Monday, December 27, 2021

KEPENDUDUKAN KAMPUNG BHARU

 

KEPENDUDUKAN KAMPUNG BHARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan kependudukan Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Usia Bampung Baru lebih 110 tahun iaitu sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Sapar dan Raja Jumaat. Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang. Penduduk Kampung Baru menyambut ulang tahun ke-110 pada 12 Januari 2010. (MyWilayah, 2019). Kampung Baru merupakan kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota bermula pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman). Keluasan asalnya ialah 223 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B. Bagi menguruskan Kampung Baru, Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1) The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS. (Abdur-Razzaq Lubis, 2018).

 Sebelum saya mulakan perkongsian kali ini, untuk pengetahuan semua, kepadatan penduduk diukur dengan mengira jumlah purata penduduk. Langkahnya ialah dengan bahagikan jumlah penduduk dengan keluasan kawasan. Kepadatan penduduk biasanya ditunjukkan sebagai jumlah orang setiap kilometer persegi. Ditunjukkan dalam peta choropleth (shading) peta dan menggambarkan kepadatan penduduk. Jika dilihat pada peta, warna yang gelap menggambarkan kawasan kepadatan penduduk lebih tinggi. Dalam konteks kependudukan, kita akan mengetahui jumlah kelahiran (Fertiliti), jumlah kematian (mortaliti) dan kadar migrasi penduduk.


 







Peta 1: Peta dunia yang menggambarkan kepadatan penduduk.

Menurut temubual yang dilakukan Bersama En Mohd Khire bin Abdul (Penolong Pengarah Utama ,Pengurusan Tanah Perbadanan kampung Bharu) pada 26 November 2021, Kawasan pentadbiran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) merangkumi kawasan M.A.S dan kawasan luar M.A.S. Jumlah keseluruhan lot adalah sebanyak 1,353 dengan keluasan tanah 300.73 ekar (121.70 hektar). Bilangan pemilik tanah berdaftar yang direkodkan adalah seramai 6,971 orang.

Manakala kawasan luar M.A.S terdiri daripada 474 lot dengan keluasan 80.82 ekar (32.71 hektar). Pemilik tanah berdaftar yang direkodkan adalah 1,612 orang (23.12 peratus). Kawasan pentadbiran PKB disempadani oleh Jalan Raja Muda Abdul Aziz di bahagian utara, Jalan Tun Razak di bahagian timur, Jalan Tuanku Abdul Rahman di bahagian barat dan Jalan Sultan Ismail serta Lebuh Raya AKLEH di bahagian selatan. Kawasan M.A.S terdiri daripada 879 lot dengan keluasan 219.91 ekar (88.99 hektar). Pemilik tanah berdaftar yang direkodkan adalah 5,359 orang (76.88 peratus).

 


Peta 2: Tujuh kampung kecil yang berada di Kampung Baru 

Sumber: Kampong Bharu Malay Agriculture Settlement (MAS) villages and non-MAS sub-areas. Source: Malay Agricultural Settlement (M.A.S.) Board, 2017.

Data daripada DOSM menunjukkan jumlah penduduk Selangor seramai 63,807,000 pada 2017 dan meningkat kepada 64,724,000 pada 2018. Purata Kadar Pertumbuhan Populasi Tahunan Populasi Tahunan 2017/2018 sebanyak 1.44 peratus dan meningkat kepada 65,284,000 pada tahun 2019. Kadar pertumbuhan populasi tahunan 2018/2019 ialah 0.82 peratus.

Selain itu, saya juga akan kongsikan kepadatan penduduk tujuh Kampung kecil yang terdapat di Kampung Bharu. Daripada Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010 Laporan Penemuan Draf Pelan Tempatan Kg. Bharu, 2007. Jumlah Penduduk Kampung Bharu seramai 18, 372 ribu. Diperincikan lagi kepada setiap kampung iaitu Kg Periok & Kg. Hujung Pasir (1,252), Kg. Atas A (3,539), Kg. B (1,235), Kg. Masjid (2, 407), Kg. Pindah (986), Kg. Paya & Pasar Minggu (4,193), Raja Bot (1,800), Jalan Sg. Baru (1,057), Flat PKNS (1,903).

 

Bilangan Penduduk kampung Bharu Tahun 2010

Bil

Kampung

Bilangan Penduduk

Peratus (%)

 

1.

Kg. Periok & Kg. Hujung Pasir

1,252

6.81

2.

Kg. Atas A

3,539

19.26

3.

Kg. Atas B

1,235

6.72

4.

Kg. Masjid

2,407

13.1

5.

Kg. Pindah

986

5.37

6.

Kg. Paya & Pasar

4,193

22.82

7.

Raja Bot

1,800

9.8

8.

Jalan Sg. Baru

1,057

5.75

9.

Flat PKNS

1,903

10.36

 

Jumlah

18,372

100

 

Jadual 1: Bilangan Penduduk kampung Bharu Tahun 2010

Sumber: Jabatan Perangkaan Keluasan Kampong Bharu

Kampung Paya & Kampung Pasar telah mencatatkan jumlah penduduk tertinggi diantara 9 kawasan di Kampung Bharu. Pada 2010, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya.

 

Jumlah keluasan (Ekar) dan Bilangan Lot Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bil

Kampung

Keluasan (Ekar)

Bil. Lot

1.

Kg. Periok

47.8


899

2.

Kg. Hujung

31.3

164

3.

Kg. Atas A

26.4

114

4.

Kg. Atas B

30.6

126

5.

Kg. Masjid

45.5

139

6.

Kg. Pindah

14

102

7.

Kg. Paya

24.7

65

8.

Raja Bot

40.2

303

9.

Pasar Minggu

7

3

10.

Jalan Sg. Baru

11.3

120

11.

Flat PKNS

22.6

56

 

Jumlah

301.4

2,762

 

Jadual 2: Keluasan 12 kampung kecil di Kampung Baru

Rujukan: Berita Harian (2020). Tajuk diperoleh daripada jabatan Perangkaan Malaysia



 

Melihatkan jumlah penduduk semakin meningkat setiap tahun, pelbagai usaha pembangunan dilakukan di kampung Baru demi kesejahteraan warga kampung Baru. Kampung Baru sangat menarik dengan kepelbagaian juadah makanan. Antara gerai yang menarik perhatian umum ialah Gerai Nasi lemak Wanjo Kampung baru, Suraya Seafood, Nasi Lemak Antarabangsa, Ayam bakar Wong Solo,  Alfiyah Lontong Jawa Asli, dan banyak lagi.

Hasil Temubual Bersama Puan Norli Darmi yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Pembangunann Kampung Bharu, ada menyatakan bahawa berlaku banyak perbezaan kadar jumlah kematian yang disebabkan wabak Covid-19. Sejak awal 2019, kadar kematian terus meningkat sehingga mencecah puluhan dalam tempoh seminggu. Kini, keadaan semakin terkawal dan pesakit yang meninggal juga dapat dikawal dengan suntikan vaksin dan Langkah pencegahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Umumnya jumlah kadar kelahiran di Malaysia menunjukkan penurunan manakala kadar kematian pula meningkat bagi suku tahun kedua 2021. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua tahun 2021 menunjukkan jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 4.4 peratus. Sebanyak 111,573 kelahiran dilaporkan pada suku tahun kedua 2021, berbanding 116,688 kelahiran dalam tempoh suku kedua tahun 2021, dengan 55,881 kelahiran bayi perempuan manakala 55,692 bayi lelaki. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,389 kelahiran (18.3 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan sebanyak 390 kelahiran (0.3 peratus).

Jelaslah bahawa kependududukan di Kampung Baru berubah dalam tempoh lima tahun ini akibat pelbagai faktor seperti wabak Covid -19, pembangunan baru dan kadar migrasi keluar. Memandangkan Kampung Bharu merupakan kampung hak milik mutlak Melayu, maka Kampung tersebut juga menjadi daya pelancongan masyarakat. Semoga segala khazanah yang ada di Kampung Bharu dipelihara sebaiknya.

Hasil penulisan : Nur Aina Hanim bt Zahri (D20190189175) 

Rujukan:

Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz. (2017) Urban Revitalisation for a City's Soul: The Case of Kampong Bharu. Kajian Malaysia, Vol. 35, Supp. 1, 2017, 119 140.DOI:10.21315/km2017.35.Supp.1.7

William Baumgardner, Chenyuan Gu, Dandi Zhang, dan Spela Videcnik. (2017) Micro-Infrastructure      as Community Preservation: Kampung Baru. Kuala Lumpur, Kampung Baru, dirujuk                   School of Design https://www.asla.org/2017studentawards/332590.html

Program Pembangunan Kampong Bharu, Kuala Lumpur (2019) Dirujuk             https://www.mywilayah.com/2019/11/program-pembangunan-kampong-bharu-kuala.html

Norli Darmi. (2021, November 26). Profil Kependudukan Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Mohd Khire bin Abdul (2021, November 26). Penerangan berkenaan kawasan pentadbiran                 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

 

                                            

No comments:

Post a Comment