Saturday, December 25, 2021

GEOGRAFI PENDUDUK: KESAN PEMBERSIHAN HUTAN KAWASAN TEBING SUNGAI KEPADA SUNGAI KELANTAN, KUSIAL BARU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

PENGENALAN

Sungai merupakan sumber alam penting daripada segi sumbangannya kepada kehidupan manusia dan pembangunan negara. Ini kerana sungai adalah nadi sumber air semula jadi yang membekalkan air bagi keperluan domestik, bekalan air pertanian, industri, pengairan dan penjanaan tenaga hidro elektrik. Berdasarkan kepentingan sumber air kepada manusia maka tidak hairanlah, sejarah awal telah menyaksikan bahawa corak petempatan awal manusia sangat dipengaruhi oleh kedudukan sesebuah sungai. Pada masa dahulu masyarakat yang menetap di kawasan tebingan sungai terdiri daripada kumpulan peniaga, petani dan nelayan. Bagi kawasan tebingan sungai di bandar biasanya dihuni oleh kumpulan peniaga iaitu kaum Cina. Manakala kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan dan petani pula, memilih untuk menetap di kawasan perkampungan sepanjang sungai.. Setinggan didefinisikan sebagai aktiviti penerokaan/ pendudukan/ pembinaan bangunan di atas tanah hak kepunyaan pihak lain. Ini termasuklah di kawasan tanah kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti dan tanah persendirian secara haram dan tidak sah dari undang-undang (Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan 2002)

Terdapat pelbagai kesan daripada kegiatan pembersihan hutan kawasan pinggir sungai bagi tujuan pembinaan tapak perumahan seperti hakisan. Istilah bagi tebing sungai berdasarkan Enakmen Air Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1920 (Federated Malay States, Chapter 146, 1920) yang telah diperluaskan penggunaannya ke seluruh negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Federation of Malaya, No.1. 1948) adalah merujuk kepada kawasan dalam jarak 50 kaki daripada mana-mana tebing sungai

Banyak kes yang dilaporkan kesan daripada aktiviti di kawasan pinggir sungai yang memberikan kesan kepada penduduk terutamanya ketika berlakunya hujan yang lebat.. Petikan daripada laporan Astro Awani pada Februari 2021 menyatakan Kerajaan Kelantan memerlukan peruntukan RM60 juta untuk melaksanakan kerja membaiki runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas pada Rabu lepas, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Peruntukan itu bagi membolehkan tebing sungai berkenaan diperbaiki dan diperkukuhkan selain turut membabitkan kos pengambilan tanah, untuk mengelakkan kejadian sama berulang. Keadaan hakisan ini berlaku di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

Dalam Enekmen Air Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1920 (Federated Malay States, Chapter 146, 1920) yang telah diperluaskan penggunaannya ke seluruh negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Federation of Malaya, No.1. 1948) tersebut melarang ungkapan melarang sesiapa sahaja daripada mengganggu sungai atau tebingnya sama ada menghalang aliran sungai mahupun mengalih laluannya ataupun membina apa-apa bangunan dalam jarak 50 kaki daripada mana-mana tebing sungai (Jamaluddin 1993). Keadaan ini kerana banyak kesan daripada menggangu kawasan pinggir sungai kepada manusia dan juga alam sekitar itu sendiri. Artikel ini bertujuan membincangkan isu pembersihan hutan di kawasan pinggir sungai Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan.

 

Lokasi Kajian Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan.

 


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2010; Banci Penduduk dan Perumahan Bagi Negeri Kelantan Pada Tahun 2010.

  

          

Sungai Kelantan adalah satu sungai utama utama di KelantanMalaysia. Kawasan takungannya seluas kira-kira 11,900 km² di timur laut Malaysia termasuk sebahagian daripada Taman Negara, dan mengalir ke arah Laut China Selatan. Di hilir, kampung Melayu menitik tebing sungai yang mealui antara dataran banjir terpadat di Semenanjung Tanah Melayu di mana Sawah padi menghasilkan lebih kurang 12%. Penghasilan padi Malaysia. Sungai ini melalui empat bandar penting iaitu bandar Pasir MasTanah MerahKuala Krai dan ibu negeri Kota Bharu yang terletak di muara sungai. Menuju ke muara terdapat beberapa pulau di sungai. Tepian Sungai Kelantan mudah banjir terutama pada musim tengkujuh,bulan November hingga disember setiap tahun.

PERBINCANGAN

Peningkatan Kekerapan Banjir.

Kekerapan banjir bagi penduduk di kawasan berhampiran dengan Sungai Kelantan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana anak sungai yang semakin sempit bagi menampung jumlah hujan dalam satu-satu masa kesan daripada aktiviti pembersihan hutan iaitu kelodak-kelodak tanah yang bercampur dengan air sungai meningkat. Keadaan ini juga ditambah lagi dengan ketiadaan hutan yang berfungsi menjadi kawasan tadahan air hujan.

Keadaaan ini ditunjukkan melalui statistik kejadian banjir yang dicatatkan meningkat. Tren Kekerapan Mangnitud Banjir Di Sungai Kelantan Berdasarkan Stesen Guillemard Kg Kusial Baru. Stesen penyukat aras air banjir di Jambatan Guillemard terlelak dalam Jajahan Tanah Merah dan bersempadan dengan Jajahan Machang (bahagian hilir Lembangan Kelantan). Aras air di Stesen Guillemard ialah 12.2 meter bagi peringkat berjaga-jaga, aras amaran 15.2 meter dan aras bahaya 17.7 meter. Bagi melihat tren kejadian banjir (kekerapan dan magnitud) dengan lebih terperinci kerana data yang banyak dan tempoh masa yang lama, pecahan mengikut selang 10 tahun dilakukan iaitu tahap 1 (1961-1969), tahap 2 (1970-1979), tahap 3 (1980- 1989), tahap 4 (1990-1999) dan tahap 5 (2000-2006) (Jadual 2)

Jadual 1: Jadual Menunjukkan Trend Kekerapab Banjir Di Sungai Kelantan Berdasarkan Stesen Guillemard Kg Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan.


Rumusannya, kejadian banjir bagi tempoh 45 tahun (1961-2006) mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga sebanyak 275 kali, aras amaran 92 kali dan 23 kali di paras bahaya. Secara puratanya tempoh hari yang mengalami banjir dalam jangkamasa ini adalah sebanyak 9.2 hari tanpa mengambilkira tahun yang tidak mempunyai rekod (1966, 1967 dan 1995). Selain itu, keadaan ini menggambarkan bahawa Sungai Kelantan merupakan salah sebuah lembangan yang kerap mengalami banjir dengan magnitud air yang tinggi. Selain itu, secara puratanya banjir kerap berlaku pada bulan Disember pada setiap tahun di Sungai Kelantan berbanding bulan lain

Kualiti Air Sungai Merosot

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan di bumi. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya. Pencemaran air berlaku apabila air mula bercampur dengan kelodak tanah semasa hujan berlaku dengan lebat dalam satu-satu masa. Menyedari kepentingan air yang berkualiti khusunya untuk tujuan kegunaan harian, ramai pengguna di negeri Kelantan telah beralih kepada penggunaan sumber air bawah tanah sepenuhnya dalam kehidupan seharian disebabkan pencemaran yang berlaku di sungai utama. Ini kerana krisis air yang berpunca daripada pelbagai aspek menyebabkan masyarakat di Kelantan lebih memilih untuk menggunakan alternatif bekalan air bawah tanah berbanding bekalan air yang disalurkan oleh Pengurusan Bekalan Air Kelantan (Wan Suwaibah 2013).



Rajah 1: Pencemaran Air Sungai Kg Kusial Baru.

Kesan Kepada Kerosakan Harta Benda

Kekerapan banjir bagi penduduk di kawasan berhampiran dengan Sungai Kelantan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana anak sungai yang semakin sempit bagi menampung jumlah hujan dalam satu-satu masa kesan daripada aktiviti pembersihan hutan iaitu kelodak-kelodak tanah yang bercampur dengan air sungai meningkat. Keadaan ini juga ditambah lagi dengan ketiadaan hutan yang berfungsi menjadi kawasan tadahan air hujan.

Kejadian bencana banjir di Kelantan yang berlaku setiap tahun sememangnya meninggalkan kesan kemusnahan harta benda yang teruk kepada penduduk. Keadaan ini juga menggambarkan penduduk yang terlibat dengan bencana banjir seharusnya membuat persediaan dan penyesuaian terhadap bencana ini, memandangkan jumlah kerosakan yang disebabkan oleh banjir meningkat setiap tahun. Berdasarkan Japan Cooperation Agency (JICA) menganggarkan purata tahunan potensi kemusnahan akibat bencana banjir di Semenanjung Malaysia adalah tinggi. Misalnya, dianggarkan pada tahun 1982 sebanyak RM 72 juta ringgit dan nilaiannya meningkat kepada RM 92 juta ringgit pada tahun 1993 dan nilai ini sentiasa bertambah seiring dengan perkembangan ekonomi negara (JICA 1982). Manakala menurut, Laporan Department of Irrigation & Drainage (1994), Lembangan Kelantan merupakan lembangan yang mengalami kemusnahan tertinggi berbanding dengan lembangan lain di Malaysia. Ini kerana nilaian kemusnahan akibat kejadian bencana banjir paling dasyhat pada tahun 1967 di Kelantan dianggarkan sebanyak RM 30 juta.

Namun akibat daripada bencana banjir yang berlaku saban tahun akan turut memusnahkan segala kelengkapan dan perkakas rumah. Selain kerosakan harta benda individu, kemusnahan prasarana juga menyumbang kepada peningkatan jumlah nilaian kerosakan iaitu jalanraya, jambatan, sekolah, tiang elektrik dan sebagainya yang turut terjejas akibat kejadian banjir. Manakala dari segi jumlah pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan pada era tahun 2000 masih lagi tinggi. Jika diteliti tren pemindahan mangsa banjir pada tahun 1970-an dan 1980-an adalah sangat tinggi berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. Keadaan mungkin disebabkan oleh keadaan sosio-ekonomi penduduk pada masa tersebut masih berada dalam lingkungan kemiskinan dan aspek penyesuaian terhadap bencana banjir kurang dititik beratkan. Namun hanya segelintir penduduk sahaja yang berkemampuan membaiki struktur rumah, membina rumah bertiang tinggi dan sebagainya. Kejadian banjir di Kelantan tahun 1967 adalah antara bencana banjir yang teruk dan telah menyebabkan seramai 636 700 orang penduduk telah terjejas. Akibat daripada banjir besar 1967 juga kerajaan akan memantapkan sistem amaran awal dengan memperbanyakkan pemasangannya terutamanya di kawasan Hulu Kelantan (JPS, Kelantan 1967; 2004).


Rajah 2: Rajah Menunjukkan Sungai Kg Kusial Baru Semakin Sempit.

Kehilangan Nyawa

Apabila peningkatan penduduk membina penempatan di kawasan tersebut maka, risiko terhadap bencana juga tinggi. Menurut Burton dan Kates (1964), bencana alam boleh dianggap sebagai masalah atau kejadian yang mampu memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa manusia serta kejadiannya adalah secara tiba-tiba. Kejadian bencana yang berpunca dari kegiatan manusia dalam hubungan sosial yang sentiasa berkembang seperti pembangunan ekonomi  mempercepatkan tahap keterdedahan kepada bencana. Risiko kehilangan nyawa boleh berlaku terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan pinggir sungai. Keadaan ini terdedah terutamanya pada musim tengkujuh pada bulan Disember iaitu hujan yang lebat dalam satu-satu masa mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar. Tanah runtuh akan berlaku dan meranapkan kediaman atau penempatan di kawasan pinggir sungai. Banjir pada tahun 2014 merupakan antara episod kejadian banjir yang terburuk  bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda malah telah meningkatkan jumlah kehilangan nyawa yang tinggi iaitu 12 kematian.


Rajah 3: Rajah Menunjukkan Kejadian Tanah Runtuh Di Pinggir Sungai Kelantan.

Pengurusan Bagi Memastikan Kemampanan Terus Kualiti Alam Sekitar Setempat

 

Isu kemerosoton kualiti air sungai di kawasan Kampung Kusial Baru yang melibatkan Sungai Kelantan tidak harus dipandang mudah oleh semua pihak. Status kemerosotan kualiti sungai di Kampung Kusial Baru ini didapati telah berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia iaitu aktiviti penebangan dan pembersihan hutan kawasan tersebut bagi tujuan penyediaan tapak pembinaan penempatan. Pelaksaan dan penilaian yang berkesan haruslah dijalankan bagi mengelak daripada bukan sahaja pencemaran kualiti air sungai malah melibatkan kejadian runtuhan yang mampu membawa kesan buruk kepada penduduk kawasan sungai Kelantan di Kampung Kusial Baru, Tanah Merah yang membawa kesan yang lebih teruk lagi semasa musim tengkujuh tiba. Terdapat beberapa langkah pengurusan yang dicadangkan bagi tujuan mengurangkan kesan aktiviti penebangan hutan di Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan.

            Antara langkah pengurusan adalah pengawalan gunatanah oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). Perkembangan guna tanah di negeri Kelantan yang semakin pesat mengkehendaki pihak berkuasa seperti Majlis Daerah perlu mengawal dan merancang penggunaan tanah seperti dengan membuat Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Sektor pembinaan petempatan perlu dipantau pengoperasiannya dan perlu mengambil kira kesan kepada alam sekitar dan juga kesan kepada manusia sendiri sekiranya berlaku sebarang runtuhan akan membawa kepada kesan penempatan kawasan pinggir sungai tersebut.

            Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan terutamanya di kawasan pinggir sungai sangat penting untuk mengelakkan berlaku hakisan. Pemuliharaan boleh dijalankan dengan menanam semula pokok yang sudah ditebang dan juga membina gabion daripada batu yang diletakkan dalam sangkar untuk memastikkan struktur tebing di Kawasan Sungai Kelantan lebih kukuh. Hal ini kerana hakisan tebing sungai akan memberikan kesan bukan sahaja kepada alam sekitar fizikal malah kepada alam sekitar manusia sehingga mampu meragut nyawa. Maka pemeliharaan dan pemuliharaan ini sangat penting dan tidak boleh diambil mudah. Semua pihak berkepentingan harus memikul tanggungjawab dalam melestarikan dan memulihara Sungai Kelantan.

Dasar atau perundangan perlu dirangka, digubal dan dikuatkuasakan dengan lebih efektif dan efisien menerusi penglibatan 7 pihak iaitu agensi penguatkuasa, agensi pelaksana, kumpulan yang disasarkan, kumpulan prihatin khususnya pertubuhan sukarela, ahli akademik dan kelompok pakar, media massa dan masyarakat awam atau pengguna (Zaini 2008). Kesemua pihak ini memainkan peranan sinergi yang begitu penting bagi memastikan sesuatu dasar, akta, ordinan atau peraturan dapat difahami, diamal dan dihayati.

            Di samping itu, pada bahagian pencemaran air sungai boleh dirawat melalui rawatan in situ dilakukan dengan membuat peneutralan serta detoksifikasi. Perawatan ini dilakukan bagi menimumkan pencemaran yang berlaku terhadap air sungai. Kaedah retakan peneumatik juga perlu dilaksanakan bagi merawat pencemaran in situ dengan formasi ketelapan rendah dan boleh digunakan pada kedalam 50 kaki.

            Kesimpulannya, masalah hakisan sungai yang dihadapi oleh penduduk Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan yang semakin meruncing dan sikap sesetengah pihak yang mementingkan ganjaran atau kepentingan diri sendiri telah menyebabkan penduduk terdedah kepada ancaman alam sekitar. Keadaan ini amatlah jelas menunjukkkan sesetengah pihak memntingkan diri sendiri untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa menilai dari pelbagai sudut akan sesuatu projek yang ingin dijalankan malah telah membawa bahaya kepada penduduk Kampung Kusial Baru.

5. 0 RUMUSAN

Menurut Abdul Razak dan Ahmad (2002), sungai-sungai di Malaysia melebihi daripada 1500 batang perlu dipelihara dan dijaga oleh pelbagai pihak seperti kerajaan, penduduk sekitar tebingan sungai, masyarakat umum, pihak swasta, NGO dan media massa. Kesemua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam mengurus sungai supaya berada dalam keadaan bersih dan baik untuk kelangsungan hidup generasi kini dan akan datang. Tugas kerajaan mewujudkan pembangunan ekonomi kepada semua pihak hakikatnya masih menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutamanya masyarakat kerana masih berlaku pelbagai masalah alam sekitar (Ross & Levine 2006). Ini menunjukkan masih wujud ketidakberkesanan sistem pengurusan alam sekitar sedia ada yang memerlukan suatu bentuk urustadbir yang baik terutamanya daripada kalangan masyarakat setempat.

Setiap individu terutamanya individu serta komuniti yang menghuni kawasan tebingan sungai perlu memainkan peranan dalam menilai risiko kerosakan alam sekitar kerana individu memainkan peranan dalam mengubah corak pengurusan alam sekitar setempat. Kepentingan pendekatan urustadbir dalam pengurusan alam sekitar yang menekankan kepada penglibatan masyarakat mula mendapat perhatian dunia kini (Baud & Dhanalakshmi 2007; Rouse 2006). Menurut Kasperson dan Breitbart (1974), Pateman (1970) dan Plein et al. (1998), penglibatan dalam perancangan sesuatu aktiviti atau program daripada masyarakat amat penting bagi mencapai kejayaan.

Sesuatu dasar atau perundangan perlu dirangka, digubal dan dikuatkuasakan dengan lebih efektif dan efisien menerusi penglibatan 7 pihak iaitu agensi penguatkuasa, agensi pelaksana, kumpulan yang disasarkan, kumpulan prihatin khususnya pertubuhan sukarela, ahli akademik dan kelompok pakar, media massa dan masyarakat awam atau pengguna (Zaini 2008). Kesemua pihak ini memainkan peranan sinergi yang begitu penting bagi memastikan sesuatu dasar, akta, ordinan atau peraturan dapat difahami, diamal dan dihayati.

Isu persekitaran berlaku di Malaysia kerana terdapat segelintir individu yang rakus, tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan hukum alam. Golongan ini lebih mementingkan keuntungan mengatasi kesejahteraan masyarakat awam keseluruhannya. Akibatnya berlaku bencana alam sekitar yang membawa kerugian bukan sahaja daripada segi kehilangan nyawa malah ekonomi dan sosial (Chan 1999). Jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengubah sikap dan amalan seharian masyarakat dari berfokuskan kepentingan diri (anthropocentric) kepada berfokuskan persekitaran (ecocentric) (Callicott 2000; Knapp 1999).

RUJUKAN

MET Malaysia & Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim         (2019). Laporan Tahuan 2019. Jabatan Metreologi Malaysia. Retrieved from            https://www.met.gov.my/content/pdf/penerbitan/laporantahunan/laporantahunan201         9.pdf

Muhafandi Muhamad (2019). Rm 60 Juta Untuk Baiki Runtuhan Tebing Sungai Kelantan.            Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm60-juta-untuk-baiki     runtuhan-tebing-sungai-kelantan-284505

Ngei Weng Chan, Narimah Samat & Mashhor Mansor (2013). Cabaran Kemampanan Pengurusa            Sungai. Universiti Sains Malaysia (USM). Retrieved from    https://www.researchgate.net/profile/Ngai-Weng   Chan/publication/260691544_Cabaran_Dalam_Kemampanan_Pengurusan_Sungai            di_Malaysia/links/0deec53202abce4a11000000/Cabaran-Dalam-Kemampanan    Pengurusan-Sungai-di-Malaysia.pdf

Tuan Pak Rokiah Syed Hussain (2010). Risiko dan Cabaran Penduduk Dalam Dataran    Banjir di Lembangan Saliran Kelantan. Universiti Utara Malaysia (UUM). Retrieved from http://repo.uum.edu.my/2767/1/TUAN_PAH_ROKIAH_1.pdf

NAMA: WAN FIRDAUS BIN WAN YUSOF

NO. MATRIKS: D20192091275

KUMPULAN: B

No comments:

Post a Comment