Thursday, December 16, 2021

GEOGRAFI PENDUDUK: SIKAP PENIAGA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SIMPANG JALAN KAMPUNG GEMETI, BENTONG, PAHANG

 

1.0  PENGENALAN

Secara asasnya, aktiviti perniagaan merupakan salah satu cabang yang terpenting dalam sektor ekonomi. Dengan adanya aktiviti perniagaan yang dilakukan, ia dapat membantu negara Malaysia dalam mencapai matlamat yang merupakan juga fokus utama negara iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Disebabkan itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai strategi dalam menggalakkan aktiviti pernigaan oleh masyarakat iaitu seperti menyediakan skim pinjaman yang bersesuaian, kursus ‘mentoring dan coaching’, dan sebagainya. Ini dapat dilihat bahawa usaha kerajaan merupakan suatu perkara yang harus di rebuti kerana ia dapat membantu dalam menjana pendapatan yang lumayan sehingga mampu membantu negara dalam meningkatkan pertumbuhan ekonominya.

Berbalik kepada aktiviti perniagaan, adakah peniaga itu menjalankan perniagaannya dengan telus dan mengikut undang-undang setelah pelbagai pertolongan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Artikel ini akan mengupas isu yang berlaku dalam sektor perniagaan iaitu isu sikap peniaga yang menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti, iaitu di daerah Bentong, Pahang. Isu berniaga di simpang jalan telah menjadi suatu isu yang lazim berlaku di Malaysia terutamanya di Daerah Bentong. Walaupun telah diberikan peringatan bahawa sebarang aktiviti perniagaan di simpang jalan tidak digalakkan, namun masih terdapat peniaga yang masih berkeras hati untuk menjalankan perniagaa disitu. Kebiasaanya tindakan yang dibuat oleh perniaga ini disebabkan ketiadaan tapak pernigaan ataupun disebabkan tapak perniagaan dikenakan pembayaran sewa yang tinggi. Disebabkan itu, perniaga ini terpaksa menjalankan aktiviti perniagaan di simpang jalan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku atas tindakan tersebut.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan di simpang jalan Kampung Gemeti telah menyebabkan penduduk Kampung Gemeti sukar untuk keluar simpang kerana terhalang oleh kenderaan pelanggan dan juga terhalang dengan kedai yang dibukanya. Perkara ini telah menyebabkan kemarahan penduduk di kawasan tersebut kerana menganggu kelancaran pengerakan kenderaan mereka. Selain itu juga, ia turut mampu mengundang kepada kemalangan jalan raya kerana ia menganggu penglihatan pemandu ketika di jalan raya. Oleh itu, kerajaan tidak menggalakan aktivti perniagaan dijalankan di simpang jalan kerana pertama ia akan menganggu pengguna jalan raya dan juga kedua mampu mengundang kepada kecelakan atau kemalangan jalan raya yang boleh menyebabkan kematian. Jika perkara ini berlaku, ia menyebabkan masalah kepada majlis daerah kerana membenarkan perniagaan tersebut dilakukan. Dengan itu, peniagaan yang dijalankan di simpang jalan telah menjadi suatu isu yang harus diambil serius oleh pihak kerajaan.

 


2.0  ISI KANDUNGAN

Isu sikap peniaga yang menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti, Bentong di perincikan dengan mengenal pasti punca menjalankan perniagaan di simpang jalan, kesan aktiviti perniagaan di simpang jalan, dan cara mengatasi aktiviti perniagaan di simpang jalan. Perincian ini dibuat berdasarkan kumpulan data yang diambil daripada tinjauan soal selidik yang dibuat menggunakan platform Google Form (https://docs.google.com/forms/d/16_z3wHZYZmiY2p_8Agv1f0cJNw7zK5zA9aFuf1PocfQ/prefill). Sebanyak 50 orang responden yang merupakan penduduk Kampung Gemeti telah dikumpulkan datanya. Pengumpulan data ini mengambil sebanyak 50 orang responden.

 

2.1   Punca Peniaga Menjalankan Perniagaan Di Simpang Jalan Kampung Gemeti, Bentong Pahang.

Rajah 1 Punca peniaga menjalankan perniagaan Di simpang jalan Kampung Gemeti, Bentong, Pahang.

 

Terdapat 4 punca peniaga yang menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti. Antaranya adalah kadar sewa tapak di pusat perniagaan yang terlalu mahal, mudah mendapatkan pelanggan, tapak perniagaan yang telah penuh dan kurang persaingan. Punca-punca ini telah disoal selidik kepada responden yang sebanyak 50 orang. Sebanyak 28 orang responden telah menyetujui bahawa mudah mendapatkan pelanggan merupakan punca peniaga ini menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti. Kedudukan perniagaan yang terletak di simpang jalan merupakan kawasan yang strategik untuk mendapatkan pelanggan oleh kerana terletak berdekatan dengan kawasan perumahan dan juga berdekatan dengan dua buah sekolah kebangsaan iaitu SMK Ketari dan SMK Sulaiman. Mempunyai persekitaran yang mudah mendapatkan pelanggan menyebabkan peniaga ini mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan tanpa memikirkan kesan kepada penduduk Kampung Gemeti. Ini memperlihatkan sikap peniaga yang tidak prihatin kerana memikirkan kepentingan diri sendiri dalam mendapatkan keuntungan yang lumayan dalam perniagaan tanpa memikirkan penduduk Kampung Gemeti.

Selain itu, kurang persaingan merupakan salah satu punca yang banyak disetujui oleh responden iaitu sebanyak 16 orang. Perniagaan yang dijalankan disimpang jalan Kampung Gemeti hanya mempunyai 3 buah kedai sahaja yang mana kedai pertama menjalankan perniagaan berasaskan makanan, kedai kedua menjalankan perniagaan berasaskan perucitan dan kedai terakhir menjalankan perniagaan berasaskan minuman. Ketiga-tiga perniagaan tersebut menjalankan perniagaan yang berlainan di antara satu sama lain. Dengan itu, ia menyebabkan peniaga ini berkeyakinan untuk menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti kerana tiada persaingan dari segi barangan atau produk yang dijual oleh kerana masing-masing menghasilkan keluaran yang berbeza. Walaupun begitu, perniagaan disimpang jalan tetap menjadi perniagaan yang tidak digalakkan. Perniaga-perniaga ini harus mencari lokasi yang sesuai dan selamat untuk dijalankan perniagaan walaupun dikawasan yang mempunyai persaingan yang tinggi. Dalam dunia perniagaan, persaingan itu tidak akan pernah lari dan disebabkan itu perniaga haruslah membuat suatu kelainan terhadap barangan atau produk keluarannya yang mampu menjadi tarikan kepada pelanggan. Dengan itu, masalah persaingan dapat dibendung walaupun berniaga dikawasan yang mempunyai persaingan.

 


 

2.2   Kesan Aktiviti Perniagaan Di Simpang Jalan Kampung Gemeti, Bentong Pahang.

Rajah 2 Kesan aktiviti perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti, Bentong Pahang.


Seterusnya adalah kesan aktiviti perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti di Bentong, Pahang. Sebanyak 4 kesan iaitu meningkatkan risiko kemalangan, menganggu penglihatan pengguna jalan raya, makanan tercemar dan meningkatkan galakan perniagaan di simpang jalan telah disoal kepada responden penduduk Kampung Gemeti. Kesan meningkatkan risiko kemalangan dan menganggu penglihatan penguna jalan raya merupakan kesan yang mempunyai jumlah setuju yang sama dan tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 22 orang responden. Secara kesimpulannya, kedua-dua kesan tersebut mempunyai perkaitan dimana perniagaan yang dijalankan di simpang jalan telah menganggu penglihatan pemandu dengan pembukaan kedai dan khemahnya serta terganggu dengan kenderaan pelanggan. Hal ini telah menyukarkan pemandu ketika hendak keluar dari persimpangan jalan dimana pemandu ini tidak dapat melihat dengan jelas arah laluan yang telah dihalang dengan aktiviti perniagaan di simpang jalan tersebut. Melalui situasi tersebut, ia mampu mengundang kepada risiko kemalangan jalan raya apabila pemandu yang hendak keluar dari persimpangan jalan tidak dapat melihat kenderaan yang datang ke arahnya. Perkara ini harus dipandang serius kerana mampu menyebabkan kehilangan nyawa kepada pemandu mahupun kepada peniaga yang berada di simpang jalan tersebut. Perniaga haruslah bersikap profesional dengan memandang luas akan perniagaan yang dijalankan agar kesan-kesan tersebut tidak akan timbul.

          Di samping itu, risiko makanan tercemar juga merupakan salah satu kesan yang mempunyai jumlah setuju yang tinggi iaitu dengan sebanyak 11 orang responden. Menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman di simpang jalan akan mudah terisiko dengan habuk dan debu dari tanah mahupun dari kenderaan yang lalu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan kualiti makan dan minuman terjejas atau mudah dikatakan kotor. Makanan dan minuman yang telah tercemar akan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan yang membelinya. Dengan itu, perniaga haruslah bersikap serius akan kesihatan pelanggannya dengan patuh terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

 


 

2.3   Candangan Untuk Atasi Peniaga Menjalankan Perniagaan Di Simpang Jalan Kampung Gemeti, Bentong Pahang.

Rajah 3 Candangan atasi peniaga menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti, Bentong Pahang.

 

Yang terakhir adalah candangan untuk atasi perniaga menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti, Bentong. Terdapat 4 cadangan yang disenarai pada soal selidik di Google Form tersebut. Antara candangan yang dikemukan dalam soal selidik adalah mengenakan tindakan undang-undang, memberikan amaran peringatan tegas, membuka peluang dengan menyediakan tapak perniagaan, dan menyediakan program pemantapan ilmu dalam bidang perniagaan. Berdasarkan kumpulan data yang telah diambil, cadangan mengenakan tindakan undang-undang merupakan cadangan yang paling tertinggi setuju iaitu sebanyak 19 orang. Penduduk Kampung Gemeti berpendapat dengan mengenakan tindakan undang-undang dapat menghalang aktiviti perniagaan di simpang jalan berlaku. Dengan adanya tindakan undang-undang ini, perniaga akan akur dengan apa yang telah termaktub di dalam perundagan dan jika masih dilakukan kesalahan tersebut, mereka boleh dikenakan kompaun atau saman. Dengan itu, pihak kerajaan harus meningkat penguatkuasaan undang-undang agar isu berniaga disimpang dapat ditangani.

Selepas itu, membuka peluang dengan menyediakan tapak perniagaan yang lebih luas merupakan cadangan kedua tertinggi dimana mendapat jumlah setuju sebanyak 16 orang responden. Secara umumnya, kebanyakkan perniaga mengambil keputusan dengan melakukan perniagaan di simpang jalan adalah disebabkan ketiadaan tapak perniagaan yang sesuai. Dengan itu, pihak kerajaan mahupun pihak swasta haruslah melakukan pelbagai strategi dalam membantu perniaga ini mempunyai tapak perniagaan mereka sendiri iaitu dengan menganjurkan pelbagai program yang membuka peluang perniagaan sekaligus memberikan tapak perniagaan yang lebih selamat dan strategik untuk sebarang aktiviti jual beli berlaku. Dapat dilihat bahawa peranan kerajaan amat penting dalam membantu perniaga-perniaga ini menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

 

3.0  PENUTUP

Kesimpulannya, para perniaga haruslah mengamalkan etika perniagaan yang baik serta mematuhi undang-undang berniaga yang telah ditetatpkan oleh kerajaan. Pematuhan ini dapat membina sikap dan aklhak perniaga yang baik kerana mereka mampu untuk membezakan mana yang salah dan mana yang betul. Begitu juga dengan perniaga yang menjalankan perniagaan di simpang jalan Kampung Gemeti iaitu mereka harus menurunkan sikap mementingkan diri sendiri dan mula menjaga kebajikan penduduk Kampung Gemeti. Jika perniagaan yang dijalankan telah menganggu keselesaan penduduk Kampung Gemeti, perniaga haruslah memikirkan jalan yang terbaik untuk perniagaan mereka walaupun terpaksa berpindah agar dapat menjaga perhubungan dua hala yang baik diantara perniaga dan penduduk di sekitar kawasan perniagaanya. Mempunyai sikap yang baik sudah pasti akan disukai oleh orang ramai dan dengan itu perniaga dikehendaki menanamkan sikap yang terpuji agar dapat menjamin kesejahteraan hidup sejagat.

 

RUJUKAN

Husin Ibrahim. (2020). Penjaja Perlu Patuh Arahan PBT. Diperoleh daripada https://fikrahpahang.com.my/penjaja-perlu-patuh-arahan-pbt/

Krishnaveni Tamil Selvan. (2010). Penilaian Perkhidmatan Dan Kemudahan Kerajaan Tempatan Untuk Peniaga Kecil Di Bandar Bentong, Pahang. (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/42976/1/Krishnaveni_AP_Tamil_Selvan24.pdf


Nama: Siti Zulaikha Binti Nazari

No. Matrik: Dxxxxxx91315

Kumpulan Kuliah: C

No comments:

Post a Comment