Thursday, December 23, 2021

ISU DAN MASALAH: PEMBINAAN ECRL DI SEKITAR TAMAN JAYA DIRI, CHENOR, MARAN

1.0  Pengenalan

 

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan sebagai sebuah negara. Dewasa ini, pembangunan di Malaysia semakin rancak dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Memandangkan seluruh dunia percaya bahawa kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kemajuan pembangunan yang terbina dan salah satunya adalah pembangunan infrastruktur. Sememangnya, kemajuan infrastruktur seringkali menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah negara dan Malaysia tidak terkecuali. Pihak kerajaan terutamanya berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat negara kita. Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan melalui pelbagai dasar yang diperkenalkan seperti Rancangan Malaysia, Dasar Pembangunan Nasional hinggalah dasar Wawasan Negara.

 

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2017), infrastruktur adalah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, kesihatan, Pendidikan dan sebagainya. Menurut Kinda (2010), infrastruktur fizikal yang baik dapat menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FBI). Malah Hasanah dan Sanep (2010), turut menyokong kenyataan Kinda (2010) dan mengatakan bahawa pelaburan langsung asing (FBI) merupakan faktor utama ang menyumbang kepada perubahan ekonomi Malaysia.

 

Salah satu infrastruktur penting yang penting kepada Malaysia adalah pengangkutan darat. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan pengangkutan darat secara tidak langsung akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Pengangkutan darat merupakan nadi utama bagi aktiviti utama di negara kita memandangkan ia mencakupi 90% pengangkutan penumpang dan barangan berbanding pengangkutan udara dan air (Syarif Omar, 2013). Berdasarkan tugasan ini, saya memfokuskan kepada salah satu kemudahan infrastruktur pengangkutan darat iaitu kereta api East Coast Rail Link (ECRL) kerana ia bersangkut paut dengan masalah dan isu yang dialami di kawasan saya iaitu Taman Jaya Diri, Maran. Projek ECrl ini adalah projek rangkaian kereta api sepanjang 665 km yang menghubungkan bahagian berlainan wilayah misalnya wilayah Pantai Timur dan wilayah Pantai Barat di Malaysia. Selain itu, projek ECRL ini juga merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China. Pada 15 Mac 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjalankan latihan pemasaran bagi mengukuhkan minat pasaran serta mendapatkan pandangan dan idea.

 

Sumber: The Star (2021)

Rajah 1: Laluan Projek ECRL

 

Sungguhnya, projek ECRL ini mendatangkan pelbagai manfaat misalnya dapat mengurangkan gas rumah hijau. Kereta api yang dikuasakan dengan elektrik tersebut tidak mempunyai pelepasan ketika pengoperasian sekali gus mengurangkan pencemaran di sepanjang jajaran. Dengan adanya ECRL ini, ia dapat mengurangkan kesan rumah hijau di Malaysia hasil daripada pengurangan trafik pengangkutan kenderaan persendirian Hal ini kerana, sudah semestinya rakyat Malaysia akan memilih untuk menggunakan ECRL kerana ia sangat efisien dan jimat. Malah Ketua Eksekutif Malay Rail Link, Datuk Seri Darwis Abdul Razak turut mengatakan bahawa projek mega ECRL ini dapat bertahan sehingga 100 tahun dan manfaatnya akan terus dapat dinikmati melebihi tempoh itu (Berita Harian, 2018)

 

Namun begitu, tidak dinafikan sememangnya kemajuan infrastruktur itu membawa kesan yang baik di samping itu terselit juga kesan buruk. Misalnya melalui pembinaan ECRL berlaku permasalahan dan isu di kawasan petempatan saya, Taman Jaya Diri, Chenor, Maran.

 

2.0  Isu Dan Masalah

 

Rentetan daripada pra-pembinaan dan fasa pembinaan projek ECRL berdekatan Taman Jaya Diri, pelbagai isu dan masalah telah timbul. Untuk bahagian ini, rujukan utama saya adalah berdasarkan potensi impak ketara dalam Laporan Eksekutif Projek ECRL. Jadi dengan adanya laporan tersebut, saya dapat menghubungkaitkannya dengan situasi yang berlaku di kawasan saya. Antara isu dan masalahnya ialah:

 

1.1          Isu Penempatan Semula

Sememangnya isu yang dinyatakan telah menimbulkan masalah bagi penduduk Taman Jaya Diri lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal hampir dengan jajaran kereta api. Dalam Laporan Eksekutif Projek ECRL turut menyatakan bahawa pengambilan tanah dan hartanah merupakan salah satu impak utama semasa pra pembinaan projek ECRL tersebut dan sebanyak 5852 lot mungkin terjejas termasuklah beberapa buah rumah di Taman Jaya Diri ini. Hal ini tidak dinafikan apabila beberapa rumah di Taman Jaya Diri yang berada pada jajaran projek ECRL telah diroboh dan dimusnahkan. Sememangnya pihak kerajaan telah memberi pampasan kepada penduduk yang terjejas namun mereka menghadapi masalah seperti gangguan kehidupan kerana mereka terpaksa memulakan kehidupan baru di tempat baru. Malah penempatan semula tersebut mengambil masa untuk disiapkan. Selain itu juga mereka akan kehilangan perpaduan sosial yang sebelum ini telah dibina bersama penduduk di Taman jaya Diri. Mereka tersebut terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri di kawasan baru.

Rajah 2: Perobohan Rumah

1.2          Isu Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim atau bahan biologi yang menyebabkan darurat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain atau merosakkan alam sekitar. Malah, faktor pencemaran udara boleh berlaku adalah daripada faktor semula jadi. Semasa fasa pembinaan ECRL dijalankan, sememangnya jelas berlaku pencemaran udara di Taman Jaya Diri. Hal ini dapat dibuktikan ketika pembersihan tapak serta aktiviti pengangkutan tanah dijalankan. Malah, lori yang digunakan menggunakan jalan utama ang digunakan oleh penduduk sehingga menyebabkan debu beerterbangan di udara terutamanya pada waku panas dan kering. Untuk dijadikan isu dalam penduduk Taman Jaya Diri adalah mereka terpaksa menghirup udara yang mengandungi debu. Jadi, secara tidak langsung ia telah menggangu kesihatan warga setempat misalnya mereka yang sudah mempunyai sejarah penyakit berkaitan pernafasan, orang tua, kanak-kanak dan bayi. Malah, Berita harian (2021) turut mengatakan bahawa kesan pencemaran udara ini akan melambatkan tindak balas manusia dan menyebabkan seseorang itu mengantuk dan menghadapi masalah sistem pernafasan.

Rajah 3: Jalan dipenuhi dengan lumpur dan berdebu

 

1.3          Isu Pencemaran Bunyi

Di samping itu, isu pencemaran bunyi turut diperkatakan oleh penduduk Taman Jaya Diri.Pencemaran bunyi ialah penghasilan bunyi yang kuat dan bising daripada mesin yang menggangu aktiviti dan keseimbangan kehidupan lain. Semasa fasa pembinaan projek ECRL, kerja-kerja menaman cerucuk giat dijalankan bagi pembinaan tiang (pier). Sememangnya bunyi hentakan dan getaran dapat didengari kira-kira satu kilometer jauhnya apaah kami yang tinggal hanya 10 meter jarak daripada tapak projek. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila seorang warga emas ang berumur 61 tahun dilaporkan terpaksa dirawat di Hospital Sultan haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh kerana mengalami tekanan perasaan kesan daripaya bunyi hentakan cerucuk (Berita Kesihatan Nasional, 2021). Banyak aduan telah dibuat kepada pihak tertentu mengenai hal ini namun tiada tindakan yang diambil sehingga ada penduduk yang menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan ganti rugi dan faedah daripada pencemaran bunyi melampau yang menggangu emosi penduduk.

Rajah 4: Proses Penanaman Cerucuk

Akhir sekali, terdapat juga isu dan masalah yang tidak ketara dilihat di sekitar Taman Jaya Diri. Antaranya ialah isu pencemaran tapak binaan. Hal ini dilihat berlaku akibat limpahan lumpur dan grouting semasa penanaman cerucuk dijalankan pada waktu tertentu sahaja seperti hujan. Menurut Norhayatie Yusuf (2014), bagi pelupusan grouting ia memerlukan tempat pelupusan ang betul bagi mengelakkan berlaku pencemaran pada alam sekitar. Di samping itu juga, melalui pembinaan projek ECRL ini juga telah menjejaskan habitat hidupan liar seperti monyet. Hal ini kerana, berlaku penebangan pokok bagi kawasan tapak pembinaan. Oleh itu, ia menimbulkan masalah dan isu terhadap penduduk Taman Jaya Diri apabila hidupan liar seperti monyet itu akan berkeliaran di sekitar kawasan kami dan menggugat keselamatan serta kebersihan jika berlaku serakan sampah ang dilakukan.

  

3.0  Langkah-Langkah yang Perlu Diambil Untuk Menyelesaikan Masalah dan Isu Yang Timbul di Taman Jaya Diri, Chenor, Maran.

 

3.1  Pengekalan Komunikasi Dengan Penduduk Setempat

Seharusnya, komunikasi antara pihak yang bertanggungjawab dalam projek ECRL dengan penduduk setempat  berlalu secara efektif. Antara caranya adalah melalui talian hotline atau wakil JKK. Ia bertujuan untuk memberi kesenangan kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan kepada penggerak projek berkenaan masalah dan isu yang dihadapi. Selain itu juga, pihak yang bertanggungjawab seperti Juruukur Bangunan Profesional perlu membuat tinjauan dilapitation. Tujuan utama tinjauan ini dilakukan adalah untuk memeriksa struktur sedia ada bangunan dan struktur sekeliling sebelum memulakan proses perobohan rumah, pembinaan atau pembangunan. Malah dengan adanya car aini, ia dapat membantu pemilik projek, kontraktor dan pemaju sekiranya berlaku tuntutan kerosakan.

3.2  Penggunaan Metod Penanaman Cerucuk Yang Efisen

Ekoran daripada aduan yang dibuat oleh penduduk sekitar Taman Jaya Diri berkenaan pencemaran bunyi, seharusnya pihak penggerak projek ECRL mengambil tindakan segera. Contohnya, dengan menggunakan metod cerucuk yang rendah bunyi dan getaran seperti bored piling supaya tidak mendatangkan bunyi yang melampau semasa proses penanaman cerucuk dijalankan. Selain iu, mereka harus menggunakan penghadang bunyi (hoarding) tinggi supaya bunyi getaran dan bising dapat dimaksimalkan. Dengan adanya tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab tersebut, sedikit sebanyak boleh mengurangkan tahap pencemaran bunyi di Taman Jaya Diri.

Rajah 5: Metod Penanaman Cerucuk Menggunakan Bored Piling

 

3.3  Pembasahan Jalan Masuk (Wash Bowser)

Seperti yang sedia maklum bahawa semasa fasa pembinaan dijalankan, banyak lori telah keluar masuk ke tapak pembinaan menggunakan jalan raya utama di Taman Jaya Diri. Hal ini menyebabkan debu berterbangan dan jalan menjadi kotor. Oleh itu, Ketua Projek ECRL ini perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah pembasahan Jalan Masuk (Wash Bowser). Kerja-kerja pembasuhan ini wajar dilakukan supaya penduduk Taman Jaya Diri dapat menghirup udara yang baik serta mengurangkan pencemaran udara.

Rajah 6: Water Bowser

 

4.0 Kesimpulan

            Sudah terang lagi bersuluh, bahawa pembangunan infrastruktur amatlah penting dalam kemajuan sesebuah negara. Misalnya pembangunan infrastruktur pengangkutan darat seperti ECRL. Namun begitu, dalam mengejar kemajuan tersebut, seharusnya pihak berkenaan menitikberatkan soal kesan dan langkah yang perlu diatasi jika berlaku sebarang masalah dan isu. Seharusnya, mereka bersiap sedia menghadapi masalah yang bakal timbul seperti pencemaran dan bukan hanya memandang keuntungan semata-mata. 

 

Rujukan

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=infrastruktur

Hasnah M. Ali dan Sanep Ahmad. (2010). Foreign direct investment, economic growth and regional disparities: The malaysian experience. International Journal of Interdisciplinary Social Sciences. Vol. 5, Isu 8, 405-416.

Tidiane Kinda. (2010). Increasing private capital flows to developing countries: The role of physical and financial infrastructure in 58 countries, 1970-2003. Applied Econometrics and International Development. Vol.10, Isu 2, 57-72.

Berita Harian (2018). BH, New Straits Times Press (M) Bhd. Manfaat ECRL Lebih 100 Tahun. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/04/06/wee-ecrl-30-has-lower-cost-and-better-yield

The Star (2021). Star Media Group Berhad. Wee: ECRL 3.0 has lower cost and better yield. Retrieved from https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/04/418870/manfaat-ecrl-lebih-100-tahun

Norhayatie bini Yusof. (2014). Implikasi Dan Kos Bagi Penggunaan Cerucuk Mikro Dalam Projek Pembinaan Di Malaysia (Disertasi Tesis Sarjana). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Retrieved from https://bic.utm.my/files/2018/05/sbec-NOORHAYATIE-YUSOF.pdf

SAHIH. (2021). Berita Kesihatan Nasional. Bunyi Hentakan Cerucuk ECRL Ganggu Penduduk?. Retrieved from https://sahih.com.my/bunyi-hentak-cerucuk-ecrl-ganggu-penduduk/

Google (2021), Google Search- Dicapai pada 23 Disember 2021. Retrieved from https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-content/uploads/2021/05/Ringkasan-Executive.pdf

Google (2021), Google Search- Dicapai pada 23 Disember 2021. Retrieved from https://govdocs.sinarproject.org/documents/ministry-of-natural-resources-and-environment/eia-reports/east-coast-rail-link-phase-2-project

Google (2021), Google Search- Dicapai pada 23 Disember 2021. Retrieved from https://www.google.com/search?q=wash+trough+construction+meaning&rlz=1C1GCEB_enMY958MY958&ei=MyTEYYmRCfuVseMPiOGT0AY&oq=wash+trough+construction+m&gs_lcp=Cgdnd3Mtd2l6EAEYADIFCAAQgAQyBggAEBYQHjIGCAAQFhAeOgcIABBHELADOgcIABCwAxBDSgQIQRgASgQIRhgAULcFWIUPYM0caAFwAHgAgAGDAYgB9AGSAQMwLjKYAQCgAQHIAQrAAQE&sclient=gws-wiz

Google (2021), Google Search- Dicapai pada 23 Disember 2021. Retrieved from https://www.google.com/search?q=bored+pilling%27&rlz=1C1GCEB_enMY958MY958&oq=bored+pilling%27&aqs=chrome..69i57j0i10l9.8184j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8

Google (2021), Google Search- Dicapai pada 23 Disember 2021. Retrieved from http://www.p-consurvey.com/Dilapidation-surveys.htm


NAMA PENULIS: NUR FAIZA BINTI AHMAD KENALI

NO MATRIK: D20191089196

KUMPULAN KULIAH: B

No comments:

Post a Comment