Saturday, December 25, 2021

Geografi Penduduk: Masalah pengurusan sampah di Pangsapuri Seri Harmoni, Taman Bahtera.

Bagi setiap kawasan kediaman terdapat kawasan untuk pembuangan sampah-sarap bagi memudahkan pengurusan sampah serta menjaga kebersihan di kawasan perumahan tersebut. Akan tetapi terdapat beberapa faktor dan kesan yang menyebabkan terdapatnya masalah pengurusan sampah di Pangsapuri Seri Harmoni, Taman Bahtera.

Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun. Kuantiti sisa pepejal yang dijana setanding dengan jumlah penduduk yang menghuni sesuatu kawasan (Abdul Rashid & Hasnah, 2001). Selain itu, sampah ditakrifkan sebagai satu bahan buangan meliputi bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual atau semua bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepas, dikeluar atau diletakkan dalam alam sekeliling yang boleh menjadi faktor kepada pencemaran (Abdul Samad Hadi et al. 2006) menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sampah sarap juga didefinisikan sebagai barang yang tidak dikehendaki dan lain-lain bahan termasuklah bahan daripada sampah industri perdagangan, pertanian dan aktiviti masyarakat tetapi tidak meliputi pepejal atau bahan terlarut dalam pembetungan domestik atau tanda-tanda pencemar air seperti kelodak dan pepejal terampai di dalam sampah industri (Shamsuddin Suhur 2016). Selain itu, sampah sarap turut ditakrifkan sebagai sisa atau bahan buangan yang tidak lagi dikehendaki dan merupakan bahan buangan yang lain daripada sisa air atau sisa yang dilepaskan ke udara.

Pengurusan sampah sarap ditakrifkan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kawalan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, estetik dan pertimbangan kepada alam sekitar. Pengurusan sampah yang tidak baik akan mengakibatkan masalah pelbagai masalah kepada persekitaran setempat. Pembuangan sampah di kawasan terbuka misalnya akan mengakibatkan pencemaran tanah, pencemaran bau.

Kajian ini dilakukan di Pangsapuri Harmoni, Taman Bahtera di Tanjong Malim, Perak. Taman Bahtera dikenali sebagai salah satu zon di Unit Kediaman Luar Kampus. Hal ini kerana pangsapuri Harmoni di Taman Bahtera merupakan kediaman tempat tinggal bagi pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman UPSI serta tempat kediaman yang berada diluar kampus. Kebanyakkan pelajar UPSI tinggal di Taman Bahtera kerana ia merupakan kawasan kediaman yang paling ramai pelajar UPSI. Hal ini kerana, di Taman Bahtera terdapat empat kawasan kediaman iaitu Pangsapuri Seri Bestari, Pangsapuri Seri Harmoni, Arked Bahtera dan Teres Bahtera.

Gambar 1: Pangsapuri Seri Bestari.

Gambar 2: Pangsapuri Seri Harmoni.

Gambar 3: Arked Bahtera.

Gambar 4: Teres Bahtera.

Dahulunya Taman Bahtera merupakan kolej kediaman bagi pelajar-pelajar UPSI, sebelum terdapatnya kolej kediaman yang terletak kampus baru di Proton City. Di Pangsapuri Seri Bestari, dahulunya dikenali sebagai Kolej Harun Aminurrashid dan manakala Pangsapuri Seri Harmoni sebagai Kolej Ungku Omar.

Gambar 5: Signboard kolej.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah pengurusan sampah di Pangsapuri Seri Harmoni, antaranya adalah penduduk yang tidak bertanggungjawab, ketidakadaan tong sampah di setiap tingkat tangga, lokasi kediaman kurang strategik dan sebagainya. Di setiap kediaman, terdapat pelbagai jenis kaum penduduk yang tinggal di sesebuah tempat kediaman, akan tetapi terdapat segelintir penduduk yang bersikap tidak bertanggungjawab, sikap sambil lewa untuk membuang sampah sehingga mereka tidak membuang sampah ke tempat pembuangan sampah yang disediakan. Ini kerana mereka berasa perkara itu tidak diambil tahu akan kebersihan di persekitaran kawasan kediaman.

Gambar 6: Sampah sarap di kawasan tempat kenderaan.

Pembuangan sampah dilakukan setiap hari setiap individu. Oleh itu, tidak mempunyai tong sampah di setiap tingkat tangga di Pangsapuri Seri Harmoni akan menghasilkan masalah pengurusan sampah kepada penduduk setempat. Ini kerana tedapat pelbagai jenis sampah sarap yang yang hasilkan oleh penduduk pangsapuri seperti sampah jenis kering dan sampah jenis basah dan apabila penduduk perlu membuang sampah ke kawasan pembuangan barangkali kuantiti sampah sarap yang dibawa adalah banyak dan barangkali keadaan plastik buangan sampah akan terkoyak, terputus dan ini menyukarkan penduduk mengemas sampah mereka dan mereka memilih membiarkan sisa sampah yang terkoyak atau terputus di jalan tersebut.


Gambar 7: Tapak pembuangan sampah.

Seterusnya, lokasi kediaman kurang strategik merupakan faktor bagi masalah pengurusan sampah di Pangsapuri Seri Harmoni, Taman Bahtera. Ia kerana kawasan pangsapuri, bersebelahan dengan kebun kelapa sawit, oleh itu ia terdapat binatang liar iaitu beruk yang mengganggu di persekitaran kawasan kediaman. Oleh itu, beruk akan mencari makanan di tempat pembuangan dan menyebabkan kawasan pembuangan sampah itu bersepah dan berselerak sampahnya.

Gambar 8: Kebun kelapa sawit.

Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang terhasil daripada masalah pengurusan sampah di Pangsapuri Seri Harmoni. Kesan ini disebabkan para penduduk berasa ketidakselesaan apabila untuk melakukan aktiviti harian dimana mereka akan keluar ke tempat kenderaan, tetapi terdapat cebisan-cebisan sampah yang membuat penduduk tidak berasa selesa. Selain itu, tapak pelupusan sampah terbuka ini juga tidak diselia dengan baik dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan sub kontraktor yang dilantik tadi tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk melaksanakan kerja-kerja pengutipan dan pembersihan. Disebabkan oleh kelengkapan kerja yang tidak mencukupi ia telah mengakibatkan kecekapan dalam menjalankan kerja-kerja terjejas.

Kesimpulannya, sebagai penduduk di Pangsapuri Seri Harmoni, kita perlulah menangani masalah pengurusan sampah dimana setiap individu perlu lebih amanah melakukan tugasan agar menyenangkan penduduk setempat. Selain itu juga, kerajaan perlu melakukan kempen secara besaran dan berkesan untuk mengubah pemikiran penduduk bahawa tanggungjawab dan masalah sisa pepejal adalah tanggungjawab bersama masyarakat bukan hanya dari tindakan individu. Masalah pengurusan sampah dapat diselesaikan dengan cekap dan berkesan terhadap sebuah masyarakat. Oleh itu, ia mampu membawa masyarakat setempat tersebut ke arah persekitaran yang harmoni, dan indah.


Rujukan

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed dan Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan Persekitaran dan Kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia

Shamsuddin bin Suhur. 2003. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127): Peranan Dan Keberkesanan Peraturan Dan Perintah Dan Kaedah-Kaedah Di Bawahnya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

NAMA: AMIRAH ASYIQIN BINTI AZIZUL HANAFIAH

NO. MATRIKS: XXXXXXXX1322

KUMPULAN: C

No comments:

Post a Comment