PENGENALAN
Definisi pendatang asing adalah kedatangan
sekumpulan manusia atau seseorang dari sebuah negara ke negara lain dengan
tujuan khusus. Manakala, definisi pendatang tanpa izin adalah mana-mana individu
selain daripada warganegara yang masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan
yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan dan tanpa pas atau
permit yang sah. Definisi dari segi kamus dewan pula, pendatang tanpa izin
(PATI) bermaksud orang yang memasuki Malaysia secara haram. Selain itu, maksud
pendatang tanpa izin (PATI) menurut Seksyen 55E(7) Akta Imigresen 1959/63 (Akta
155) ialah pendatang tanpa izin iaitu mana-mana orang selain daripada
warganegara yang menyalahi seksyen 5, 6, 8, 9, dan 15 Akta Imigresen, 1959/63
atau Peraturan 39 dan Peraturan-Peraturan Imigresen, 1963. Melalui Seksyen
6(3), PATI adalah orang yang masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau
permit yang sah. Selain itu juga, di dalam Seksyen 9 pula didefinisikan sebagai
orang yang masuk dan tinggal di Malaysia setelah pas atau permit dibatalkan
oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Melalui akta yang telah dirumuskan
tersebut, dapat dilihat bahawa kebanyakan pendatang asing datang ke Malaysia
secara haram. Namun, ada juga sebahagian daripada pendatang asing yang datang
ke Malaysia secara sah untuk tujuan pengkhususan seperti bekerja, menyambung
pelajaran, dan sebagainya. Pendatang asing dapat dibahagikan kepada dua iaitu
pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing
yang sah bermaksud orang yang mendapat keizinan dari negara yang ingin dimasuki
berdasarkan Akta dan Peraturan yang ditetapkan. Manakala, pendatang asing tanpa
izin (PATI) bermaksud seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara yang
ingin dimasuki secara haram.
Malaysia
dianggap sebagai lubuk emas kepada warga asing kerana mereka beranggapan
Malaysia mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas. Rakyat Indonesia
terutama sekali gemar untuk bekerja di Malaysia kerana mata wang Malaysia yang
lebih tinggi berbanding Indonesia. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika warga
asing di Malaysia ini dipelopori oleh warga Indonesia berbanding warga negara
yang lain seperti Myanmar, Vietnam, Afrika, dan sebagainya. Di Nilai, Negeri
Sembilan juga tidak terkecuali dengan kebanjiran pendatang asing yang bekerja
di sini. Peluang pekerjaan yang cerah di sini telah mendorong pendatang asing
untuk menetap di sini dan bekerja. Jika dilihat di Nilai 3 khususnya, ramai
pendatang asing warga Pakistan dan Bangladesh telah mempolopori kedai-kedai
karpet dan langsir di Nilai 3. Kebanyakan pekerja di Nilai 3 tersebut terdiri
daripada warga asing. Lambakan warga asing di Nilai ini telah banyak memberi
impak kepada penduduk tempatan. Walaubagaimanapun, pendatang asing yang
memasuki Malaysia telah banyak memberi kesan terutama sekali kepada penduduk
tempatan dan banyak memudaratkan daripada memberi kesan yang baik.
PUNCA PENDATANG
ASING MEMASUKI MALAYSIA
Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana dikurniakan
sumber-sumber yang sangat bermanfaat kepada manusia untuk digunakan pada masa
akan datang. Sumber kekayaan yang dikurniakan ini telah menarik perhatian
pendatang asing untuk datang ke Malaysia bagi tujuan khusus. Oleh itu, terdapat
beberapa punca pendatang asing memasuki Malaysia.
Mencari sumber
rezeki
Malaysia tidak asing lagi dengan sumber pendapatan
yang banyak memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dan juga pendatang
asing. Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk tempatan yang terlalu
memilih pekerjaan sehingga menjadikan warga asing memonopoli sektor pembinaan,
pertanian, dan perkhidmatan di negara ini. Kebanyakan buruh asing terdiri
daripada warga Indonesia, Myanmar, dan Vietnam. Mereka datang ke Malaysia untuk
bekerja bagi menampung kehidupan diri dan keluarga di negara mereka. Kebanyakan
warga asing tidak memilih pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut agak sukar
untuk digalas. Sebagai contoh, jika dilihat di kilang-kilang, ramai warga asing
memonopoli pekerjaan yang ditawarkan oleh sesebuah kilang. Kebanyakan mereka
ada yang hanya menjadi operator kilang untuk mendapatkan wang bagi menyara
kehidupan. Hal ini terjadi disebabkan peluang pekerjaan di negara mereka sangat
terhad kerana jumlah penduduk yang melebihi daripada peluang pekerjaan. Oleh
itu, mereka mengambil langkah untuk berhijrah ke Malaysia dan mencari pekerjaan
di negara ini bagi mendapatkan sumber rezeki.
Gambar rajah 1: Buruh asing di tapak pembinaan
Tempat yang
selesa
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan bumi yang
hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang perbalahan. Ini juga telah
menjadi salah satu punca pendatang asing datang berhijrah ke Malaysia.
Kebanyakan negara mereka banyak berlaku perpecahan kaum dan mengakibatkan
berlakunya peperangan seperti di negara Indonesia dan India yang kerap kali
mengalami rusuhan antara kaum. Hal ini telah mengakibatkan ramai rakyat mereka
yang berhijrah ke Malaysia kerana bagi mereka Malaysia merupakan tempat yang
selesa untuk didiami tanpa perlu berasa takut akan percetusan peperangan.
Selain itu juga, keamanan yang dikecapi oleh Malaysia juga telah menjadi daya
tarikan kepada warga asing untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang lebih
lama. Tambahan pula, kemudahan awam seperti pasaraya, pengangkutan awam, dan
fasiliti kesihatan yang terdapat di Malaysia juga telah mendorong pendatang
asing untuk datang ke Malaysia. Oleh itu, Malaysia mestilah berbangga kerana
dikurniakan negara yang aman damai tanpa sebarang perpecahan yang berlaku.
Gambar rajah 2: Tempat tarikan pendatang asing
Kadar jenayah yang tinggi di negara
mereka
Jenayah sering memberi kesan kepada ekonomi dan
negara. Kebanyakan pendatang asing yang datang ke Malaysia mempunyai rekod
jenayah lampau dan tujuan mereka datang ke Malaysia untuk melarikan diri
daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa negara mereka. Jenayah berat
yang direkodkan adalah membunuh, mencuri, mengedar dadah, dan memperdagangkan
manusia merupakan kegiatan jenayah yang sering dilakukan oleh pendatang asing
ini. Dengan melarikan diri ke negara Malaysia, mereka akan bebas daripada
hukuman yang akan diterima di negara sendiri dan memulakan kehidupan baru lalu
mencari pekerjaan di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak kepada penduduk
tempatan kerana rekod jenayah lampau yang teruk ini akan menyumbang masalah
yang besar kepada Malaysia. Tambahan pula, sempadan negara yang agak longgar
telah memudahkan pendatang asing ini masuk ke Malaysia. Sebagai contoh,
sempadan antara Thailand dan Malaysia hanya dipisahkan oleh Sungai Golok dan
pendatang asing ini akan mudah memasuki sempadan Malaysia dengan hanya
menggunakan sampan semata-mata. Oleh itu, pihak berkuasa Malaysia mestilah
menggubal semula undang-undang tentang kemasukan pendatang asing ini agar
masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Gambar rajah 3: Jenayah merompak
KESAN PENDATANG
ASING DI NILAI
Pendatang asing yang datang ke negara kita sering
kali memberi kesan terutama sekali kepada penduduk tempatan. Hal ini sering
kali berlaku di Nilai, Negeri Sembilan kerana tempat ini dibanjiri oleh pendatang
asing yang memasuki ke Malaysia secara sah dan ada juga yang datang secara
haram. Oleh itu, terdapat beberapa kesan pendatang asing di Nilai terhadap
penduduk setempat.
Peluang
pekerjaan bagi penduduk tempatan semakin berkurangan
Pekerjaan merupakan perkara yang sangat penting bagi
mendapatkan wang untuk menyara kehidupan. Pekerjaan yang tetap mampu menjamin
kehidupan manusia. Bagi penduduk tempatan di Nilai ini, peluang pekerjaan yang
ditawarkan sangat tipis kerana mereka mestilah bersaing untuk mendapatkan
pekerjaan dengan warga asing. Hal ini berlaku kerana pihak majikan lebih gemar
mengambil pekerja asing untuk bekerja berbanding warga tempatan atas faktor
bayaran gaji yang lebih rendah serta warga asing mempunyai banyak kemahiran
jika dibandingkan dengan warga tempatan. Pihak majikan berpendapat bahawa jika
mereka mengambil warga tempatan untuk bekerja di syarikat mereka, warga
tempatan akan meminta gaji yang lebih tinggi mengikut tahap pendidikan
masing-masing. Ini menjadikan pihak majikan mengambil langkah untuk mengambil
pekerja asing untuk bekerja di syarikat mereka.
Selain
itu, jika dilihat di kilang-kilang yang berada di kawasan Nilai ini, kebanyakan
pekerjanya terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, dan Vietnam
yang datang ke sini untuk bekerja. Hanya separuh sahaja bilangan pekerja yang
terdiri daripada warganegara Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa warga asing
telah mempelopori jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak majikan kilang
tersebut. Perkara ini menyebabkan penduduk tempatan sukar untuk mendapatkan
pekerjaan bagi menyara kehidupan mereka. Walhal, jika difikirkan kembali,
penduduk tempatan lagi berhak untuk mendapatkan pekerjaan berbanding warga
asing. Ada juga yang mengatakan bahawa pihak majikan rela membayar gaji pekerja
asing ini lebih tinggi kerana kemahiran mereka dalam sesuatu bidang lebih
tinggi berbanding pekerja tempatan.
Oleh
itu, pihak majikan haruslah memberi peluang dan ruang kepada warga tempatan
untuk bekerja kerana hak mereka sebagai warganegara Malaysia lebih tinggi jika
dibandingkan dengan warga asing ini. Pihak berkuasa juga mestilah sentiasa
membuat pemantauan tentang bilangan pekerja asing yang terlalu ramai di bumi
Nilai ini supaya warga tempatan dapat peluang pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan
mereka.
Gambar rajah 4: Pekerja kilang yang dimonopoli oleh warga asing
Berlakunya kegiatan jenayah yang
melibatkan warga asing
Warga asing yang tinggal di kawasan Nilai ini bukan
sahaja berniat untuk mencari pendapatan, namun ada dalam kalangan mereka yang
melakukan jenayah seperti membunuh, pecah rumah, merompak, merogol, bekerja
tanpa permit yang sah, dan sebagainya. Hal ini telah memberi kesan kepada
penduduk tempatan kerana mereka berasa kurang selamat tinggal di sini walaupun
di dalam rumah sendiri. Melalui petikan akhbar Utusan Melayu pada 12 November
2021 lalu yang bertajuk “Op Noda: Lapan wanita warga asing ditahan” melaporkan
kegiatan jenayah yang dilakukan oleh warga tempatan yang menggajikan lapan
orang wanita warga asing lalu ditahan kerana tiada permit bekerja yang sah.
Mereka telah diambil tindakan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63
kerana menggajikan pendatang asing tanpa izin. Di sini boleh dilihat bahawa
warga asing telah datang ke Malaysia tanpa ada nya permit yang sah untuk
bekerja. Perkara ini adalah salah disisi undang-undang negara dan mereka
mestilah dihukum mengikut akta yang telah digubal.
Selain
itu juga, warga Pakistan dan Bangladesh yang tinggal di kawasan ini juga telah
banyak melakukan onar terhadap penduduk setempat. Sebagai contoh, terdapat
beberapa kes yang melibatkan warga asing kerana mereka telah meragut seorang
wanita warga tempatan di kawasan Nilai beberapa tahun yang lalu. Ini telah
menjadikan wanita tersebut trauma dan emosi terganggu semenjak kejadian hitam
tersebut berlaku. Carta alir 1 di bawah telah menunjukkan statistik jenayah
kekerasan dan harta benda yang berlaku pada tahun 2018. Warga asing yang
mempunyai banyak rekod jenayah lampau di negara ini kebiasaannya mereka telah
biasa melakukan jenayah seperti ini di negara sendiri. Jadi sebab itulah mereka
tidak gerun untuk melakukan jenayah di negara lain. Oleh itu, pihak berkuasa
terutama sekali pihak polis dan imigresen mestilah mengambil tindakan yang
keras terhadap warga asing yang banyak melakukan jenayah supaya tiada lagi
kes-kes jenayah berlaku di Nilai ini.
Carta alir 1: Statistik jenayah pada tahun 2018
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Menyebarkan penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit yang melanda negara
kebanyakannya disebabkan oleh pendatang asing yang berhijrah ke Malaysia. Hal
ini disebabkan oleh pendatang asing tanpa izin tidak melakukan pemeriksaan
kesihatan sebelum memasuki pintu masuk Malaysia. Ramai antara mereka yang
berasal dari kawasan mundur di negara asal lalu kesihatan mereka kurang
terjamin kerana kemudahan kesihatan yang sangat terhad. Ada antara mereka yang
menghidap penyakit tibi, AIDS, penyakit kelamin, dan sebagainya kerana mereka
tidak mengambil endah tentang tahap kesihatan yang dialami. Kesan daripada situasi
tersebut telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terutama sekali penduduk Nilai
yang turut terkesan dengan penyakit yang dibawa oleh mereka ini. Statistik
menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Ramai pendatang asing tanpa izin yang disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan
hepatitis.
Pandemik
COVID-19 yang telah melanda negara sejak dua tahun lepas juga disebabkan oleh
warga asing yang membawa penyakit ini masuk ke Malaysia. Disebabkan ramai
pendatang asing tanpa izin yang bekerja di kawasan Nilai terutama sekali di
kilang-kilang, perkara ini telah menyebabkan berlakunya banyak kes positif
COVID-19 yang telah menjangkiti warga tempatan sekaligus kes harian COVID-19
meningkat saban hari. Hal ini juga disebabkan oleh tiada penjarakan sosial yang
diamalkan antara pendatang asing dengan warga tempatan lalu virus COVID-19
mudah dijangkiti. Oleh itu, setiap pendatang asing tanpa izin mestilah
menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki Malaysia untuk mengelakkan
penyakit berjangkit daripada merebak lebih teruk.
Gambar rajah 5: Pendatang asing menjalani saringan
kesihatan atau “swab test”
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, pendatang asing yang datang ke
negara ini telah banyak memberi kesan buruk terhadap penduduk setempat. Kedatangan
pendatang asing tanpa had boleh membawa kesan buruk bukan sahaja kepada negara malah
kepada penduduk tempatan di Nilai, Negeri Sembilan. Namun, bagi menyelesaikan
masalah lambakan pendatang asing di negara ini, semua pihak mestilah memainkan
peranan mereka dengan sebaiknya supaya tiada lagi pendatang asing tanpa izin
mendiami bumi Malaysia ini. Sempadan negara mestilah dikawal dengan ketat
supaya dapat mengelakkan berlakunya kemasukan PATI yang masuk ke Malaysia
secara haram. Oleh itu, langkah yang proaktif mestilah dijalankan bagi
memastikan bilangan pendatang asing di negara ini dapat dikurangkan dengan
jayanya.
RUJUKAN
Nor
Shafawati Yup. (2021, November 12). Op Noda: Lapan wanita warga asing
ditahan. Utusan Melayu.
Pendatang
asing. (2015). INFO - INFO. https://ilrusnajlatimesinfoinfo.blogspot.com/p/assalamualaikum.html
Siti
Aishah Isa. (2014, February 18). Kesan-kesan kedatangan pendatang asing tanpa
izin Ke Malaysia. Qisah Puisi. https://sitiaishahisa.blogspot.com/2014/02/kesan-kesan-kedatangan-pendatang-asing.html
NAMA: Alisya Syazrin Adila Binti Mohd
Nasir
NO. MATRIK: D085790
KUMPULAN KULIAH: A
No comments:
Post a Comment