Monday, December 27, 2021

AKTIVITI PERTANIAN MENINGKATKAN EKOPELANCONGAN DI SUNGAI BESAR, SELANGOR

 

PENGENALAN

    Pelancongan adalah berdasarkan alam sekitar. Perniagaan pelancongan berkait rapat dengan persekitaran fizikal. Persekitaran semula jadi biasanya merupakan sumber utama tarikan pelancong. Pemandangan yang indah, suasana yang menyenangkan, pantai yang putih, air laut yang bersih, dan persekitaran semula jadi, serta rupa bumi yang menarik dan cantik, akan menarik pelancong ke rantau ini. Sektor pelancongan akan dapat dikekalkan sekiranya sumber alam sekitar yang tersendiri dipelihara. Walau bagaimanapun, sektor pelancongan sering membahayakan alam sekitar, yang menarik kerana keindahan alam semula jadi dan kepentingan sejarahnya. Perluasan sektor pelancongan, seperti pembinaan penginapan dan infrastruktur, telah mengakibatkan eksploitasi alam sekitar. Perniagaan pelancongan kini semakin mantap, dan eksploitasi sumber asli juga semakin meningkat.

    Di negara-negara yang kurang membangun, pelancongan adalah perniagaan yang meningkat pesat. Sektor ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kini, sektor pelancongan mula berubah, dengan pelancong berhijrah dari negara maju ke negara membangun akibat keindahan alam semula jadi negara membangun, yang masih belum dicemari oleh pembangunan pesat. Pelancongan besar-besaran ialah aktiviti berintensiti tinggi yang telah menarik sejumlah besar pelancong ke kawasan tertentu apabila ia dijalankan pada tahap standard. Oleh kerana pelancongan massa secara eksklusif menumpukan pada pemasaran dan mengembangkan tempat pelancongan tanpa mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar, jika dibiarkan tanpa kawalan, ia akan meningkatkan tekanan dan mempercepatkan kadar kemusnahan alam sekitar.

    Sungai Besar merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran padi yang tertinggi dan perkampungan nelayan. Memiliki tarikan tersendiri serta mampu menggamit orang luar untuk berkunjung ke sini dengan keunikan makanan tempatannya dan kedamaian suasana desa. Sungai Besar terletak di utara Negeri Selangor, dengan jarak 92km dalam perjalanan dari Kuala Lumpur atau secara kasar mengambil masa 1 jam 15 minit perjalanan melalui PLUS ke Latar Highway.

Rajah 1: Peta Sungai Besar, Selangor
Rajah 2: Sungai Besar, Selangor

AKTIVITI PERTANIAN DI SUNGAI BESAR

Kegiatan utama masyarakat di Selangor diperingkat awal khususnya di daerah Sabak Bernam adalah pertanian. Masyarakat awal ketika itu mengusahakan dua bentuk tanaman iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman yang terdiri daripada tanaman sayur-sayuran. Tanaman sawah atau bendang pula melibatkan tanaman padi.

Sehingga pertengahan kurun ke 19, Selangor adalah diantara pengeluar pertanian utama negara terutamanya pengeluaran beras. Pencapaian ini adalah hasil usaha pemerintahan Selangor yang pada ketika itu, Almarhum Sultan Muhammad (1826-1857) yang mewajibkan rakyatnya menanam padi disamping tanaman-tanaman kontan lainnya. Bagaimanapun, perang saudara yang tercetus antara tahun 1866-1873 telah mengakibatkan kerosakan kepada sawah padi dan hasil tanaman lainnya. Kehilangan besar nyawa kesan dari pertempuran tersebut juga membawa kepada kemerosotan pengeluaran berasaskan pertanian. Namun, selepas kemerdekaan terutamanya melalui dasar kerajaan untuk memajukan taraf ekonomi dan sara hidup masyarakat, sektor pertanian di Selangor kembali mendapat tempat, kempen buku hijau dan dasar ekonomi baru telah berjaya menghidupkan kembali kemerosotan pengeluaran yang berlaku di zaman-zaman sebelumnya. Hari ini dengan galakan kerajaan terutamanya dalam menekankan tentang bio-teknologi sedikit sebanyak telah melonjakkan pengeluaran pertanian di Selangor terutamanya di era Selangor Maju 2005.


Rajah 3 & 4: Kawasan sawah padi di Sungai Besar

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK MINAT PELANCONGAN KE SUNGAI BESAR

Pasar Jerami Ban Kenal

Pasar ini antara tempat menarik di Sungai Besar yang terkenal kerana keunikan tempatnya. Pelancong boleh membeli belah barangan kampung di sini sambil menikmati pemandangan padi yang indah. Yang seronoknya di sini, apabila tiba musim padi, pelancong akan teruja menyaksikan orang-orang yang dihias berbagai rupa oleh penduduk kampung. Orang-orang ini bertujuan untuk menghalau burung yang ingin memakan padi. Pelancong akan seronok bergambar bersama orang-orang di sini. Sambil membeli belah di pasar, dan menikmati makanan di tepi bendang. Pengalaman ini memberi keriangan dan kedamaian di hati pelancong.


Rajah 5 & 6: Kawasan Pasar Jerami Ban Kenal

D’Sawah Bendang Homestay

Pelancong boleh merasa pengalaman duduk di tengah bendang di D’Sawah Bendang Homestay ini. Ia terletak di tengah-tengah bendang, pelancong pasti dapat merasai suasana kampung apabila menginap di sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain layang-layang, memancing ikan, berbasikal, dan melihat aktiviti bersawah. Sungguh tenang dan damai di sini. Pelancong juga boleh menikmati makan tengah hari di tepi sawah di tempat yang disediakan. Pada waktu malam pula, pelancong boleh menghayati keindahan langit malam yang luas dan berbintang.


Rajah 7 & 8: Kawasan D’Sawah Bendang Homestay

.KESAN AKTIVITI EKOPERLANCONGAN

Secara amnya, produk ekopelancongan dilihat amat memberikan impak yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan negara dan juga menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan kerajaan. Wujudnya kepelbagaian sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dalam usaha pembangunan diri dan komuniti dalam ruang pembangunan tersebut. Dengan kehadiran pelancong yang ramai bukan sahaja dalam negara bahkan pelancong dari luar negara dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat dan juga ekonomi negara khususnya melalui pendapatan tukaran wang asing yang mengalir masuk ke dalam negara.

Dari sudut sosial, ekopelancongan mempunyai elemen pelancongan yang memfokuskan dan menghidupkan pelancongan yang berasaskan kepada sejarah, alam semula jadi suatu kawasan dan termasuk budaya aslinya. Kewujudan ekopelancongan membolehkan usaha pengekalan serta perkongsian mengenai budaya warisan tempatan untuk jangka masa panjang kepada pelancong. Di samping itu, pada masa yang sama ekopelancongan dapat mendedahkan perspektif sejarah mengenai penduduk orang asli, flora dan fauna kepada pelancong dan dapat menggalakan komuniti setempat untuk menghargai dan menerima faedah daripada aset budaya dan sumber semulajadi

Walau bagaimanapun, ekopelancongan juga berpotensi menghasilkan kesan negatif kepada alam sekitar. Berdasarkan sensitivitinya, budaya dan sumber semula jadi serta persekitaran destinasi ekopelancongan yang biasanya dikenali sebagai kawasan perlindungan yang asli boleh terjejas dengan mudah melalui aktiviti pelancong terutamanya apabila strategi pengurusan pengunjung tidak berfungsi dengan baik. Keadaan infrastruktur dan kegiatan pelawat yang tidak diuruskan secara lestari melalui aktiviti ekopelancongan juga boleh menyebabkan tekanan dan kesan negatif terhadap sesebuah kawasan alam semulajadi seperti yang terjadi di Pulau Perhentian, Terengganu di mana kebanyakan terumbu karang boleh dikatakan telah terjejas akibat aktiviti pelancongan yang tidak terkawal. Oleh itu, menjadi sangat penting untuk mewujudkan strategi pengurusan ekopelancongan yang lestari kerana alam semula jadi bersifat rapuh “fragile environment”.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti pelancongan di Sungai Besar, Selangor adalah berasaskan aktiviti pertanian yang dijalan di kawasan tersebut iaitu aktiviti pananaman padi. Ekopelancong sememamgnya memberikan banyak kesan yang positif ke pada kawasan perlancongan tersebut, namun terdapat juga kesan-kesan negatif daripada ekopelancongan ini. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka untuk memastikan ekopelancongan ini tidak memberikan kesan negatif yang terlalu banyak sehingga merosakkan alam semula jadi di kawasan tersebut.

RUJUKAN

Adnan, N., & Mamat, M. P. (2018). Impak dan persepsi ekopelancongan terhadap komuniti setempat di Lumut, Perak.

Tiung, L. K., & Othman, S. S. (2010). Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Sosiohumanika, 3(2).

Nama : AHMAD NAZMI BIN HALDI

No. Matrik : D20192091318

Kumpulan : A

No comments:

Post a Comment