Saturday, December 25, 2021

HGM 3033 - GEOGRAFI PENDUDUK

KEMAJUAN INDUSTRI PELANCONGAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA TAHAP PENINGKATAN SOSIOEKONOMI DI DAERAH MERSING, JOHOR

PENGENALAN

Industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang semakin rancak berkembang di negara Malaysia dan juga salah satu sektor yang terpenting terhadap kadar pertumbuhan ekonomi negara. ASEAN merupakan wilayah yang pesat berkembang dalam sektor pelancongan pada masa kini dan dijangka mampu menguasai pasaran pelancongan dunia pada masa depan. ASEAN menerima ketibaan pelancong antarabangsa seramai 49.3 juta orang pada tahun 2005 mewakili 6.1% daripada jumlah ketibaan pelancong dunia (World Tourism Organization, 2008). Industri pelancongan juga adalah salah satu sektor yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Seiring dengan itu, permintaan guna tenaga khususnya dari subsektor tersebut turut meningkat. Ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan adalah salah satu daripada subsektor yang menyerap banyak guna tenaga berbanding subsektor perkhidmatan yang lain.

      Industri pelancongan merupakan subsektor yang terpenting dalam perkhidmatan. Sektor pelancongan juga telah menyumbang sebanyak 12.7% kepada KDNK negara mengatasi subsektor-subsektor lain dalam sektor perkhidmatan. Selain itu juga, sektor pelancongan adalah sektor yang berasaskan perkhidmatan. Oleh itu, sektor ini amat memerlukan sumbangan tenaga manusia bagi meningkatkan lagi produktiviti output keluaran dalam sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana, industry perkhimatan pelancongan kebiasaannya bercirikan buruh dan menyebabkan pertambahan tenaga manusia yang lebih ramai.

            Daerah Mersing merupakan sebuah daerah di timur laut negeri Johor, terletak di persisir laut negeri Johor, terletak di persisiran Laut Cina Selatan dengan daerah Kluang dan Segamat di baratnya, Kota Tinggi di selatannya dan Pahang di utaranya. Faktor ekonomi di daerah ini dijanakan oleh sektor-sektor yang berasaskan sektor primer iaitu pertanian dan perikanan namun kini daerah Mersing mula membangunkan sektor tertier seperti industri berasaskan pelancongan sebagai teras ekonomi baru. Selain itu, Daerah Mersing juga merupakan daerah ke-3 terbesar dari segi keluasan tanah di Johor iaitu seluas 700,805 ekar atau 283,608 hektar. Jarak Johor Bharu ke Mersing memakan masa selama kira-kira 128km iaitu hamper 2 jam perjalanan jika menaiki kereta.


Peta 1 : Peta Kedudukan Daerah Mersing, Johor 

INDUSTRI PELANCONGAN DI MERSING, JOHOR

Daerah Mersing merupakan sebuah daerah yang menjalankan kegiatan industri pelancongan yang utama dan berpotensi memacu ekonomi di daerah tersebut. Daerah Mersing juga salah satu daerah yang terkenal dalam sektor pelancongan kerana Mersing merupakan lokasi persinggahan untuk pelancong yang ingin menaiki feri ke pulau-pulau yang berhampiran seperti pulau tioman, pulau Rawa, Pulau Aur dan Pulau Besar dan lain-lain. Daerah Mersing mula berkembang dalam industri pelancongan apabila bandar kecil tersebut sudah mempunyai beberapa pembangunan yang dilihat berpotensi meningkatkan lagi sektor tertier ini sekaligus menjadikan daerah Mersing sebagai sebuah kawasan pelancongan. 

Pelancongan Budaya

Pelancongan budaya boleh didefinisikan sebagai penglibatan dalam sebarang aktiviti atau pengalaman yang hamper tidak terbatas. Pelancongan kebudayaan yang ditunjukkan oleh daerah Mersing telah menarik pelancong dari dalam dan luar negara melalui kepelbagaian nilai budaya dan warisan. Di Mersing, terdapat sebuah muzium yang mampu menunjukkan seni budaya serta khazanah lama daerah tersebut kepada pelancong. Dengan adanya muzium Mersing, pelancong akan mengetahui sesuatuatu yang baru, meneroka kepelbagaian budaya keaslian yang terdapat di daerah tersebut. 

Rajah 1 : Muzium Daerah Mersing

Eko Pelancongan

Daerah Mersing juga mempunyai ekopelancongan di mana  kawasan tersebut giat menjalankan aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai alam semula jadi. Daerah Mersing juga kaya dengan pulau-pulau yang menarik minat pelancong untuk berkunjung ke daerah ini. Pulau-pulau di Mersing, Johor sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke luar negara. Ianya merupakan lokasi yang strategik bagi para penyelam skuba dari seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, kawasan sekitar pulau di Mersing mempunyai pemandangan dasar laut yang sangat menarik. Keadaan air laut yang sangat jernih membolehkan para pelancong yang datang menikmati keindahan karang yang cantik dan pelbagai sepsis hidupan akuatik yang unik dan mengagumkan. Antara kawasan pulau yang terdapat di Mersing yang aktif dalam kegiatan eko pelancongan ialah Pulau Rawa. Pulau Rawa diberi nama sempena dengan nama melayu tempatan bagi burung merpati putih yang menetap di kepulauan ini disebabkan orientasi utara-selatan pulai ini yang unik, pasir pantainya yang putih dan kedudukannya yang agak terlindung daripada peraiaran yang terbuka. Pulau Rawa mempunyai liputan terumbu karang yang dapat dilihat dengan jelas kerana kedalaman airnya sangat cetek. Pulau Rawa juga merupakan sebuah destinasi yang ideal untuk kegiatan menyelam untuk mereka yang baru bermula dan untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti sukan air bagi orang dewasa dan kanak-kanak. 

Rajah 2 : Pulau Rawa 

Selain itu, terdapat sebuah pualu di Mersing yang dinamakan Pulau Mawar. Pulau Mawar terletak di Mukim Penyabong, Daerah Mersing. Pulau tersebut merupakan satu pulau yang digelar “Heaven Gate” disebabkan terdapat gerbang besar sebelum memasuki kawasan Pulau Mawar tersebut. Pulau Mawar seringkali dijadikan sebagai kawasan untuk para pelancong melakukan aktiviti seperti mendaki gunung serta bersantai melihat pemandangan yang cantik dan ianya juga sesuai untuk bergambar. Pulau Mawar ini merupakan kawasan istimewa, kerana ianya tempat kepulauan baki mempamerkan keindahan landskapnya, kepelbagaian biologi marin dan daratannya menunjukkan  keunikan budaya komuniti nelayan dan tradisi pribumi sedang diamalkan. Mersing Geopark merangkumi seluruh Daerah Mersing meliputi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas hampir 6,400 km

Rajah 3 : Pulau Mawar, Penyabong Mersing 

Di samping itu, daerah Mersing juga mempunyai kawasan yang unik dipanggil Bukit Selantai. Bukit Selantai merupakan sebuah destinasi unik yang terletak di Air Papan, Mersing Johor. Bukit Selantai sangat digemari oleh pelancong yang suka akan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, bermain motor “Cross” dan beriadah. 


Rajah 4 : Bukit Selantai, Air Papan Mersing 

                Agro Pelancongan 

Selain daripada giat menjalankan aktiviti eko pelancongan, daerah Mersing juga aktif dalam memajukan sektor agro pelancongan. Agro pelancongan atau lebih dikenali dengan pelancongan tani ialah gaya atau aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan. Mersing dikatakan aktif dalam menjalankan kegiatan agro pelancongan kerana terdapat beberapa ladang atau kawasan yang dibina bertujuan menarik minat para pelancong iaitu seperti “Mersing Be Farm” yang terletak sekitar Jemaluang dan “Agro Pelancongan KOPRIS” yang terletak di kampung pengkalan batu.

Rajah 5 : Agro Pelancongan KOPRIS, Mersing

Rajah 6 : Kawasan Penternakan Agro Pelancongan KOPRIS

Rajah 7 : Bee Farm, Mersing 

IMPLIKASINYA KEPADA TAHAP PENINGKATAN SOSIOEKONOMI DI DAERAH MERSING, JOHOR

Industri pelancongan yang berkembang di Daerah Mersing banyak mendatangkan kesan kepada sosioekonomi penduduk di daerah tersebut. Impak yang boleh dilihat berdasarkan kemajuan industri pelancongan di Daerah Mersing inibukan sahaja dapat dilihat dari aspek sosioekonomi semata-mata bahkan turut melibatkan aspeksosial, budaya dan alam sekitar masyarakat tempatan

Menarik Minat Ramai Pelancong Dari Dalam Dan Luar Negara

Mersing mempunyai kawasan pelancongan yang unik yang dapat menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini demikian kerana, Daerah Mersing mempunyai darjah ketersampaian yang mudah walaupun daerah ini terletak agak terpencil daripada daerah-daerah yang lain. Para pelancong boleh menggunakan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan bas yang dapat diakses dari Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) dan juga bas-bas lain daripada pelbagai tempat dapat sampai ke kawasan Mersing. Kawasan Mersing boleh diakses melalui lebuh raya utara-selatan dan juga melalui jalan persisir di pantai timur. Menurut Jamaluddin 2009, Dalam setiap kajian impak alam sekitar dan pembangunan pelancongan perlu mengambilkira peranan penting daya tampungan yang akan menyebabkan hubungan antara kedatangan pelancongan dan persekitaran fizikal

Peta 2 : Jalan Raya Dari Terminal Bas Bersepadu Selatan ke Mersing Mengikut Lebuh Raya Utara-Selatan

Peta 3 : Jalan Raya Dari Terminal Bas Bersepadu ke Mersing Melalui Jalan Pesisir Pantai Timur 

Peningkatan Ekonomi Setempat

Industri pelancongan dapat memberi impak ketara terhadap pembangunan kualiti hidup penduduk di Daerah Mersing, Johor. Antaranya ialah dari aspek ekonomi. Kualiti ekonomi yang memberangsangkan akan memberikan peluang kepada setiap individu dalam meningkatkan kemampanan hidup masing-masing yang lebih selesa. Sebagai contoh ialah penduduk akan mendapat pekerjaan dan status kehidupan yang lebih baik dan sebagainya. Pendapatan yang kukuh membolehkan individu menampung kos perbelanjaan diri sendiri dan keluarga. Selain itu, komponen pekerjaan dan status kehidupan ini secara tidak langsung akan memberi ganjaran kepada penduduk untuk memiliki keperluan asa seperti kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya. Menurut B.Seetanah,2010 menyatakan pelancongan menyebabkan pertumbuhanan ekonomi dan mewujudkan sebab musabab diperingkat output yang menjadikan penentu kepada pelancongan dan membuktikan tahap pembangunan dapat menarik pelancong serta pembanguanan pelancongan dan ekonomi. 


Rajah 8 : Bandar Mersing, Johor 

Memberi Peluang Pekerjaan Kepada Penduduk Di Daerah Mersing Johor

Industri pelancongan di Daerah Mersing juga memabantu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan setempat. Hal ini demikian kerana, pelancongan dapat mewujudkan pelbagai sektor seperti penginapan, sektor makanan dan perkhimatan. Melaui sektor-sektor tersebut akan mewuudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu, penduduk di Daerah Mersing juga berpeluang untuk membuka industri kecil dan sederhana seperti premis-premis menjual makanan dan cenderamata. Oleh itu, mereka juga dapat menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup mereka. 

Rajah 9 : Perusahaan Keropok Noorlita, Mersing

KESIMPULAN

Kesimpulannya sektor pelancongan amat penting untuk dimajukan di sesebuah kawasan kerana banyak memberi impak positif kepada penduduk serta ekonomi kawasan tersebut. Industri yang berkembang di sesuatu kawasan bukan sahaja memberi impak dari segi sosialisasi masyarakat bahkan memberi peluang kepada sesebuah kawasan memacu ke arah yang berpotensi mencapai matlamat dan wawasan sesebuah bandar.

RUJUKAN 

B. Seetanah (2010). Assesing The Dynamic Economic Impact of Tourism For Island Economies. Analysis of Tourism Management. Vol. 38. Pp 291 – 381.

Jamaluddin Md. Jahi (2009). Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Mangement 10 (2) , pp 71 – 88.

World Tourism Organization. (2008). Fact & Figures : UNWTO Tourism Highlights 2007 Edition. Dicapai pada Mac 20, 2008 daripada http//:www.unwto.org

PENULIS : ANIS SOFIA BINTI ROSDI

NO MATRIK : D091317

KUMPULAN KULIAH : C 


No comments:

Post a Comment