Sunday, December 26, 2021

KESAN COVID-19 TERHADAP SOSIO EKONOMI KEPADA PENDUDUK DI KAMPUNG GONG MANAK, KELANTAN.


Pandemik Covid-19 dikenali sebagai wabak koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus yang berlaku pada pertengahan  tahun 2019 secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan. Wabak ini di kesan pada tahun 2019 iaitu pada bulan Disember yang bermula di bandar raya Wuhan, Hubei, China. Wabak ini telah mendapat pengiktirafan oleh pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Akibatnya, banyak kematian yang berpunca daripada wabak in serta mengorbankan jutaan nyawa. Virus ini berlaku penularan antara seseorang dengan cara serupa seperti influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk serta bersin yang dibawa oleh individu lain kepada sesorang individu berkenaan.

 

Covid cukup menggerunkan kepada negara bukan hanya dari segi sosial, malah dari ekonomi sangat terjejas teruk. Impak daripada peningkatan kenaikan kovid ini, golongan yang paling banyak terkesan adalah golongan b40 terutamanya yang mempunyai anak ramai. Di kampung Gong Manak terdapat banyak kedai runcit dan peniaga-peniaga kecil membuka kedai berdekatan rumah masing-masing. Pandemik covid-19 di Malaysia telah memberi kesan yang besar terutamanya dalam sektor ekonomi penduduk di Kampung Gong Manak. Wabak ini memberi kesan buruk dalam beberapa sektor pasaran serta peruncitan. Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak kedai runcit yang terputus bekalan serta kekurangan barang dan perkhidmatan. Pengumuman mengenai perintah kawalan pergerakan menyebabkan kegiatan bekalan barang sukar diperolehi. Banyak jalan tertentu ditutup dan orang ramai tidak dapat melalui jalan untuk menghantar sumber barangan ke kedai runcit.  Hal ini menyebabkan peniaga tiada barang untuk di pasarkan. Peniaga mengalami kerugian kerana kekurangan sumber pendapatan tetap.


  



Rajah 1: Kedai runcit


 

Di Kampung Gong Manak, terdapat beberapa  gerai makan yang beroperasi di tepi-tepi jalan.  Namun, apabila bermulanya covid-19 semua kedai tutup dan tidak boleh buka seperti hari biasa. Terutamnaya terjadi apabila pengumuman perintah kawalan pergerakan dijalankan. Dari segi eknonomi, semua peniaga mengalami kerugian yang agak teruk serta tiada sumber bekalan makanan. Penduduk di Kampung Gong Manak juga sukar untuk mendapatkan makanan basah contohnya, kuih-muih, nasi bungkus, lauk-pauk dan sebagainya. Apabila perintah kawalan pergerakan dilonggarkan sedikit, penduduk boleh membeli makanan di kedai makan namun tidak boleh makan secara langsung di kedai tersebut. Makanan boleh di beli dengan hanya wakil untuk mengelakkan kesesakan di kedai masing-masing. Manakala, dari segi sosial pula pengusaha, peniaga pemilik premis di Kampung Gong Manak digesa menggunakan alat pengukur suhu badan yang disahkan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pemilik premis juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya buku nota untuk dicatatkan data dan maklumat pembeli seperti nama, suhu, nombor telefon dan waktu ke kedai. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tanda pembawa virus covid-19 melalui suhu badan bimbang sekiranya ada yang demam dan dijangkiti virus tersebut.  









Rajah 2 : Kedai makan


Selain itu, dalam aspek sosial penularan covid-19 turut memberi kesan negatif kepada sesi persekolahan pelajar  di kampung ini. Perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat sebelum dan semasa berlakunya penyebaran virus covid-19 ini. Pengajaran dan pembelajaran semasa dalam tempoh covid-19 tidak dapat dilaksanakan seperti sediakala. Namun pembelajaran hanya dilaksanakan secara dalam talian sahaja.hal ini memberi kesan yang negatif bukan sahaja kepada guru malahan kepada pelajar itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan guru tidak dapat memantau pelajar dengan terperinci kerana mereka belajar jauh dari sekolah dan pandangan mata kasar guru. Guru tidak benar-benar tahu adakah pelajar buat kerja sekolah yang diberikan dan mampu memberi fokus yang sepatutnya kepada pembelajarn masing-masing. Hal ini menimbulkan kerisauaun kepada guru matapelajaran masing-masing terutamanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar.





Rajah 3 : Bangunan di Sekolah Kebangsaan Gong Manak


 Permasalahan kepada pelajar pula, tidak semua pelajar yang berkemampuan untuk memasuki sesi pembelajaran dalam talian. Pembelajaran ini memerlukan akses internet yang kuat dan sekurang-kurangnya mempunyai satu peranti seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya. Pelajar perlu mengikuti pembelajaran yang dilakukan oleh guru terutamanya menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom Meeting, Cisco Webex dan sebagainya kerana memerlukan data kuat, laju serta storan yang besar. Namun, tidak semua pelajar yang beruntung dan mempunyai kemewahan peralatan elktronik, sebahagian  mereka terpaksa meminjam dan berkongsi daripada ahli keluarga yang lain seperti ayah, ibu, abang dan kakak. Segelintir pelajar menghadapi kesukaran bagi mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai dan mempunyai waktu penggunaan peranti sama untuk mengikuti kelas. Namun ada juga yang mengalami kerosakan telefon pintar dan tidak dapat menyertai sesi kelas yang dilaksanakan oleh guru masing-masing.


 Lain daripada itu, kesan covid-19 juga memberi kesan kepada aktiviti riadah penduduk di Kampung Gong Manak.  Sebelum kejadian ini, penduduk di Kampung Gong Manak sering ke padang sekolah, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola sepak. Setelah berlaku peningkatan kes penularan ini menyebabkan penduduk dilarang ke tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan aktiviti riadah bersama-sama.  Terdapat jalan-jalan yang dilarang untuk penduduk kampung lalu-lalang. Di sempadan Kampung Gong Manak Kelantan dan Gong Manak Besut ada lockdown yang menyebabkan orang ramai berhenti melalui jalan tersebut dalam masa tempoh yang telah ditetapkan. Hal ini bertuyjuan untuk mengawal  orang ramai ke destinasi tanpa ada kepentingan yang jelas. Contohnya, bersiar-siar, makan angin yang boleh meningkatkan bilangan manusia yang dijangkiti dan terkena covid-19.


Majoriti penduduk di Kampung Gong Manak adalah terdiri daripada kalangan warga muslim dan beragama islam. Oleh hal demikian, terdapat hanya satu sahaja rumah ibadah iaitu masjid. Rumah ibadah di kampung ini  diberi nama Masjid Mukim Gong Manak. Masjid Gong Manak sedang dibaik pulih oleh penduduk kampung. Banyak pembaharuan dilakukan bagi membaiki struktur bangunan masjid agar semakin cantik dan membaiki bahagian bangunan yang mengalami kerosakan. Contohnya, atap bocor serta ada bahagian-bahagiab tertentu seperti ruangan muslimah selama ini dinding kayu yang dirobohkan dan digantikan dengan dinding simen agar lebih kukuh. Namun proses baik pulih bangunan masih lagi dalam proses penambahbaikan disebabkan oleh tidak siap sepenuhnya.




Rajah 4 : Masjid Mukim Gong Manak



Rajah 5 : Laluan sempadan Gong Manak Kelantan dan Gong Manak Besut


 

Rujukan :

 

Berita Harian. Disember 7, 2021 Kepentingan COVID-19 Terhadap Penduduk Lebih Teruk Berbanding Jangkaan. [ online ] Available at : <https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/12/896303/kesan-covid-19-terhadap-pendidikan-lebih-teruk-berbanding-jangkaan>

 

Sinar Harian. Mei 20, 2021 COVID-19 : PKP 1.0 Beri Kesan Kepada Ekonomi Negara – AMCHAM. [online] Available at : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pkp-10-beri-kesan-negatif-kepada-ekonomi-negara-amcham-298856

 

Metro. November 9, 2021  Rentas Negeri, Perhimpunan Sosial Punca COVID-19 Di Kelantan Meningkat.

[online] Available at : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/775466/rentas-negeri-perhimpunan-sosial-punca-kes-covid-19-di-kelantan-meningkat

 

NAMA PENULIS : NURUL AINA BINTI MOHD NOOR

NO. MATRIK  : D20181083594

HGM 3033 ( GEOGRAFI PENDUDUK)

KUMPULAN KULIAH : B

No comments:

Post a Comment