Thursday, December 23, 2021

GEOGRAFI PENDUDUK: FAKTOR DAN KESAN BANJIR DI KAMPUNG BUKIT ABAL, PASIR PUTEH, KELANTAN

 

 

Sent from Mail for Windows

 

GEOGRAFI PENDUDUK: Faktor dan Kesan Banjir di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan

Dalam meniti arus globalisasi ini, kesemua negara saling bersaing bagi meningkatkan status negara mereka kepada negara maju termasuklah negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, kecanggihan teknologi di negara kita semakin hari semakin berkembang pesat. Namun, semua pihak hanya memfokuskan kemajuan dan pemodenan dalam teknologi sahaja tanpa menghiraukan bencana-bencana alam yang timbul sebagai contohnya bencana banjir. Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau menggenangi sesuatu Kawasan. Banjir kebiasaannya boleh berlaku di Kawasan yang rendah Ketika kadar air yang dibekalkan oleh hujan lebih tinggi daripada kadar pengeringan. Oleh itu, air akan bertakung di Kawasan yang lebih rendah dan kadang-kadang boleh mencecah kepada paras yang berbahaya. Kadar pengeringan air menjadi lrendah kerana permukaan tanah menjadi tepu dengan air dan akan mengentikan penyusupan air.

            Negara Malaysia sering dilanda banjir terutamanya apabila menjelang musim hujan ataupun musim tengkujuh. Kebisaannya negeri yang mengalami musim tengkujuh adalah negeri semenanjung sebelah pantai timur. Hujan yang lebat kerap berlaku pada musim tersebut seterusnya akan mengakibatkan banjir di negeri-negeri sebelah pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh terletak di negeri serambi mekah iaitu di negeri Kelantan. Jadi tidak hairanlah Kampung Bukit Abal sentiasa di tenggelami air apabila tiba musim tengkujuh. Namun, hal ini di dirancakkan lagi dengan beberapa faktor yang menyebabkan Kawasan di kampung ini mudah di naiki air.

 

 

     

Gambar 1 dan 2 menunjukkan Peta Kampung Bukit Abal

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan banjir mudah berlaku apabila tiba musim tengkujuh di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Faktor yang pertama ialah pembuangan sampah kedalam sungai ataupun saliran air. Apabila segelintir masyarakat yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar, mereka tidak akan rasa bersalah dengan perbuatan mereka yang mencemarkan ataupun memusnahkan keindahan alam sekitar. Sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah kedalam sungai telah menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Sebagai kita sedia maklum, hal ini juga akan memberi kesan kepada hidupan akuatik. Kampung Bukit Abal mempunyai banyak sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat, jadi sumber air yang dibekalkan kepada tanaman adalah tidak bersih dan tidak berkualiti. Jadi hal ini akan memberi kesan kepada hasil tanaman. Selain itu, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan plastik sampah dan bahan terbuang yang terapung di permukaan air. Bukan itu sahaja, kesan pembuangan sampah sarap kedalam sungai ataupun saliran air telah menyebabkan saliran air akan tersumbat. Jadi, apabila hujan turun dengan lebat, maka kejadian banjir akan mudah melanda di Kawasan kampung tersebut walaupun musim tengkujuh belum tiba. Oleh hal yang demikian, hal ini akan menyusahkan banyak pihak dalam menangani isu tersebut. Sebagai seorang masyarakat yag bertanggungjawab, kita haruslah berganding bahu bagi membendung masalah ini daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang.

        

Gambar 3 dan 4 menunjukkan pembuangan sampah sarap kedalam saliran air di Kampung Bukit Abal

 

Faktor berlakunya banjir di Kampung Bukit Abal yang kedua ialah kesan guna tanah oleh penduduk setempat. Guna tanah adalah penggunaan tanah bagi menjalankan suatu fungsi sosial, fizikal atau ekonomi sesuatu kawasan. Sememangnya, hal ini memberikan pelbagai faedah dan manfaat kepada perkembangan ekonomi di sesuatu kawasan, akan tetapi kegagalan melihat faktor alam sekitar dalam pembangunan sudah pasti mengundang bencana besar di kemudian hari. Di Kampung Bukit Abal, guna tanah berlaku secara besar-besaran bagi tujuan membina perumahan. Oleh hal yang demikian, banyak sawah padi yang ditambun dengan tanah bagi tujuan pembinaan tersebut. Jadi, saliran air dan sengai yang sedia ada tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak apabila tiba musim tengkujuh. Selain itu, ada juga segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab mengusahakan tanaman pertanian mereka tetapi tidak menghiraukan tentang keadaan sekeliling. Sebagai contohnya, semasa jentera pembajak sawah masuk ke sawah padi, mereka telah memusnahkan tebing longkang dan saliran air di kampung ini. Jadi, hal ini akan menyebabkan laluan air tersekat. Apabila hujan turun dengan lebat, air akan bertakung di kawasan tersebut dan seterusnya akan menyebabkan air melimpah. Jadi hal ini juga akan menyebabkan banjir mudah berlaku. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa guna tanah juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir berlaku.

        

Gambar 5 dan 6 menunjukkan guna tanah oleh penduduk setempat bagi tujuan pembinaan rumah

 

Faktor ketiga berlakunya banjir di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan ialah akibat daripada kemusnahan hutan akibat daripada kegiatan manusia seperti pembalakan haram. Di kampung ini terdapat hutan bukit dan kebanyakan penduduk setempat mengusahakan tanah tersebut untuk bercucuk tanam seperti durian musang king dan sebagainya. Jadi sebelum proses penanaman di jalankan, tanah untuk penanaman mestilah dibersihkan dan banyak pokok-pokok balak yang harus ditebang. Hal ini akan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan kedalam sungai. Oleh itu, secara tidak langsung sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan turun dengan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu melimpah ke kawasan sekitar. Jadi, hal ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian banjir mudah berlaku di sekitar kawasan Kampung Bukit Abal. Isu ini haruslah dibendung dengan segera kerana bukan sahaja akan mendatangkan bencana alam  sahaja, tetapi ia juga akan menyebabkan kemusnahan habitat flora dan fauna, peningkatan suhu dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa kemusnahan hutan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian banjir mudah berlaku di Kampung Bukit Abal.

Gambar 7 menunjukkan aktiviti penebangan pokok bagi tujuan pertanian

Di samping itu, tardapat pelbagai kesan daripada bencana alam banjir ini kepada alam sekitar, kemudahan awam dan juga harta benda masyarakat setempat. Kesan banjir yang pertama adalah menimbulkan banyak kerugian dalam bidang pertanian. Sebagai kita sedia maklum, negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang giat menjalankan aktiviti pertanian padi sawah. Jadi, tidak hairanlah ramai penduduk di negeri ini mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman padi sawah dan menjadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Oleh hal yang demikian, apabila tiba musim tengkujuh, kebiasaannya sawah-sawah padi di Kampung Bukit Abal ini sering ditenggelami air. Jadi, hal ini akan merosakkan tanaman padi sawah oleh penduduk setempat. Seterusnya, ada juga segelintir penduduk di kampung ini mengusahakan tanaman lain seperti tembikai, cilia pi dan ad juga ynag mengusahakan kebun getah. Jadi, air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian akan menyebabkan tanaman mati. Kemusnahan tanaman ini akan merugikan para petani dan seterusnya akan menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Jelaslah bahawa bencana alam seperti banjir ini akan merugikan dan merosakkan hasil pertanian penduduk setempat.

            Seterusnya, antara kesan banjir yang berlaku di Kampung Bukit Abal juga adalah kemusnahan harta benda penduduk dan alam sekitar. Apabila musim tengkujuh tiba, kebanyakan penduduk mula risau dengan harta benda mereka seperti rumah, kereta dan juga peralatan rumah. Apabila kampung ini dilanda banjir, ia akan menenggelamkan hamper separuh daripada ketinggian rumah mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak diselenggara dan tiada pihak yang bertanggungjawab dengan perparitan di kampung itu. Jadi hal ini akan mempercepatkan lagi kejadian banjir berlaku. Selain itu juga, kemusnahan alam dan oersekitaran juga berlaku akibat daripada banjir. Sebagai contohnya, hakisan tebing sungai berlaku sehingga membimbangkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar bahkan juga kepada nyawa penduduk.

 

Gambar 8 merupakan keratan akhbar berkenaan dengan kesan banjir di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan

            Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan senang dinaiki air. Antara faktornya adalah dating dari perbuatan manusia sendiri. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dan berganding bahu  dalam mengatasi perkara sebegini. Hal ini kerana, kesan yang akan diterima oleh penduduk dan masyarakat setempat juga amatlah berat. Jadi, masyarakat perlulah sedar dan selalu prihatin dengan ekosistem persekitaran kita supaya sentiasa dalam keadaan baik dan terurus.

 

 

 

 

Rujukan

  1. Kamus Dewan Edisi Keempat
  2. Fo'ad Sakdan, Rohana Yusof, & Sukeri Khalid. (2010). METODOLOGI KAJIAN IMPAK: KAJIAN KES BANJIR. Welcome to Universiti Utara Malaysia Institutional Repository [UUM Repository] - UUM Repository. https://repo.uum.edu.my/2695/1/FO%27AD22.pdf
  3. Munirah Che Hassan, Sharifah Meryam Shareh Musa, Rozlin Zainal, & Narimah Kasim. (2020). Kajian Permasalahan Pembinaan Sistem Saliran Yang Menjadi Punca Kepada Masalah Banjir Di Kawasan Perumahan. Research in Management of Technology and Business, Vol. 1 No. 1, 588–605. Retrieved from http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb
  4. Norhanizan Hamdan. (2019). Kesan Pembuangan Sampah Merata. Open University Malaysia. Retrieved from https://www.academia.edu/36578079/KESAN_PEMBUANGAN_SAMPAH_MERAT

Nama: Muhammad Afiq Ikmal Bin Mohd Zulkaply 
Nom matrik: D20182085757
Kump: B

 

No comments:

Post a Comment