Sungai Petani atau nama singkatan kepada SP ialah sebuah bandar kedua, yang terbesar di Kedah selepas bandar Alor Setar. Industri perumahan di Sungai Petani telah berkembang dengan pesat. Ini kerana Sungai Petani telah menerima pelaburan yang besar daripada banyak syarikat-syarikat pemaju perumahan sejak tahun 1900 lagi. Antara taman perumahan yang terawal yang telah dibina di Sungai Petani ialah Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Padimas dan beberapa taman perumahan yang lain.
Gambar 1. Kawasan di atas adalah kawasan Sungai Petani.
Gambar 2. Salah satu perumahan yang ada di SP iaitu Taman Padimas.
PENDAHULUAN
Sistem perparitan sangat memainkan peranan yang penting bagi proses pengawalan saliran pembentungan dari permukaan serta pengawalan kualiti air. Saliran berfungsi untuk mengalirkan larian air ke kawasan tadahan air hujan misalnya seperti sungai, tasik, laut dan juga kaki-kaki bukit. Justeru itu, jika sistem peparitan tidak di bina dengan sempurna, hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah banjir kilat dan juga tanah runtuh akibat struktur tanah yang lemah dan pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil yang berlaku secara pantas atau perlahan oleh daya tarikan gravity. Oleh itu, perancangan bagi sistem perparitan ini hendaklah selaras dengan perancangan pembangunan di sesuatu kawasan terbabit bagi memastikan sistem perparitan tersebut memenuhi keperluan yang telah ditetapkan.
Banjir adalah salah satu bencana alam yang paling biasa disebabkan oleh hujan lebat dan pengumpulan air yang berlebihan di setiap kawasan perumahan. Antara sebab lain berlakunya banjir ialah, mungkin ianya disebabkan oleh takungan air hujan yang lebat terutamanya di tempat-tempat yang tidak mempunyai sistem perparitan yang baik. Umum mengetahui bahawa banjir akan memberikan kesan yang buruk baik kepada alam sekitar mahupun diri kita sendiri. Antara kesan buruk tersebut ialah ianya akan menyebabkan kehilangan harta benda yang merupakan kerugian yang besar bagi individu tersebut dimana untuk membina semula bangunan atau kediaman yang telah musnah memerlukan kos yang tinggi dan banjir juga akan membawa suatu kerugian yang amat besar kepada sesebuah negara tersebut.
PUNCA-PUNCA BANJIR
Antara punca banjir adalah, mungkin kerana sistem perparitan tersumbat akibat daripada pembuangan sampah sarap atau berpunca daripada sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Sistem perparitan pula memainkan peranan yang sangat penting dalam kawalan pelepasan kumbahan permukaan dan kawalan kualiti air. Sistem saliran digunakan untuk membuang air larian ke kawasan tadahan air hujan seperti sungai, tasik, lautan dan juga kaki bukit. Oleh itu, sekiranya sistem perparitan tidak dibina dengan betul, ia akan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh kerana struktur tanah yang lemah. Gelongsoran atau tanah tersebut bergerak dari lokasi yang tidak stabil dan berlaku dengan cepat atau perlahan akibat tarikan.
Rajah 1. Laluan yang betul bagaimana sistem perparitan berfungsi.
Seterunsya, kontraktor perumahan yang membangunkan kawasan perumahan tersebut, kurang membuat kajian terhadap kawasan pembinaan terlebih dahulu, dan seterusnya membina rumah di kawasan yang sering dilanda banjir. Menurut Berita Harian (2016), kebanyakan kontraktor projek perumahan gagal membina rumah mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan dan hanya mahu untuk menyiapkan projek perumahan dengan cepat. Hal ini turut, dirasai oleh komuniti penduduk di Taman Padimas yang menghadapi masalah banjir. Hal ini kerana didapati tanah tapak perumahan tidak dilakukan tambakan tanah dengan betul dan sempurna. Ini secara tidak langsung menyebabkan keadaan tanah tidak rata di kawasan perumahan. Sekiranya berlakunya hujan yang lebat maka, kawasan rendah lebih mudah untuk dinaiki air berbanding dengan kawasan tinggi. Ini juga menyebabkan sistem perparitan di kawasan rendah tidak dapat menampung jumlah air yang banyak dan boleh mengakibatkan banjir.
Gambar 4. Struktur tanah di Taman Padimas tidak sekata.
Berdasarkan gambar di atas, boleh dilihat bahawa kawasan rumah yang ditanda “B” tersebut lebih rendah berbanding dengan kawasan rumah yang ditanda “A”. Maka apabila hujan turun dengan lebat dalam jangka masa beberapa jam pasti rumah tersebut akan dimasuki air. Maka bagi mengatasi masalah tuan rumah tersebut telah mengambil inisiatif untuk membuat projek mendalamkan dan membesarkan lagi longkang yang sedia.
Kedua, masih terdapat longgokan sampah di dalam pembetung menyebabkan saluran pembetung tersumbat dan bau yang tidak menyenangkan. Apabila pembetung mengalir ke sungai, ia akan menyebabkan pencemaran sungai. Banjir berpunca daripada masalah seperti pembuangan sampah yang menghalang sistem perparitan. Menurut “My Metro” (2017), banjir kilat kali ini berlaku kerana pembetung dan parit tersumbat oleh sampah sarap dan tidak dapat menampung air hujan yang banyak terutama di kawasan perumahan. Penduduk setempat biasanya mengambil mudah dan tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pembuangan sampah. Mereka lebih gemar membuang sampah sarap ke dalam sistem saliran berbanding membuang di tong sampah yang telah disediakan. Ini kerana bagi mereka dengan membuang sampah ke dalam longkang akan memudahkan kerja mereka. Ini akan menyebabkan sistem saliran tersebut tersumbat dan menyekat pengaliran air. Hal ini berlaku terhadap komuniti penduduk kampung yang duduk menetap di kampung berhadapan dengan Taman Padimas iaitu Kampung Haji Din. Di mana system perparitan di kawasan tersebut sangat tidak terurus walaupun sudah banyak kali aduan di buat tetapi sikap masyarakat yang tidak mengambil enteng ini menjadikan perparitan disitu makin teruk ditambah dengan bau yang busuk.
Gambar 5. Sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab yang tidak menjalankan tugas dengan baik dalam proses penyelenggaraan sistem perparitan turut menyumbang kepada kejadian banjir terutama di kawasan perumahan. Sistem saliran tidak dapat menampung jumlah air yang sepatutnya ditampung oleh sistem saliran. Ini boleh menyebabkan sistem perparitan tersumbat oleh lumut dan sampah sarap terutamanya di kawasan perumahan. Masalah ini juga adalah kerana pembinaan sistem perparitan yang tidak sistematik dan tidak mengikut saiz yang ditetapkan. Pembinaan sistem perparitan yang tidak betul akan menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung air yang banyak. Menurut Berita Harian (2016), sistem perparitan dan perparitan yang tidak sempurna dikesan sebagai faktor utama banjir. Sistem perparitan yang dibina tidak menepati spesifikasi kedalaman dan kelebaran sistem perparitan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Begitu jugalah dengan sistem perparitan yang ada di Taman Padimas ini di mana parit yang dibina agak kecil saiznya dan ini tidak dapat menampung air hujan yang banyak. Ditambah pula tidak ada penyelenggaran sistem perparitan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab terhadap kawasan perumahan tersebut.
KESAN-KESAN
Saban hari masalah yang disebabkan oleh sistem saliran semakin hari semakin tidak dapat dikawal akibat sikap manusia ditambah pula jika sistem saliran di kawasan tersebut tidak berada dalam keadaan baik seperti tidak diselenggara dan sebagainya. Terdapat beberapa masalah yang selalu timbul yang disebabkan oleh sistem saliran di kawasan perumahan antara masalah tersebut ialah
a) Kejadian banjir
Menurut Utusan Online (2016), sistem saliran sedia ada tidak diselenggara dengan baik dan dipenuhi daun serta sampah sarap sekali gus mengganggu aliran air ke sungai utama. Seperti yang kita ketahui, kejadian banjir akan membawa kuantiti air yang banyak, jika sistem saliran tidak dijaga dengan betul, ini akan menyukarkan proses larian air banjir disalirkan ke sistem saliran berdekatan. Banjir juga menyebabkan kerosakan dan kehilangan harta benda.
b) Menggalakan pembiakan haiwan pembawa penyakit
Apabila sistem perparitan ini di naiktaraf, masalah pengaliran air daripada kawasan perumahan dan bangunan-bangunan di kawasan bandar secara amnya akan mengalami gangguan seperti masalah tersumbat dan air bertakung sehingga menggangu ketenteraman penduduk dan masyarakat setempat. Hakikatnya, apabila sistem perparitan tidak di selenggara dan di urus dengan baik, pembiakan haiwan-haiwan pembawa penyakit akan cepat membiak ini kerana, haiwan-haiwan tersebut mejadikan kawasan perparitan sebagai habitat utama. Antara haiwan yang menjadikan peparitan sebagai habitat yang utama ialah nyamuk Aedes, tikus, lipas, lalat dan seupamanya. Oleh itu apabila system peparitan tidak diselenggara dengan baik maka komuniti di taman ini akan terdedah kepada risiko penyakit berjangkit yang berbahaya seperti Denggi, Malaria, dan kencing tikus.
Gambar 6. Tikus menjadikan longkang sebagai habitat utama untuk membiak.
KAEDAH PENAMBAHBAIKKAN DALAM PEMBINAAN SISTEM SALIRAN
Pembinaan sistem saliran berfungsi untuk mengalirkan air larian hujan daripada permukaan dan menyalirkannya kepada sistem saliran sedia ada, alur air semulajadi (natural watercourses) atau tasik atau sungai (Farahazura, 2019). Bagi mengekalkan sistem saliran berfungsi dengan baik, langkah- langkah penambahbaikkan perlulah dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya masalah yang lebih teruk seperti longkang pecah dan sebagainya.
a) Menyelenggara Sistem Perparitan
Kaedah Penyelenggaraan Sistem Saliran ini perlulah dilakukan secara berkala mengikut kawasan perumahan tersebut dan dilakukan penyelenggaraan sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun jika tiada apa-apa aduan yang diterima. Jika ada aduan yang diterima pihak penyelenggaraan perlulah bertindak dengan segera dan melakukan proses penyelenggaraan di kawasan tersebut bagi mengelak daripada berlakunya saliran tersumbat dan sebagainya. Ini kerana jika berlaku hujan lebat ianya akan mendatangkan kesan kepada sistem saliran dan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh NoorHayati (2018), yang menyatakan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu sentiasa melakukan pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur longkang serta sistem perparitan bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian banjir kilat dan sebagainya.
b) Mengawal Aktiviti Manusia
Kebanyakkan permasalahan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka akan membuang sampah ke dalam longkang dan sebagainya. Ini kerana bagi mereka dengan membuang sampah sarap ke dalam longkang ianya akan memudahkan kerja mereka dengan hanya membiarkan air membawa sampah tersebut ke tempat yang lain. Mereka tidak tahu bahawa kesan daripada tindakan mereka akan menyebabkan berlakunya aliran tidak lancar, jika berlaku hujan, air aliran tidak dapat mengalir dengan baik dan akan menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Oleh itu, bukan sahaja amat penting dalam mempunyai nilai kesedaran daripada pihak penduduk malahan juga dariapda pihak berkuasa bagi mengatasi masalah tersebut. Hal ini kerana, dengan adanya kerjasama daripada pelbagai jenis pihak misalnya dengan mengadakan gotong-royong perdana pasti masalah ini dapat diatasi denga jayanya.
c) Menaik Taraf Sistem Perparitan
daripada itu, dengan adanya tindakan wajar seperti menaik taraf sistem perparitan juga perlu diambil kira bagi menangani masalah limpahan air dari memasuki ke kawasan perumahan, kampung dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan. Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa masalah perparitan telah menyebabkan limpahan air yang serius hingga mengakibatkan kerosakan harta benda, serta kehilangan tanaman dan haiwan ternakan. Oleh itu, sistem saliran perlulah sentiasa diselenggara bagi memastikan saliran parit tidak tersumbat dan aliran air tidak tersekat. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan mendalamkan lagi sistem perparitan atupun dengan menaik taraf serta membesarkan lagi sistem saliran daripada saiz yang standard dan tidak menggunakan saiz longkang yang sama. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan perlulah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menjayakan kerja-kerja naik taraf ini agar ianya dapat menampung jumlah kuantiti larian air yang banyak dan secara tidak langsung masalah ini dapat ditangani pada masa akan datang.
Gambar 7. Tapak projek naik taraf longkang besar Melaka Baru sepanjang 416 meter dan pemasangan rumah pam serta ‘flap gate’. BH Online, (2019.)
d) Rekabentuk Sistem Saliran
Seterunsya dari segi aspek-aspek perancangan, pembinaan, rekabentuk, perlaksanaan dan pengendalian system saliran ianya perlu diambil kira supaya mampu menjana pembangunan yang berkualiti tinggi dan persekitaran dapat di tingkatkan. Perancangan dan rekabentuk peparitan dan saliran yang mengikut standard yang telah ditetapkan adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko fenomena banjir dan sebagainya. Selain itu, perancangan yang baik dalam sistem perparitan di sepanjang bahu jalan bagi mengelakkan masalah takungan air juga turut merupakan solusi bagi menangani masalah tersumbat dan berbau.
KESIMPULAN
Secara rumusannya, dapat disimpulkan bahawa sistem perparitan ini amat penting bagi sesebuah kawasan terutamanya kawasan perumahan. Sistem perparitan memainkan peranan yang sangat penting dalam kawalan kumbahan permukaan dan kawalan kualiti air.Fungsi asas sistem perparitan adalah untuk menyalurkan air larian permukaan ke beberapa kawasan yang lebih selamat dan menjimatkan. Oleh itu, jika sistem perparitan tidak dibina dengan baik, ia akan menyebabkan banjir kilat dan juga tanah runtuh.
Pertimbangan khusus harus diberikan kepada kepentingan sistem perparitan semasa merancang sistem naik taraf sistem perparitan. Bagi memenuhi keperluan asas penempatan, seperti laluan larian semula jadi, saluran dan pembetung, elemen sistem perparitan mesti dipertimbangkan. Masalah yang perlu diberi perhatian ialah keadaan banjir.Ini disebabkan oleh perancangan sistem perparitan perbandaran yang kurang baik sehingga mengakibatkan pertambahan kawasan kalis air dan peningkatan air larian.Kawasan ini merupakan kawasan tidak telap seperti jalan berturap simen atau jalan raya.
Selain itu, penyelenggaraan berkala perlu dilakukan terutama di kawasan yang sering dilanda banjir. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan penswastaan sebagai langkah mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dalam bidang yang memerlukan tambahan tenaga kerja, peralatan, teknologi dan kepakaran. Ini kerana kaedah ini dapat mempercepatkan pelaksanaan projek kawalan banjir. Oleh itu, berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya ia akan memburukkan lagi sehingga membawa kepada masalah yang tidak perlu seperti kehilangan harta benda, kehilangan mata pencarian, atau kehilangan nyawa.
RUJUKAN
Anuar, N. B. (2021). Kesan Pembinaan Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan Terhadap Kawasan Petempatan Penduduk (Kesan Banjir Kilat). Research in Management of Technology and Business, 2(1), 668-677.
Farahazura (2019). Rekabentuk Pembinaan SistemSaliran Jalan Sujatiah Tamrin.Diakses daripada https://www.scribd.com/doc/188795921/9Overview-Rekabentuk-Pembinaan-Sistem-Saliran-Jalan-SujatiahTamrin. (n.d.).
Hassan, M. C., Musa, S. M. S., Zainal, R., & Kasim, N. (2020). Kajian Permasalahan Pembinaan Sistem Saliran Yang Menjadi Punca Kepada Masalah Banjir Di Kawasan Perumahan. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 588-605.
Noorazura Abd Rahman (2016, 28 Januari).Sampah Di Sungai Punca Banjir. BeritaHarian. Diakses pada 25 November 2021 daripada https://www.bharian.com.my/node/119032. (n.d.).
NoorHaryati (2018, 18 Disember). Selenggarasistem perparitan elak banjir kilat. Sinar Harian. Diakses pada 29 Mac 2019 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/2930/EDISI/Terengganu/Selenggara-sistemperparitan-elak-banjir-kilat.
Norhanizan Hamdan (2019). Kesan PembuanganSampah Merata. Open University Malaysia.
Nurul Huda Hassan. (2016, 3 Oktober). PPR tidakikut spesifikasi. Utusan Online. Diakses pada 25 November 2021 Daripada http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/ppr-tidak-ikut-spesifikasi-1.389901. (n.d.).
Rahimah Abdullah. (2018, 07 Disember). BanjirBesar 2014 di Kelantan MungkinBerulang. Astro Awani. Diakses pada 27 November 2021 daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-besar-2014-di- kelantanmungkin-berulang-193010. (n.d.).
Utusan Online. (2016, 14 Mei). Sistem Longkang Jalan Tidak Efisien Punca BanjirKilat. Utusan Online. Diakses pada 29 November 2021 daripada http://m.utusan.com.my/berita/nasional/sistem-longkang-jalan-tidak-efisienpunca-banjir-kilat-1.325840. (n.d.).
Zhou, Q., Leng, G., Su, J., & Ren, Y. (2019). Comparison of urbanization and climate change impacts on urban flood volumes: Importance of urban planning and drainage adaptation. Science of the Total Environment, 658, 24-33.
NAMA : NUR NABILAH BINTI MOHD ZAINI
NO. MATIRKS : D******85819
KUMPULAN : A
No comments:
Post a Comment