Migrasi
merupakan penghijrahan sekumpulan manusia atau individu dari satu tempat ke
tempat yang lain bagi tujuan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi atau atas
faktor lain. Dalam erti yang lebih luas. Migrasi merupakan perubahan tempat
tinggal secara tetap atau separa tetap (Tjiptoherrijanto, 2009). Dalam
pengertian yang demikian tidak dibezakan antara migrasi dalam negeri dengan
migrasi luar negeri (Lee, 2011). Sejarah kehidupan suatu bangsa selalui
diwarnai dengan wujudnya migrasi. Rentetan daripada iti terjadi proses pencampuran
darah dan kebudayaan. Disamping itu, migrasi merupakan satu fenomena tingkah
laku yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia. Pola dan kadar migrasi
berkait rapat dengan tahap urbanisasi yang dialami sesebuah negara (Mohd.
Fadzil, 2010) negara-negara maju seperti Jepun, Australia, New Zealand dan
Singapura yang telah mencapai tahap urbanisasi melebihi 80% mengalami pola dan
kadar migrasi yang lebih seimbang berbanding negara-negara sedang membangun dan
kurang membangun. Situasi ini adalah digambarkan oleh kadar purata pertumbuhan
penduduk bandar yang rendah sehingga menghampiri sifar berikutan tiada
sumbangan signifikan oleh migrasi.
Migrasi-migrasi
yang utama adalah migrasi penduduk iaitu perpindahan atau penghijrahan
seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain, migrasi antarabangsa adalah
penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain. Migrasi dalaman pula
perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah negara.
Migran adalah orang yang berhijrah ke sesuatu tempat. Dalam kajian ini, akan
mengkaji migrasi penduduk di daerah Meradong, Sarawak. Rasionalnya kajian ini
dilakukan bagi mendedahkan migrasi yang berlaku di kawasan berkenaan sama ada
dalam kalangan penduduk setempat atau penduduk asing.
Migrasi yang berlaku di daerah Meradong adalah Migrasi Penduduk. Umumnya, migrasi dilakukan kerana alasan ekonomi iaitu bagi mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi bagi menampung kehidupan rentetan taraf hidup yang semakin tinggi dewasa ini. Hukum model gravity yang juga dikenali sebagai model interaksi kawasan Lowry telah diperkenalkan oleh Ravenstein pada tahun 1885 (Harris 2001; Saad, Fatimah &Sofia 2010) dan menurut Ravenstein, berhijrah adalah untuk memperbaiki taraf. Hokum model graviti ini mengambil kira aspek saiz penduduk di kawasan asal, saiz penduduk di kawasan destinasi serta antara kedua-dua kawasan di samping perbezaan migrasi antara kumpulan manusia (Harris 2001; Saad et al, 2010) serta mengandaikan aliran migrasi adalah berhubung secara langsung dengan penduduk namun berhubungan songsang dengan jarak (Saad et al, 2010). Majoriti masyarakat yang melakukan migrasi di daerah Meradong ini adalah demi kepentingan ekonominya. Dalam ilmu ekonomi regional tenaga kerja akan cenderung melakukan migrasi dari daerah dengan kesempatan kerja kecil dan upah rendah ke daerah dengan kesempatan kerja besar dan upah tinggi. salah satu jenis migrasi penduduk di daerah Meradong ialah migrasi masuk. Kebanyakan penduduk yang melakukan migrasi masuk ini ialah penduduk asing. Misalnya dari Indonesia dan Bangladesh. Mereka melakukan migrasi ke daerah ini dari kawasan bandar. Selain itu, terdapat juga migrasi keluar yang berlaku di daerah ini. Penduduk tempatan melakukan migrasi keluar iaitu berpindah keluar dari daerah ke bandar misalnya.
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya migrasi di daerah ini ialah
faktor pekerjaan. Penduduk setempat selalunya akan melakukan migrasi keluar
bandar bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan yang lebih
tinggi berbanding di kawasan tersebut. Contohnya, penduduk tempatan berpindah
ke bandar kerana dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah ke cawangan atau
perusahaan yang lebih besar dibandar. Selain itu, banyak yang bekerja sebagai
seorang pendidik dan diberikan tanggungjawab untuk mengajar di kawasan bandar
atau ke kawasan pedalaman lebih-lebih lagi. Di kawasan pedalaman elaun yang
diberikan lebih tinggi berbanding kawasan bandar dan luar bandar dan kos hidup
di tempat tersebut lebih rendah. Contohnya adalah dari daerah meradong ke
bandar sibu, dari daerah meradong ke song.
Kesimpulannya, migrasi merupakan
perpindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang baru dengan tujuan untuk
menetap. Masyrakat yang melakukan migrasi ini biasanya disebut sebagai
masyarakat migran. Migrasi yang giat berlaku di daerah Meradong, Sarawak ini
ialah migrasi keluar penduduk dan migrasi masuk penduduk yang berlaku sejak
dahulu lagi. Mereka melakukan migrasi atas beberapa faktor iaitu faktor pekerjaan
bagi mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi terutamanya di kawasan bandar,
faktor pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan migran terutamanya
golongan remaja agar mereka dapat menyediakan masa depan yang lebih baik
dikemudian hari dan faktor perkahwinan yang terpaksa mengikut pasangan
masing-masing berpindah ke tempat yang baru untuk membina kehidupan yang baru
dan lebih baik. Rentetan daripada migrasi yang berlaku di daerah ini ianya
telah mendatangkan impak positif dan juga negatif. Kesan positifnya ialah tanah
pertanian dapat dikerjakan dengan lebih ekonomik, masalah pengangguran dapat
diatasi, menyelesaikan masalah lebihan penduduk. Kesan negatif pula adalah tekanan
sumber alam, kerosakan sumber alam, ketidakseimbangan jantina penduduk dan
pencemaran alam sekitar. Setiap kawasan pasti akan ada berlakunya migrasi sama
ada masuk atau keluar atas faktor tertentu dan ianya sesuatu yang berada di
luar kawalan kerana kita tidak dapat memaksa atau mengarahkan seseorang
individu itu untuk melakukan penhijrahan.
No comments:
Post a Comment