Thursday, December 30, 2021

KESAN TANAH RUNTUH TERHADAP SEKTOR PERNIAGAAN DAN PETEMPATAN DI PEKAN PASIR MAS, KELANTAN.

 

PENGENALAN

Tanah runtuh merupakan salah satu kejadian bencana geogelogi yang berlaku secara semula jadi atau dipengaruhi oleh faktor perbuatan manusia yang menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk pembangunan. Proses kejadian tanah runtuh ini berlaku apabila pergerakan tanah tinggi yang tidak stabil bergerak ke Kawasan rendah sama ada berlaku secara cepat ataupun perlahan akibat tindakan graviti tanah. Kejadian tanah runtuh yang berlaku secara kecil-kecilan kurang memberikan risiko yang merbahaya kepada alam sekitar tetapi jika berlaku secara besar-besaran boleh memberi kesan kepada alam sekitar dan manusia yang mengakibatkan bencana yang membawa maut dan kemusnahan di sesuatu Kawasan. Kejadian tanah runtuh juga merupakan salah satu proses hakisan tanah yang dipengaruhi oleh ketidakstabilan tanah. Ini menjadai masalah utama yang menjadi isu di beberapa buah negara terutamanya Kawasan tanah tinggi yang terdedah dengan Kawasan yang berisiko gempa bumi dan berdekatan dengan gunung berapi.

Rajah 1: Kejadian tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

Isu tanah runtuh ini telah berlaku di Kawasan tebing Sungai Kelantan berhampiran Kampung Pohon Celagi di Pasir Mas yang berlaku pada 17 Februari 2021. Kejadian ini berlaku apabila pergerakan tanah dikesan pada jam 2:30 pagi dan mulai runtuh pada jam 6:30 pagi. Kejadian ini membawa kesan yang buruk kepada penduduk di Kawasan berdekatan. Kira-kira 50 penduduk kampung itu yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat apabila tebing sepanjang 200 meter berhampiran rumah mereka runtuh. Runtuhan itu turut mengakibatkan sebuah rumah runtuh manakala beberapa rumah lagi terjejas dan hampir runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Rajah 2: Detik berlaku tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

Proses kejaadian ini berlaku  Pergerakannya adalah dari zon tinggi ke zon rendah, mengikut tarikan graviti di sepanjang cerun. Pergerakannya boleh disertai oleh pembawa seperti aliran air. Proses tanah runtuh melibatkan pergerakan tanah runtuh atau tanah dari kedudukan yang tidak stabil, dan berlaku dengan cepat atau perlahan di bawah tindakan graviti.Ia merupakan salah satu proses tanah runtuh yang disebabkan oleh ketidakstabilan tanah. Ia merupakan salah satu proses pereputan tanah yang disebabkan oleh ketidakstabilan tanah.Pergerakannya bertindak balas terhadap pergerakan graviti dari tempat yang tinggi ke tempat yang bercerun rendah.Pergerakannya boleh disertai atau tidak disertai oleh pembawa seperti aliran air.

Rajah 3: Keadaan tanah runtuh di Cerun Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan

Pergerakan tanah runtuh pada asasnya boleh dibahagikan kepada batu atau kerikil yang jatuh, tanah runtuh atau kerikil, kerikil atau lumpur, dan gelongsor ais. Bukit-bukit dikhususkan untuk pembinaan jalan raya atau bangunan. Letusan gunung berapi atau larian air bawah tanah. Ini adalah proses semula jadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah bergerak untuk menyusun semula menjadi lebih stabil. Komposisi tanah runtuh boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, kerikil dan kerikil atau jisim batu. Bahan batuan yang bercampur dengan tanah dipanggil detritus atau kerikil. Adalah dipercayai bahawa bahan-bahan ini akan gagal untuk pelbagai sebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencecah 1,000,000 meter padu dan menyebabkan kerosakan besar-besaran di kawasan sekitar.


Rajah 4: Kejadian tanah runtuh yang melibatkan beberapa buah rumah rosak di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan

Menurut hasil penelitian, punca yang dikenal pasti disebabkan oleh aliran deras air Sungai Kelantan ke arah tebing  sungai yang melengkung di Kawasan kejadian. Keadaan Sungai Kelantan yang deras dan keruh menjadi punca utama hakisan berlaku di bawah cerun yang menyebabkan tanah di Kawasan tebing terhakis oleh aliran dan menyebabkan tanah hilang tapak yang kukuh untuk berdiri yang menyebabkan pergerakan tanah di atas cerun yang berat jatuh ke bawah. Tanah yang berada di atas cerun terdapat kediaman penduduk di Kawasan tersebut menyebabkan tanah tidak dapat menampung dan runtuh bersama tanah ke bawah cerun di Kawasan tersebut. Keadaan ini juga disebabkan oleh kejadian hujan yang beerterusan, telah menyebabkan Kawasan tidak stabil dan aliran air yang berlebihan menyusup masuk ke bawah permukaan bumi dan menyebabkan tanah permukaan bumi semakin lemah. Diatmabh pula keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama rumah kedaiaman terlibat dengan kejadian runtuh.  Keadaan ini menyebabkan pergerakan tanah dari atah cerun jatuh ke bawah cerun.

Rajah 5: Jalan ditutup di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

Terdapat juga jalan di Kawasan tersebut rosak dan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang lebih membahayakan penduduk dan pengguna di sekitar.  Pengaliran air yang teramat deras di Kawasan tersebut menghakis tanah atau lapisan atas yang menyebabkan berlaku hakisan di cerun yang mengundang kepada kejadian tanah runtuh ini. Proses ini juga berlaku kerana kegagalan kestabilan cerun itu dilakukan. Kawasan berdekatan iaitu Dataran Air Muleh untuk tujuan pelancong atau penduduk melihat keadaan air sungai dan ia merupakan pusat tarikan pelancong terpaksa ditutup. Kejadian ini menybabkan Sebagian peniaga yang membuka kedai di sekitarnya mengalami kerugian. Kerajaan juga menangung kerugian yang besar akibat menyumbangkan bantuan sewa bulanan kepada mangsa yang mendiami kediaman berdekatan Kawasan tersebut. Hal ini memberi kesan kepada peniaga dan penduduk di sekitarnya.

Keadaan muka bumi di Kawasan runtuhan cerun berlaku juga menyebabkan perubahan landskap. Rekahan-rekahan di jalan kecil Kawasan kediaman juga tampak serius. Kejadian ini juga dilaporkan berpunca daripada aktiviti korek pasir yang giat dijalankan di Kawasan berkenaan bagi tujuan ekonomi. Kawasan tersebut juga menjalankan penebangan pokok dan tumbuhan untuk tujuan pembinaan rumah di Kawasan tersebut dan juga membina simen yang bertujuan untuk tarikan pelancong. Tumbuhan yang berkurangan yang mempunyai fungsi akar untuk menguatkan tanah dan mestabilkan tanah menjadi punca juga yang berlaku di Kawasan berdekatan.

Rajah 6: Aktiviti korek pasir di Pasir Mas, Kelantan

KESAN TERHADAP SEKTOR PENIAGAAN DAN PETEMPATAN DI PASIR MAS KELANTAN

PREMIS PERNIAGAAN DITUTUP

Kejadian tanah runtuh di tebing cerun  Kampung Pohon Celagi Pasir Mas Kelantan menyebabkan premis terpaksa ditutup atau dipindahkan ke Kawasan lain. Salah sebuah restoran yang terkena tempias ini iaitu salah sebuah premis yang tershihir iaitu Restoran Alisya yang merupakan premis tarikan pengunjung Pasir Mas kerana terdapat beraneka menu yang menarik dan juga tarikan taman berdekatan menarik lebih ramai pengunjung yang menikmati selera berdekatan dengan sungai. Restoran ini tidak beroperasi semenjak berlakunya kejadian tanah runtuh pada 17 Februari 2021 sehingga kini. Beberapa premis yang berdekatan juga terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh akibat pergerakan tanah yang tidak stabil. Penutupan kedai yang menjadi punca pencarian menjejaskan perniagaan penduduk di sekitar tersbut.

Rajah 7: Restoran Alisya Tomyam yang ditutup di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

KEMEROSOTAN EKONOMI

Kejadian ini juga menyebabkan beberapa sector ekonomi tidak dapat dijalankan termasuklah aktiviti korek pasir yang dijalankan di Pasir Mas kerana disyaki menyebabkan punca tanah runtuh yang berlaku di Kawasan tersebut. Selain daripada itu, kegiatan ekonomi yang kurang dijalankan akibat kejadian ini menjejaskan sumber pendapatan dan sumber ekonomi penduduk. Terdsapat juga premis perniagaan yang terpaksa ditutup disebabkan kejadian yang berlaku di sekitar Dataran Air Muleh yang mengundang Tanah Runtuh berlaku. Ini menelan kos yang tinggi untuk membaik pulih Kawasan yang terlibat. Ini sedikit sebanyak mengganggu ekonomi sesebuah negara dengan anggaran perbelanjaan mencecah jutaan ringgit yang terpaksa dikeluarkan oleh negara.

Rajah 8: Penutupan jalan di sekitar Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

KOS BAIK PULIH MENINGKAT

Trajedi ini meningkatkan kos baik pulih yang terpaksa kerajaan keluarkan bagi membaik pulih Kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh. Kerajaan juga diperuntukkan perbelanjaan besar untuk membaik pulih dan terpaksa menanggung kos sewa rumah bagi penduduk yang terpaksa dipindahkan ke Kawasan lain. Kerajaan pusat juga menanggung RM500 sebulan selama enam bulan kepada mangsa yang terlibat dengan pemindahan dan termasukklah memperuntukkan kira-kira dengan kos anggaran sebanyak RM60 juta yang melibatkan kerja pemulihan di Kawasan tebing dan pengambilan tanah baharu di Kawasan terbabit. Ia juga mengambil masa selama enam bulan untuk proses membaik pulih berdasarkan cadangan daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. Beliau juga menyatakan bahawa pembaikpulih ini merangkumi pembinaan semula rumah pam saliran Air Muleh termasuk mekanikal dan elektrikal dengan anggaran kos RM1.5 juta.

PENDUDUK HILANG TEMPAT TINGGAL

Tragedi ini menyebabkan kerosakan rumah penduduk di Kampung Pohon Celagi dan diarahakan berpindah dengan segera. Kejadian mengejut luar jangkaan menyebabkan penduduk sekitar hilang tempat tinggal asal mereka. Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan itu terdiri daripada warga emas yang telah bertahun-tahun tinggal di Kawasan tersebut. Dalam insiden ini, seramai 50 penduduk daripada 15 keluarga terpaksa dipindahkan ke Kawasan lain susulan kejadian berlaku.

Rajah 9: Kerosakan rumah di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

KEROSAKAN INFRASTRUKTUR

Runtuhan tanah yang berlaku juga meruntuhkan jaringan pengankutan seperti jalan raya yang berhampiran Kawasan tersebut. Kerosakan ini menyebabkan kenderaan tidak boleh lalu Lalang di Kawasan tersebut kerana diarahkan segera untuk ditutup. Kerosakan berlaku kira-kira 200 meter berhampiran dengan tebing berdekatan Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan. Pada peringkat awal kejadian ini berlaku apabila jalan tersebut runtuh dan berlubang akibat hakisan dan runtuhan tanah yang berlaku di Kawasan tebing tersebut. Ini menyebabkan sistem pengankutan terjejas apabila laluan di Kawasan tersebut disekat. Pembangunan infrastruktur ini terjejas dan memakan ratusan ringgit atau mencecah jutaan ringgit untuk membaik pulih. Keadaan ini menyebabkan halangan masyarakat untuk bergerak ke Kawasan tersebut apabila berlaku bongkah batu runtuh dan menghalang laluan kenderaan keluar masuk ke dalam Kawasan tesebut. Hal ini menjejaskan aktiviti ekonomi di Kawasan tersebut.

Rajah 10: Kerosakan jalan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

HARTA BENDA PENDUDUK TERJEJAS

Kejadian yang berlaku memberi kesan kepada harta benda penduduk di sekitar Kampung Pohon Celagi yang mengalami kehilangan harta benda seperti rumah dan peralatan penting dan bernilai yang terdapat di dalam rumah yang tidak sempat diangkut. Kejadiaan ini juga melibatkan kerugian harta benda apabila terdapat penduduk yang tidak sempat mengalihkan kenderaannya dan dibiarkan di Kawasan runtuhan tersebut. Semasa kejadian, terdapat kereta Perodua Myvi yang tidak sempat diselamatkan. Kerugian ini dialami oleh penduduk yang mendiami Kawasan tersebut. Namun tiada kematian yang dicatat semasa kejadian itu berlaku. Kejadian ini menyebabkan beberapa buah rumah roboh bersama tanah yang merosakkan kediaman penduduk setempat. Terdapat juga penduduk yang tidak sempat memindahkan barangan mereka akibat kejadian yang berlaku secara pantas. Ini memberi kesan yang dalam kepada penduduk yang hilang harta benda dengan sekelip mata.

 

Rajah 11: Keadaan Kereta Produa Myvi yang ditinggalakan insiden kejadian tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.


DAPATAN ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik diedarkan kepada 20 orang penduduk di kawasan Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut. Borang soal selidik ini mengandungi 10 soalan berkaitan dengan faktor dan kesan berlaku tanah runtuh di kawasan tersebut.

Semua responden iaitu 20 orang penduduk bersamaan 100% bersetuju dengan menjawab ‘Ya’ bahawa keadaan graviti tanah yang tidak stabil punca berlaku tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan. Hal ini kerana pergerakan tanah berlaku semasa berlaku tanah runtuh yang dipengaruhi graviti tanah yang tidak stabil di bahagian cerun.



Berdasarkan soalan 2, rata-rata responden seramai 19 orang bersetuju bersamaan dengan 95% dengan menjawab ‘Ya’ manakala hanya seorang responden bersamaan 5% tidak bersetuju dengan menjawab ‘Tidak’ bahawa tanah runtuh disebabkan oleh luluhawa yang berlaku di tebing sungai Kelantan akibat agen luluhawa iaitu arus air sungai yang deras menghakis bawah permukaan tanah yang mendorong berlaku tanah runtuh akibat hakisan bawah tanah.



Majoriti responden menjawab ‘Ya’ iaitu seramai 20 orang responden bersamaan 100% bersetuju bahawa insiden tanah runtuh berlaku akibat kejadian hujan lebat. Hal ini berkait rapat memandangkan kejadian tersebut berlaku pada musim tengkujuh yang meningkatkan air sungai yang deras yang menggalakkan hakisan sungai ke arah tebing sungai berlaku.


 

Semua responden terdiri 20 orang penduduk bersamaan 100% bersetuju bahawa kejadian tanah runtuh disebabkan oleh hakisan yang giat berlaku akibat aliran deras Sungai Kelantan yang memecahkan tanah di bahagian bawah permukaan bumi dan tebing yang menjadi faktor utama kejadian ini berlaku. Rata-rata responden juga bersetuju dengan pernyataan ini.



Berdasarkan pungutan data daripada responden, semua responden yang terdiri daripada 20 orang penduduk bersamaan 100% bersetuju dengan menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan bahawa aktiviti korek tanah yang dijalankan di cerun menyebabkan berlaku tanagh runtuh.

Berdasarkan soalan 6, semua responden bersetuju bahawa penebangan pokok yang berlaku di kawasan Kampung Pohon Celagi menyebabkan tanah tiada akar yang mencengkam tanah dan longgar yang terdedah dengan kejadian tanah runtuh. Semua responden iaitu 20 orang bersamaan 100% bersetuju dengan memilih jawapan ‘Ya’.


Majoriti responden iaitu 19 responden bersamaan 95% menjawab 'Ya' manakala seorang responden bersamaan 5% menjawab 'Tidak' berdasarkan pernyataan bahawa kesan tanah runtuh menjejaskan jaringan pengangkutan kawasan berdekatan.


Majoriti responden menjawab ‘Ya’ iaitu seramai 19 responden bersamaan 95% manakala seorang responden menjawab ‘Tidak’ bersamaan 5% bagi pernyataan bahawa tanah runtuh menyebabkan kos penduduk semakin meningkat apabila terpaksa mengeluarkan kos berbelanja untuk berpindah kediaman baru dan kerugian harta benda yang berlaku.



Semua responden bersetuju dengan seramai 20 responden menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan bahawa kejadian tanah runtuh menjejaskan petempatan penduduk di sekitar cerun tersebut kerana terdapat 50 penduduk yang terpaksa berpindah dari kediaman mereka dan terdapat rumah yang rosak akibat insiden tersebut.



Berdasarkan soalan 10, semua responden bersetuju dengan menjawab ‘Ya’ seramai 20 orang bersamaan 100% bahawa tanah runtuh ini menjejaskan sebilangan kecil penduduk yang menjalankan perniagaan atau yang membuka premis di kawasan berdekatan.

KESIMPULAN

Kejadian tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan ini memberi kesan kepada sektor perniagaan dan petempatan yang terjejas. Kesan yang berlaku termasuklah penutupan premis perniagaan, peningkatan kos membaik pulih, keroskan harta benda penduduk, kehilangan kediaman penduduk setempat, kerosakan jalan raya yang berlaku dan kemerosotan ekonomi boleh berlaku apabila menelan kos perbelanjaan untuk membaik pulih mencecah jutaan ringgit. Punca kejadian ini juga disebabkan oleh keadaan gravity, kejadian luluhawa yang pesat, hujat yang lebat, hakisan daripada aliran deras sungai Kelantan dan aktiviti manusia yang menjalankan penebangan pokok untuk tujuan pembinaan petempatan dan aktiviti korek tanah yang bertujuan untuk ekonomi. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil langkah-langkah yang efisien bagi membendung kejadian ini daripada berulang.

RUJUKAN

http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3072/Kump%203/Web-hlmn%20utma.htm

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-50-penduduk-dipindahkan-dalam-insiden-tanah-runtuh-di-pasir-mas-283324

https://www.scribd.com/presentation/80339767/Tanah-runtuh

https://www.scribd.com/document/93768222/Geo1-Kejadian-Tanah-Runtuh

 

NAMA: PUTRIE BALQIS BINTI MOHAMAD TAJUDDIN

NO MATRIK: D2******184

KUMPULAN: C

Wednesday, December 29, 2021

KESAN AKTIVITI EKOPELANCONGAN (SUNGAI), JANA PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT DI KAMPUNG LUANTI BARU, RANAU SABAH.

PENGENALAN

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.Jumlah keluasan tanah d sabah menjangkau 72,500 kilometer persegi.Sabah terletak di bahagian paling utara borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.Sabah terdiri daripada 33 etnik dan berkomunikasi dalam 50 bahasa serta 80 dialek yang berbeza.Terdapat 3 etnik  yang terbesar di negeri sabah iaitu etnik Kadazan-Dusun,Bajau dan Murut.Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan,galian,flora dan fauna hinggalah ke hidupan laut.Bahan mentah seperti minyak,tembaga,emas dan batu kapur juga boleh didapati di negeri ini.Sabah digelar sebagai Negeri di Bawah Bayu.Sepasang tangan yang menjulang megah memegang Bendera Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan yang erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.Sabah mempunyai gunung kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Kepulauan Borneo dan diiktiraf sebagai gunung yang kesepuluh tertinggi di Asia Tenggara.

Gambar 1:Peta Negeri Sabah dan Logo Negeri Sabah

 

DAERAH RANAU

Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi.Biasanya masyarakat dusun yang menetap di daerah ranau mengusahakan penanaman padi huma atau bukit disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit bukau.Manakala penduduk yang menetap di kawasan lembah Ranau akan mengusahakan penanaman padi sawah.Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5 km persegi.Walau bagaimanapun apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan maka luas daerah Ranau telah bertambah kepada 3555.9 km persegi.Ranau merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah,Malaysia.Ranau dikelilingi oleh 7 buah daerah lain seperti Tuaran,Kota Belud,Keningau,Kinabatangan,Beluran dan Kota Marudu.Daerah Ranau mempunyai 3 rangkaian jalanraya utama yang menghubungkan dengan Bandar dan daerah seperti Kota Kinabalu,Pantai Timur Sabah dan Pedalaman.Di pekan Ranau terdapat pasar tani yang menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian,manggis,langsat dan rambutan serta sayur-sayuran segar.Pasar tani mula beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Gambar 2:Peta daerah Ranau dan Replika teko Sabah Tea Ranau

 

"TAGAL" SUNGAI MOROLI KAMPUNG LUANTI BARU (FISH MASSAGE)

"Tagal" Sungai Moroli Kampung Luanti Baru terletak bersebelahan dengan pintu masuk Sabah Tea Garden.Kampung ini kaya dengan sumber persekitaran termasuklah sumber hutan dan sungai.Sungai Moroli terkenal sebagai sebuah sungai yang diurus secara cekap melalui pengurusan yang telah disebut sebagai "Tagal".Majoriti penduduk yang tinggal di kampung ini terdiri daripada etnik dusun yang menganut agama Islam dan Kristian.Pekerjaan utama penduduk di sini adalah petani,peniaga kecil dan sederhana(IKS) dan kakitangan kerajaan.Namun begitu,semenjak kampung ini menjadi sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah,penduduk telah memiliki pekerjaan baharu dalam sektor pelancongan.Malah,mereka telah memiliki lebih punca pendapatan sama ada secara tetap mahupun sekadar sambilan sahaja.Sungai Moroli sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga khususnya bagi penggemar ikan.Para pengunjung dapat mandi bersama ikan-ikan yang jinak ataupun hanya merendamkan kaki dan memberi makanan sahaja kepada ikan tersebut.Jarak kawasan tempat ini dari pekan Ranau mengambil masa 25 minit perjalanan iaitu lebih kurang 18.8 kilometer.Gerai-gerai jualan juga disediakan di sini termasuklah gerai kraftangan,gerai kuih-muih dan warung.Meskipun tempat pelancongan ini jauh dari kawasan bandar akan tetapi kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sini mencukupi dan para pelancong dapat menikmati udara segar dan nyaman disebabkan sumber alam semulajadi di kawasan ini masih terjaga dengan baik.

           (Gambar 3: Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti Baru-Fish Massage)

KESAN AKTIVITI EKOPELANCONGAN (SUNGAI), JANA PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT DI KAMPUNG LUANTI BARU, RANAU SABAH.

Industri pelancongan yang berteraskan kepada sistem tagal merupakan salah satu produk utama dan pengurusannya telah memberi kesan kepada komuniti pelaksana khususnya dari segi penjanaan pendapatan, kualiti hidup yang dapat dilihat daripada sistem pengurusan kualiti persekitaran semula jadi, pembangunan terhadap sosial dan juga pembangunan kepada ekonomi.

1.     Penjanaan pendapatan penduduk setempat.

Pelaksanaan sistem Tagal di Kg. Luanti Baru secara khususnya telah mendatangkan impak atau kesan yang amat positif kepada komuniti di kampung ini. Hal ini demikian kerana mereka dapat menjana pendapatan ekonomi untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian mereka. Kebanyakan komuniti Kg. Luanti Baru bekerja di Tagal Luanti sebagai ahli jawatankuasa Tagal dan ada yang berniaga di gerai-gerai yang disediakan. Semenjak tagal Sungai Moroli Kampung Luanti Baru ini menjadi tumpuan para pelancong setiap minggu. Struktur dalam pekerjaan penduduk Kg. Luanti Baru yang terdiri daripada kira-kira 35 buah keluarga mengalami perubahan yang ketara, iaitu daripada pekebun kecil kepada sektor pekerjaan komersial. Pengurusan Tagal Luanti menawarkan perkhidmatan pelancongan (pemandu pelancong dan sebagainya), perkhidmatan bekalan makanan, pengangkutan dan lain-lain. Sistem tagal pada awalnya dipimpin oleh Encik Jeffrin selaku pengerusi yang telah menubuhkan Jawatankuasa Penduduk Kg. Luanti Baru untuk menguruskan pusat pelancongan di Sungai Ini. Untuk rekod, setiap pengunjung yang datang bagi menikmati pengalaman spa fish di Sungai Moroli dikenakan bayaran RM5 (urutan kaki) dan RM10 (urutan seluruh badan).

Pada tahun 2015, Encik Jeffrin telah membina gerai-gerai untuk membolehkan komuniti kampung berniaga untuk menjana pendapatan mereka. Penduduk kampung terutamanya suri rumah menjalankan aktiviti perniagaan di gerai tersebut. Terdapat peniaga yang menjual makanan, buah-buahan serta barangan kraf tangan. Tambahan pula, peniaga tidak perlu untuk membayar sewa tapak, hal ini kerana Encik Jeffrin mahu membantu komuniti kampung mencari rezeki.

2.     Pengurusan alam sekitar yang lebih cekap.

Dalam mengawal selia kualiti persekitaran untuk aktiviti ekopelancongan ini,  penguatkuasaan undang-undang dan peraturan seringkali ditekankan. Salah satu usaha yang telah dilakukan adalah dengan meletakkan papan tanda peraturan untuk mengingatkan pengunjung berkaitan dengan peraturan yang telah ditetapkan dalam penguatkuasaan sistem tagal ini. Telah didapati masyarakat memahami daya tampung ekosistem seperti mengehadkan kemasukan pelawat, mengawal pencemaran bunyi dan sebagainya yang boleh menimbulkan gangguan kepada persekitaran semula jadi.
Di samping itu, kepentingan dalam sumber semulajadi ini menyebabkan pengurusan terhadap persekitaran menjadi lebih cekap dan sistematik. Contohnya, memperkasakan peraturan dan penguatkuasaan tagal dengan mengenakan 'sogit' mengikut peraturan kampung. Lazimnya jumlah 'sogit' bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik oleh kampung, yang biasanya denda adalah dalam bentuk wang dan kerbau. Bagi kes kampung ini, jika ada pihak yang melanggar peraturan, denda seekor kerbau atau lembu bernilai RM1500 dan denda RM500 tunai iaitu RM2000. Pengurusan alam sekitar yang lebih baik juga timbul daripada kesedaran masyarakat yang semakin peka terhadap kualiti alam sekitar. Ini kerana alam sekitar telah menjadi aset masyarakat sebagai produk pelancongan yang memberi manfaat kepada mereka. Kesedaran dan kepekaan ini akan mendorong masyarakat untuk terus memulihara alam sekitar khususnya berkaitan kebersihan sungai dan pengurusan spesies ikan dan tumbuhan.
 

3.     Kesan melalui pembangunan sosial

Sehingga tahun 2009, lebih 20 orang penduduk telah bekerja secara tetap di sektor tersebut, sama ada sebagai pemandu pelancong, bahagian pentadbiran dan pekerja di bahagian perkhidmatan penginapan dan selebihnya bekerja sebagai pekerja sambilan. Ini secara langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran penduduk di kampung ini. Selain peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian, peluang perniagaan dalam perkhidmatan dan barangan juga semakin berkembang. Ini kerana permintaan pengunjung terhadap penawaran pasaran berasaskan makanan, kraftangan dan juga penginapan semakin meningkat. Ini menyebabkan ramai penduduk mengaut keuntungan daripada jualan cenderahati, makanan ringan dan barangan runcit yang dijual di gerai kampung serta perkhidmatan homestay. Keadaan ini menunjukkan pengaruh industri pelancongan ke atas pendapatan individu dan isi rumah dan pada masa yang sama meningkatkan kuasa beli dan pemilikan aset. Selain itu, keuntungan daripada sektor pelancongan telah digunakan untuk membiayai aktiviti penyelenggaraan yang merangkumi pembayaran bil elektrik bangunan awam di kampung tersebut seperti masjid dan dewan untuk kegunaan masyarakat itu sendiri. Selain itu, sebahagian daripada pendapatan digunakan untuk membiayai penganjuran aktiviti seperti perhimpunan kampung, manakala peruntukan untuk membiayai persekolahan semua pelajar kampung dan skim pinjaman awal untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti turut disediakan. Inisiatif komuniti ini merupakan langkah bijak dalam meningkatkan kadar celik huruf.

4.     Kesan melalui pembangunan ekonomi.

Akhir sekali, dari segi impak sosial. Menurut Mathiesen & Wall (1991) menyatakan bahawa impak sosial melalui pengaruh pelancongan adalah sukar untuk diukur dengan angka. Hal ini demikian kerana ia biasanya meliputi perkara yang tidak ketara dan tidak dapat dihitung kuantitinya. Walau bagaimanapun ia tetap memberi impak kepada perubahan sosial komuniti yang terlibat amnya. Merujuk kepada situasi sistem tagal di Kg, Luanti Baru, industri pelancongan memberi kesan kepada perubahan sosial, apabila ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab baru dalam komuniti, selain daripada menjadi petani sepenuh masa. Penduduk yang terlibat sebagai kakitangan dalam aktiviti pelancongan, telah meningkatkan pengetahuan tentang hal-hal pengurusan, pengetahuan tentang sistem tagal dan kemahiran berkomunikasi dengan pengunjung. Pemandu pelancong tempatan juga telah mula diberikan pendedahan tentang kaedah menguruskan pelancong dan melakukan intepretasi. Ini menunjukkan bahawa penglibatan  komuniti dalam industri pelancongan membuka ruang kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, tanpa mengira usia. Pembangunan infrastruktur di kawasan kampung juga telah mengalami peningkatan. Kemudahan pengangkutan dan telekomukasi telah dipertingkatkan. Kini maklumat perkembangan sistem ini, yang disediakan sendiri oleh komuniti tagal boleh dilayari secara atas talian. Ini juga menunjukkan perkembangan pengetahuan dan cara hidup penduduk dalam penyebaran maklumat secara digital. Ini akan menjadi galakan kepada peningkatan kadar celik IT di kalangan ahli komuniti dan merapatkan penglibatan dalam dunia pelancongan. Penglibatan masyarakat dalam industri pelancongan berasaskan pengurusan sistem tagal sebagai produk pelancongan telah melahirkan kesedaran terhadap nilai bekerjasama dalam komuniti. Maklumbalas komuniti menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam sektor ini telah menyebabkan hubungan mereka semakin rapat, iaitu seperti sebuah keluarga kerana masingmasing mempunyai hak yang sama dalam mencapai matlamat. Keadaan ini wujud apabila banyak keputusan pelaksanaan sistem ini, sama ada berkaitan pengurusan atau aktiviti pelancongan, adalah dilakukan berdasarkan pendapat kolektif dan persetujuan bersama. Ini kerana pandangan ahli komuniti sangat wajar diambil dalam memajukan pelancongan (Habibah, 2000. dlm Abdul Halim et.al. 2000).

KESIMPULAN

  Kesimpulannya,melalui kajian ini yang telah saya laksanakan di Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti Baru ini saya dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam diri untuk sentiasa menghargai, menyayangi dan juga menjaga alam sekitar khususnya flora dan fauna. Hal ini demikian kerana, setiap komponen yang ada pada ciri-ciri fizikal tersebut amatlah penting dan harus dijaga dengan sebaik mungkin. Apabila salah satu komponen tersebut musnah ia akan menjejaskan ekosistem. Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pengalaman tentang ilmu geografi semasa menjalankan kajian tentang ciri-ciri fizikal yang ada di Tagal Sungai Moroli. Oleh itu, kajian ini amatlah penting dan bermakna bagi saya kerana banyak memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam semulajadi bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar.

 

RUJUKAN

Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael. (2011). Sistem tagal dalam industri pelancongan: n Manfaat kepada komuniti. Diperoleh daripada:

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/2.2011-1-jurry-melayu-2.pdf

Blongspot, (2016). Senarai Tempat Menarik Di Negeri Sabah:Destinasi pelancongaan di negeri sabah. Diperoleh daripada

         http://sabah-attraction-kvb.blogspot.com/2016/08/sabah-di-bawah-bayu.html

Wikipedia Ensiklopedia bebas, (2020). Sabah. Diperoleh daripada

          https://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah

Peta lokasi Daerah Ranau. Diperoleh daripada https://www.google.com/maps/place/Ranau,+Sabah/@5.9523394,116.6646792,1605m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x323b91758ed76f7f:0xc567968a7af7430a!8m2!3d5.953561!4d116.6639501

 

 

 

NAMA: FITRIANI

NO MATRIK : D20191089462

 

LAMPIRAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sent from Mail for Windows

 

Pencemaran air menggangu kehidupan seharian penduduk di Beaufort, Sabah.

 

Disediakan oleh Nursyazlin Binti Azlizan

No. matriks: D2020109539

 

Pada tanggal 20 hingga 21 disember 2021, pengkaji telah menjalankan satu kajian lapangan mengenai pencemaran yang berlaku di sebuah daerah yang dinamakan sebagai Beaufort dimana daerah ini terletak di Sabah, Malaysia. Beaufort merupakan salah sebuah bandar dan juga daerah di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Uniknya Pekan Beaufort, walaupun semakin berkembang pekan tersebut masih mempunyai bangunan-bangunan yang dibina sejak zaman British lagi. Asal-usul nama Beaufort dihasilkan sempena memperingati seorang gabenor bernama Leicester P. Beaufort yang pernah mentadbir negeri Sabah pada tahun 1896 sehingga 1900. Sebelum ini, daerah ini dinamakan Padas bersempena dengan nama sungai Padas yang mengalir di Daerah ini. Sungai padas merupakan sumber utama air untuk warga Beaufort tetapi bukan itu sahaja disebabkan keluasan dan panjangnya sungai padas ianya menampung keperluan air banyak daerah termasuklah Beaufort. Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, kawasan Beaufort dan ulu sungainya berasal dari kawasan Long Pasia yang berada di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur.

Rajah 1: Gambar sungai Padas

 

Mengikut sejarah sungai Padas, ianya merupakan satu sungai yang amat panjang dan mampu menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebelum adanya kereta api dan landasan jalan raya penduduk Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah sungai Padas dan Sungai Klias. Keistimewaan pada sungai tersebut ialah boleh menghubungkan beberapa buah daerah Sungai Padas contohnya menghubungkan Daerah Tenom, Sipitang, dan Weston, sementara Sungai Klias Menghubungkan Menumbok. Segala hasil pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Sungai Padas merupakan sungai ketiga panjang di Malaysia yang mempunyai jarak 200 kilometer.Oleh itu, sungai padas mempunyai keluasan yang luas dan mampu menampung belakan air bersih bagi penduduk setempat.Namun didapati sejak beberapa tahun ini, masalah air kerap berlaku di Kawasan daerah Beaufort.

 

Terdapat beberapa pencemaran yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan kajian. Pencemaran utama yang kerap berlaku di Beaufort,Sabah ialah pencemaran air dan kekerapan ketiadaan bekalan air bersih yang kerap terputus bagi penduduk Beaufort. Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Pada penghujung tahun 2010, projek saluran paip bawah laut RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort ke pulau Labuan siap. Penduduk Labuah seramai 85,000 orang kerap keputusan bekalan air berikutan dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering. Oleh itu, inisiatif seperti membuat saluran paip bawah laut daripada Beaufort ke Labuan

Rajah 2 : Saluran paip bawah laut

 

Loji rawatan air Beaufort bukan sahaja perlu menampung bekalan air bagi penduduk Beaufort malah turut bertanggungjawab dalam memastikan penduduk di Labuan menerima bekalan air bersih yang mencukupi.Hal ini telah membuat kapasiti air bersih untuk semua sering tidak mencukupi kerana jumlah yang sedikit dan perlu dibahagi sama rata untuk semua.

Selain itu, pencerman air yang berlaku disebabkan hakisan sungai. Dahulunya keluasan sungai Padas adalah lebih kecil berbanding dengan saiznya yang sekarang.Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

 

Seterusnya, masalah air di daerah itu sering berlaku ketika banjir besar berlaku di daerah Beaufort. Bekalan air bersih terputus adalah disebabkan oleh tahap kekeruhan air tinggi di Sungai Padas yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Beaufort. Loji berkenaan hanya boleh beroperasi apabila tahap kekeruhan air mengurang dan pembersihan yang dilakukan akan mengambil masa beberapa hari sebelum air bersih dipam kepada penduduk. Bentuk permukaan Beaufort seperti kawah merupakan punca kenapa daerah ini sering dilanda banjir. Banjir di daerah Beaufort merupakan satu tradisi dan semua penduduk telah maklum dengan fenomena tersebut. Banjir di daerah Beaufort berlaku sejak tahun 1903 sebelum jajahan British. Banjir telah berlaku di daerah Beaufort disebabkan limpahan air Sungai Padas berikutan hujan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di Daerah Keningau dan Tenom. Keadaaan ini telah menyebabkan banjir di kawasan empangan Hidroelektrik Pangi, di Daerah Tenom. Ini telah menyebabkan banjir di Daerah Beaufort walaupun hujan hanya sedikit dicatatkan di Daerah Beaufort kerana kedudukan geografik Beaufort yang seperti kawah telah menyebabkan sukar untuk mengelak banjir sekiranya Kawasan daerah Tenom menghadapi hujan lebat semasa  musim tengkujuh atau dikenali sebagai musim monsoon dimana perkara ini menyebabkan empangan di dearah Tenom terpaksa dilepaskan dan air limpahan ini akan menghala ke Beaufort disebabkan kedudukan geografik serta berkongsi sungai yang sama.

Rajah 3: Banjir Tahun 1956 di Pekan Beaufort

 

Tidak dinafikan walaupun tidak berlaku banjir, masalah air sering berlaku di Beaufort, Sabah. Perkara ini berlaku disebabkan air sungai yang surut ketika musim kemarau.Kerosakan peralatan mekanikal (pum), filter dan sebagainya disebabkan oleh kekerapan insiden kekeruhan air yang tinggi menyebabkan tanah dan pasir terkumpul dimuka sauk ekoran kekerapan kejadian banjir di Sungai Padas.Perkara ini seharusnya diambil serius akan tetapi terdapat pihak yang melambat-lambatkan proses pembaikan pam air dan menyebabkan Beaufort terputus bekalan air bersih dalam tempoh masa yang lama.

 

Selain itu, dahulunya air sungai Padas begitu bersih dan airnya jernih namun semua itu tinggal hanya kenangan kerana semakin hari air sungai Padas menjadi kabut dan tidak bersih disebabkan pencemaran air yang berlaku disebabkan pembangunan dan pembukaan tanah serta akai a hutan, keadaan sungai berubah kerana tercemar. Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan Tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, akai a secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi bagi penduduk di daerah Beaufort.

 

Sumber bekalan air paip bersih merupakan benda yang penting dalam menjalani kehidupan seharian yang selesa. Krisis air yang berlaku akan memberi kemudaratan kepada penduduk setempat.Seperti  yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak  dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air dan rutin seharian tidak dapat dilaksanakan seperti membersihkan diri dan pakaian, memasak serta sukar untuk mendapatkan belakan air bersih untuk diminum

 

Berharap agar masalah air bukan sahaja di Kawasan Beaufort malah satu Malaysia dapat diselesaikan dan kerajaan perlulah mengambil berat mengenai masalah ini kerana keselesaan masyarakat merupakan tanggungjawab mereka serta rakyat yang selesa dapat melahirkan penduduk yang harmoni serta berkualiti.Kehidupan yang tenang dapat membantu penduduk dalam menjalankan tugas dengan berkesan.

Rajah 4: Gambaran pekan daerah Beaufort dari permukaan atas

Rajah 5: Gambaran pekan daerah Beaufort dari permukaan atas

Rujukan

 

Abdullah.I. (September 2, 2021). 60 kampung terjejas banjir di Beaufort, Membakut. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/858905/60-kampung-terjejas-banjir-di-beaufort-membakut

Daineh.N. (Jun 17, 2018). Hampir 20 tahun tiada bekalan air bersih. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/438640/hampir-20-tahun-tiada-bekalan-air-bersih

Shabri.R. (June 4, 2021). PENDUDUK BEAUFORT MAHU MASALAH BEKALAN AIR BERLARUTAN SEJAK 80-AN DISELESAIKAN. Diambil daripada https://www.borneotoday.net/penduduk-beaufort-mahu-masalah-bekalan-air-berlarutan-sejak-80-an-diselesaikan/

 

 

 

 

 

 

 


Virus-free. www.avast.com