Pengenalan
Sampah sarap didefinisikan sebagai bahan atau sisa sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (Seow Ta Wee & Indera Syahrul Mat Radzuan, 2010). Isu sampah di Malaysia bukan suatu isu yang baharu. Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada tahun 2007 lebih 19,000 tan sampah dihasilkan setiap hari (https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/134). Selain itu, menurut Tchobanoglus, Theisen dan Vigil (1993) sampah merupakan bahan buangan daripada aktiviti harian manusia dan haiwan yang tidak lagi digunakan dan tidak diperlukan kerana tidak mempunyai nilai. Menurut Standar Nasional Indonesia (SNI), timbulan atau timbunan sampah ialah keadaan sampah yang banyak dari masyarakat dalam jumlah yang banyak. Timbunan sampah yang banyak akan menimbulkan banyak masalah terhadap manusia dan alam sekitar.
Sampah dapat dikategorikan kepada empat jenis iaitu sisa industri, sisa komersial, sisa domestik dan sisa pertanian. Sisa industri merupakan sampah yang dihasilkan oleh kilang dan industri yang membuang sampah ke dalam sungai dan laut. Selain itu, sisa komersial merupakan sisa yang dihasilkan oleh sekolah, kedai, pejabat dan sebagainya. Kebiasaannya, sisa komersial seperti kertas, plastik dan sebagainya. Sisa domestik pula bermaksud sisa yang berasal daripada aktiviti harian manusia seperti memasak dan membersih. Seterusnya ialah sisa pertanian iaitu merupakan sisa yang dihasilkan daripada aktiviti pertanian seperti aktiviti menanam padi, kelapa sawit, lada dan sebagainya (https://bit.ly/32oKJCN).
Disamping itu, sampah juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu sampah biodegrasi dan sampah bukan biodegrasi. Sampah biodegrasi merupakan sampah basah yang berasal daripada makanan dan hasil tanaman yang boleh mereput secara semula jadi. Disamping itu, sampah bukan biodegrasi ialah sampah kering seperti surat khabar, kaca, plastik yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Sampah bukan biodegrasi merupakan sampah yang tidak boleh mereput secara semula jadi dan ia akan menyebabkan masalah pencemaran jika tidak dikendalikan dengan sistematik (https://bit.ly/32oKJCN).
Sampah harian yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2018 sebanyak 38, 142 tan iaitu peningkatan sebanyak 100.75% berbanding tahun 2005 iaitu sebanyak 19,000 tan (Muhammad Yusri Muzamir, 2020). Selain itu, SWCorp juga menganggarkan seorang rakyat Malaysia menghasilkan 1.17 kilogram sampah sehari pada tahun 2018. Jelaslah bahawa isu pembuangan sampah di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, kerajaan memerlukan kos yang tinggi untuk menguruskan sampah agar tidak menyebabkan pencemaran.
Lokasi
Taman Duranda Emas, Sarawak merupakan kawasan kajian yang dipilih untuk memenuhi tugasan HGM3033 Geografi Penduduk. Taman Duranda Emas adalah sebuah taman perumahan yang terletak di Daerah Kecil Siburan dalam Bahagian Serian kira-kira 30 kilometer dari ibu negeri Kuching. Taman Duranda Emas merupakan salah satu taman perumahan yang terletak di Siburan. Taman Duranda Emas mempunyai kawasan deretan kedai yang menjalankan pelbagai perniagaan seperti kedai runcit, bengkel kereta, bengkel motosikal, Food Court dan kedai perabot.
Foto 1: Taman Duranda Emas
Sumber: Google Maps
Faktor-faktor Isu Pembuangan Sampah di Taman Duranda Emas
Isu pembuangan sampah di Taman Duranda Emas bukanlah satu isu yang baharu. Hal ini kerana, isu pembuangan berlaku apabila tong sampah di Taman Duranda Emas tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tong sampah yang besar yang disediakan setiap lorong. Namun, keadaan ini telah diselesaikan apabila setiap rumah diberikan tong sampah. Isu pembuangan sampah berlaku lagi apabila terdapat beberapa kedai berdekatan di Taman Duranda Emas tidak membuang sampah pada tempat yang sepatutnya dan meletakkan sampah di tepi tong sampah seterusnya menyebabkan sampah bertaburan akibat dikacau oleh haiwan seperti anjing dan kucing. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan berlakunya isu pembuangan sampah yang tidak sistematik yang menyebabkan sisa sampah bertaburan dan mencacatkan permandangan.
Faktor-faktor berlakunya isu pembuangan sampah di Taman Duranda Emas ialah penduduk atau peniaga tiada kesedaran tentang kepentingan membuang sampah dengan betul. Tahap kesedaran masyarakat yang rendah tentang jenis sampah, sumber sampah dan cara mengendali sampah yang betul. Sikap penduduk yang mengambil ringan tentang isu pembuangan sampah menyebabkan isu ini sukar diselesaikan. Hal ini kerana, sesetengah individu berpendapat bahawa sampah sempurna dibuang apabila sampah dikeluarkan dari tempat kediaman atau tempat perniagaan. Membuang sampah di kawasan terbuka juga dianggap sebagai jalan pintas dan mudah. Justeru, ketiadaan kesedaran penduduk di Taman Duranda Emas menyebabkan isu pembuangan sampah semakin serius dan menyebabkan semakin banyak sampah dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.
Foto 3: Longgokan sampah di kawasan semak samun
Pengurusan sampah oleh pihak berkuasa tidak efektif juga sebab isu pembungan sampah di Taman Duranda Emas tidak dapat dibendung. Hal ini kerana, jadual pemungutan sampah yang tidak sistematik menyebabkan sampah tidak dikutip pada masa yang ditetapkan. Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil langkah drastik agar masalah ini tidak menjadi isu yang besar. Justeru, akan lebih banyak longokkan sampah dan menyebabkan penduduk mengambil jalan singkat membuang di kawasan lapang yang tidak sepatutnya.
Selain itu, isu pembuangan sampah juga menyebabkan kawasan sekitar perumahan menjadi kotor. Hal ini kerana, sampah yang dibuang akan diheret oleh haiwan seperti anjing dan kucing. Oleh itu, sampah tersebut akan diheret ke mana-mana sahaja sehingga menyebabkan kawasan rumah, menjadi kotor dan berbau. Kawasan perumahan yang kotor akan mencacatkan permandangan kerana ia akan menyebabkan kawasan perumahan kelihatan tidak terurus.
Seterusnya, berlakunya banjir kilat. Isu pembuangan sampah menyebabkan masalah banjir kilat di Taman Duranda Emas. Hal ini kerana, sampah yang dibuang bukan sahaja di kawasan lapang tetapi juga di longkang dan parit. Sampah besar yang dibuang seperti bahagian kereta, tilam, sisa makanan dan plastik akan menyumbat pergerakan aliran air. Oleh itu, air yang mengalir di dalam sistem perparitan tersebut tidak dapat mengalir dengan lancar seterusnya menyebabkan masalah banjir kilat terutamanya pada musim hujan.
Langkah Mengatasi Isu Pembuangan Sampah di Taman Duranda Emas, Sarawak
Foto 4: Poster Kempen Kitar Semula
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak berkuasa. Undang-undang yang dilaksanakan dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah di Taman Duranda Emas kerana arahan dikeluarkan oleh Majlis Daerah Serian. Apabila wujudnya arahan daripada pihak berkuasa, penduduk tidak berani untuk membuang sampah sesuka hati. Hal ini kerana, penduduk boleh dikenakan hukuman jika didapati membuang sampah di kawasan yang telah dilarang.
Foto 5: Papan Tanda Arahan Dilarang Membuang Sampah
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi isu pembuangan sampah di Taman Duranda. Antaranya, kurang kesedaran dalam diri penduduk, kurang pengetahuan tentang cara mengendalikan sampah dan amalan kitar semula dan pengurusan sampah yang tidak efektif oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu, isu pembuangan sampah akan menyebabkan timbul pelbagai kesan negatif kepada penduduk seperti kesihatan terjejas, banjir dan menganggu permandangan. Justeru, untuk mengurangkan isu pembuangan sampah di Taman Duarnda Emas, kempen kesedaran perlu dilakukan dan penguatkuasaan undang-undang perlu diketatkan.
Justeru, isu pembuangan sampah di Taman Duranda merupakan isu yang boleh ditangani. Hal ini kerana, isu pembuangan sampah masih boleh dikawal jika penduduk diberikan pengetahuan dan kesedaran yang baik mengenai pengurusan sampah di rumah dan cara mengendalikan sampah dengan betul. Langkah pencegahan dan pengurangan membuang sampah perlu dilakukan secara berterusan agar amalan ini dapat ditanam dalam diri penduduk.
Rujukan
BYJU’S. Source and Types of Waste. Diperoleh daripada https://bit.ly/32oKJCN.
Muhammad Yusri Muzamir. (2020,2 Januari). Pembuangan Sampah Negara Meningkat 100.75 Peratus. Berita Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuangan-sampah-negara-meningkat-10075-peratus.
Noor. H. Cheku, Ibrahim Mamat & Mohd Yusri Ibrahim. (2014). Hubungan Sikap Alam Sekitar dan Amalan Kitar Semula di Negeri Terengganu. Social Sciences Postgraduate International Seminar, 139. Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/37778/1/sspis_2014_ms137_-_147.pdf.
Seow Ta Wee & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2010). Sikap Masyarkat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes di Daerah Batu Pahat, Johor.Journal of Techno-Social, 2(1), 75-86. Diperoleh daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/319/198
Standar Nasional Indonesia. Tata Cara Teknik Operasional Pengelolaan Sampah Perkotaan. Diperoleh daripada https://www.nawasis.org/portal/download/digilib/904-SNI-2002_2454_19.pdf.
Tchobanoglus, C., Theisen, H & Vigil S. A. (1993). Integrated Solid Waste Management: Engineering Principle and Management Issue. McGraw Hill Inc: New York.
Penulis: Jacqueline Troffline Anak Harry
No Matrik: D2019xxx9118
Kumpulan: C
No comments:
Post a Comment