kampung seladang dan sekitarnya dapat diatasi.

3.0 Langkah Mengatasi

Antara Langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di Kawasan kampung Ulu seladang ini ialah peranan pihak kerajaan yang seharusnya meningkatkan penguatkuasaan bagi pembalakan haram yang berlaku di Kawasan kampung ini. Mengikut akta perhutanan negara 1984 (pindaan 1993) supaya pihak yang ridak bertanggunjawab ini didenda sewajarnya agar ia boleh mengurangi masalah kemusnahan hutan yang berlaku di kawasan kampung Seladang ini.

Selain itu, pihak berkuat kuasa juga seharusnya mengambil insentif untuk menggali sistem peparitan agar air hujan yang turun tidak cepat melimpah dan menyebabkan banjir. hal ini kerana punca utama yang sering menyebabkan banjir ialah sistem peparitan . oleh itu dengan menggali sistem peparitan dengan baik akan membolehkan air hujan boleh mengalir dengan cepat. Apabila hal ini diatasi masalah penduduk yang tidak dapat keluar ke pekan untuk membeli barang keperluan dapat diatasi.

Seterusnya ialah peranan masyarakat setempat sendiri iaitu berganding bahu membuat aktiviti gotong royong membersihkan sisa pembalakan yang telah hanyut di Kawasan sungai supaya tidak berlaku kerosakan. Ia bagi mengurangi masalah kerosakan lain apabila berlaku banjir sehingga merosakkan Kawasan tempat tinggal penduduk.

 

 

Nurul Husna binti Mohd Sabri

D20191087891 (B)

             

           

 

No comments:

Post a Comment